Monday 4 June 2012

MASJID KLIAS KECIL LESAP?



PAPAN TANDA….Taufick menunjukkan papan tanda Projek Membina Masjid yang  tidak  wujud setelah kos RM500,000 dikhuatiri lesap.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

PROJEK kHAS Kerajaan Persekutuan iaitu membina Masjid Kampung Klias Kecil Beaufort yang dianggarkan menelan belanja RM500,000 mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana peruntukan berkenaan dikhuatiri disalahgunakan oleh Pejabat Daerah Beaufort untuk tujuan lain.

Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR) Beaufort, Taufick Hj Ruschi mendedahkan perkara ini ketika menghubungi Sabahkini.Net melalui panggilan telefon malam tadi.

"Sepatutnya projek pembinaan Majis berkenaan sudahpun dimulakan sejak tahun lalu lagi tetapi sehingga sekarang hanya yang kelihatan papan tandanya yang terpacak sedangkan satu tiangpun tidak kelihatan. Ini berlaku ekoran penyelewengan yang dilakukan kroni BN yang tidak telus," ujar Taufick yang telah memaklumkan isu ini telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Kata Taufick lagi, sepatutnya projek pembinaan masjid tersebut sudahpun dilaksanakan setahun yang lalu kerana peruntukan telah tersedia; tetapi anehnya tidak ada siapa yang dapat memberi penjelasan kenapa projek berkenaan hanya tinggal papantanda.


Sehubungan itu, Taufick menggesa agar Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Haji Okin dan ADUN Klias, Datuk Azizah Mohd Dun memberikan penjelasan kepada penduduk yang memerlukan Masjid berkenaan terutama sebagai persediaan pada bulan Ramadan akan datang.

22 comments:

  1. The RM500,000 that has been allocated for this project should be track down, who received the money and where have the money been spend? This project must go on as promised.

    ReplyDelete
    Replies
    1. promises that are failed to be fulfilled by the government may cause the people to lose trust on the government.

      Delete
    2. Kegagalan menunaikan janji akan membawa kesan negatif.

      Delete
  2. The contractors of this project should be approached for explanation regarding this failure to implement the project as planned.

    ReplyDelete
  3. perlu diperjelaskan mengapa projek ini masih belum dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. Contractors that fail to complete the project will jeopardize the government. That is why is important for the government to appoint a responsible contractors.

    ReplyDelete
  5. Buat siasatan tentang isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik periksa betul2 di mana masalah projek tu

      Delete
  6. Benarkah Pejabat Daerah Beaufort yang salahguna wang projek tu? harap pihak mereka buat penjelasan segera supaya persepsi negatif tu dapat ditangkis.

    ReplyDelete
  7. Kontraktor yang gagal melaksanakan projek harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  8. Pihak yang bertanggung jawab harus memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  9. Inilah sebab kerajaan harus sentiasa memantau perkembangan projek untuk mengelakkan kegagalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa harus bertanggung jawab untuk menyiapkan projek pembangunan.

      Delete
  10. Harap tiada pihak mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang diberi.

    ReplyDelete
  11. Peruntukkan telah diberikan namun kenapa masih belum ada pembangunan. Mungkin penjelasan mengenai perkara ini dapat diberikan.

    ReplyDelete
  12. Moga projek yang dijalankan dapat diuruskan dengan baik untuk mengelakkan kerugian.

    ReplyDelete
  13. Adakah projek ini akan disiapakan lagi?

    ReplyDelete
  14. Pemilihan kontraktor harus dibuat dengan teliti.

    ReplyDelete
  15. Projek2 kerajaan yang sakit perlu dirawat

    ReplyDelete
  16. setahu saya projek pembinaan masjid ini diumumkan awal tahun ini.. macam mana pula pembinaan kononnya bermula tahun lepas?? si Taufick ni masih waras ka?? kalau tidak tahu hujung pangkal, baik diam..

    ReplyDelete
  17. inilah salah satu pembohongan pemimpin2 pembangkang di negara ini.. suka sangat mengelirukan rakyat.. projek yang diumumkan pada JANUARY 2012 dikatanya tahun lepas..

    ReplyDelete