Tuesday 19 June 2012

MASYARAKAT CINA TERIMA KASIH KEPADA MUSA



KOTA KINABALU: Masyarakat Cina Sabah berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kerana telah menyalurkan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kepada sekolah-sekolah Cina dan gereja Kristian di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr.Yee Moh Chai berkata, ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri (Datuk Seri Musa) adalah adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.

“Oleh itu saya menyeru semua masyarakat Cina agar menyokong Barisan Nasional kerana hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat memberi kesejahteraan hidup kepada semua rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Kad Hari Guru Peringkat Negeri di Magellan Sutera, di sini, kelmarin.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr.Muhiddin Yusin dan menteri-menteri kabinet negeri, guru-guru dan para pelajar.

Yee yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata, rakyat Sabah di bawah kepimpinan Musa dan BN dapat berkongsi rahmat tidak kira bangsa, keturunan mahupun agama.

Katanya, ini kerana setiap tahun Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan banyak untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf infrastruktur di negeri ini tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Beliau turut berterima kasih kepada Datin Rosmah Mansor atas inisiatif sebagai penggerak utama pelaksana projek perintis Permata yang memberi penekanan bahawa pembentukan insan cemerlang seharusnya dipupuk pada usia kanak-kanak.

“Inilah yang telah membawa kepada lahirnya sebuah konsep menganggap setiap anak yang dilahirkan adalah sebutir permata untuk negara.

“Saya amat kagum dengan usaha beliau yang tidak kenal penat dan jemu dalam menangani isu-isu sosial dan menggalakkan pembangunan optimum berhubung potensi belia dan kanak-kanak di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Persatuan Guru-Guru Cina Sabah Datuk Eng Thiam Leong, berkata pertandingan seumpama itu diilhamkan oleh Datuk Dr.Yee dan dilaksanakan sejak tahun 2005.

“Semua karya pemenang telah dicetak menjadi Kad Ucapan Hari Guru dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina yang diedarkan ke semua sekolah iaitu sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah,” katanya.

Katanya lagi, tahun ini sebanyak 200,00 keping Kad Ucapan Hari Guru telah dicetak atas tajaan Eduspec Holding Berhad.

“Kita sebagai rakyat negara ini amat bertuah kerana Malaysia mempunyai kekuatan fizikal, ekonomi dan pemimpin yang berani lagi berpandangan jauh.

“Semuanya terjamin kerana Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu berwibawa serta prihatin terhadap rakyatnya,” katanya.

Eng turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas komitmen terhadap pendidikan dan meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengira agama dan keturunan.

39 comments:

  1. The Chinese community are all for CM, since so many development have been done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let's be united and stand as one nation.

      Delete
  2. Kerajaan tidak akan pinggirkan mana2 kaum di negeri ni. semuanya dilayan sama rata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harus bersyukur kerana kerajaan tidak berat sebelah dan bantuan yang di beri kepada semua rakyat.

      Delete
  3. kepimpinan Musa tidak pernah mengabaikan kaum Cina. byk bantuan diberikan dalam membangunkam kaum cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada kaum yang dipinggirkan...kerajaan layan sama adil dan saksama..

      Delete
  4. semua kaum dilayan sama rata oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Jadi jangan kata kerajaan tidak menolong rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang selalu ditolonglah, hanya kata adakah kita pandai menghargai.

      Delete
  6. The State Government has always supporting the Chinese community.

    ReplyDelete
  7. So never ever complaint. Lots of temples have been built .

    ReplyDelete
  8. Banyak bah CM lakukan untuk Sabah. Dan bagus jugalah kalau ada yang pandai menghargainya.

    ReplyDelete
  9. All the best kepada Musa Aman dan teruskan perjuangan untk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Datuk Musa akan sentiasa membantu menaikkan taraf penduduk sabah.Good luck Datuk.

      Delete
  10. kerajaan negeri sentiasa mengambil berat akan pembangunan pendidikan di negeri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kira bangsa dan kaum, semuanya sama.

      Delete
    2. Banga & kaum bukan unsur utama yang harus diambil berat, yang penting perancangan yang positif yang memanfaatkan semua golongan.

      Delete
  11. kerajaan Barisan Nasional sememamngnya adalah adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat...peruntukkan yang banyak disalurkan kepada sekolah2 cina dan kristian membuktikannya..

    ReplyDelete
  12. Beliau memenag berjasa kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  13. Kita tidak pernah ditinggalkan ketua sendiri, kenalah menghargai jasa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin yang mengutamakan rakyat akan sentiasa disokong.

      Delete
  14. Chinese in Sabah are not neglictated

    ReplyDelete
  15. Kepimpinan Datuk Musa sudah terbukti antara yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang positif ada yang negatif juga. Harus berusaha lagi.

      Delete
  16. Tengok sendiri ada pihak yang cuba memainkan isu yang mana menuduh kerajaan tidak pernah mempedulikan sekolah cina dalam peruntukkan. Tapi ini bukti yang kukuh peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kepada sekolah-sekolah Cina dan gereja Kristian di negeri ini.

    ReplyDelete
  17. Bangsa Cina bergantung kepada diri sendiri untuk membaiki kehidupna.

    ReplyDelete
  18. Banyak lagi harus ditumpukan perhatian khas Sabah masih dalam kemiskinan dan sistem pendidikan yang kurang wajar.

    ReplyDelete
  19. If not Musa, who can be the next that can bring Sabah to higher level?

    ReplyDelete
  20. pemimpin yang adil pasti akan disokong oleh rakyat.

    ReplyDelete
  21. teruskan usaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  22. ini mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan yang berterusan pasti membuahkan hasil

      Delete
  23. Kerajaan BN membantu setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa

    ReplyDelete
  24. memang benar bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum cina di negeri ini.. lihat saja perpaduan kaum di negeri ini.. tidak seperti di negeri2 lain, masyarakat Sabah boleh duduk semeja walaupun berlainan agama dan bangsa..

    ReplyDelete
  25. Chinese youth support for the Barisan Nasional (BN) Government has now surpassed 50 per cent, as compared to the last general election.

    ReplyDelete
  26. Youth and Sports Minister Ahmad Shabery Cheek said the improving support of Chinese youths could be seen through group response to major youth programmes, such as the 'One Million Youth Gathering' in Putrajaya last month.

    ReplyDelete
  27. In 2008, there was a slight decline in support over several sentiments not favouring BN. Nonetheless, The BN led governement is confident that with teh changes taking place now, have led Chinese youths to understand the real issues in the national political landscape.

    ReplyDelete
  28. The minister said the Chinese community should also appreciate the concerns of the government on their welfare, irrespective of their cultural and religious differences.

    ReplyDelete