Tuesday 12 June 2012

MHE ATASI JURANG KEMISKINAN




APA KHABAR...Dato Sri Nasir (dua kanan) diringi Juany Salleh (kanan) bersalaman dengan sebahagian peneroka sempena majis itu di Tawau.

Oleh: ARSHAD HUSSIN

TAWAU: Model Baru Ekonomi (MHE) adalah suatu rangka pembangunan ekonomi ke arah pencapaian ekonomi penduduk berpendapatan tinggi dan bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negara bagi membolehkan negara dikenali sebagai negara maju menjelang tahun 2020 seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhannya.

Ini akhirnya mampu menangani masalah jurang pendapatan di samping membasmi kemiskinan yang menghimpit masyarakat luar bandar dengan matlamat akhirnya,tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan,dimana semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,berkata sebuah negara yang berpendapatan tinggi antara lain membawa maksud pemakaian kadar upah yang lebih tinggi di dalam ekonomi dan keadaan ini walaubagaimanapun hanya akan berlaku jika produktiviti yang tinggi dapat direalisasiakn dan terus ditingkatkan.

Katanya lagi,rakyat perlu menjadi masyarakat yang berpengetahuan tinggi, berusaha memaksima dan mengoptimakan kemahiran serta mempelbagai dan juga mengupayakan inovasi dan kreativiti.

 

TAMU...Dato Sri Nasir (dua kiri) dan Haji Juany Salleh (kiri) bersama sebahagian ketua peneroka sempena majlis itu.

Ujarnya,ini adalah beberapa indikator yang akan menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan dan sekaligus membawa kepda kejayaan Model Ekonomi Baru.

Dato Sri Nasir berkata demikian sempena majlis Anugerah Usahawan FELDA dan Koperasi Peneroka FELDA Wilayah Sahabat di salah sebuah hotel di sini

Hadirsama sempena majis itu,Pengurus Besar FELDA Wilayah Sahabat,Haji Juany Hj.Salleh dan Ketua Peneroka Felda, Abu Haris Masaudin serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Felda Wilayah Sahabat dan Pengurus-Pengurus Rancangan Felda.


Nasir menegaskan,usahawan termasuklah kalangan warga FELDA sendiri perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut iaitu,Berpengertahuan luas dalam mengebangkan jaringan perniagaan;berkerja sama dengan pelbagai sektor merangkumi esktor swasta dan awam;sentiasa berdaya saing dan bersemangat gigih untuk bersaing di peringkat Global; tidak mudah terjejas dengan pasraan dan suasana ekonomi yang tidak menentu dan menjadikannya batu penghalang untuk maju,menerpkan pengurusan yang sistematik dan juga amalan baik dalam menjalankan perniagaan dan memanfaatkan sumber-sumber sedia ada dan juga peluang-peluang memperluaskan lagi perniagaan ke skala lebih besar.

Nasir yang juga Menteri Bertanggungjawab Mengenai Hal Ehwal Felda di Sabah, berkata Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang meningkat maju adalah disebabkan keseimbangan pada tiga perkara asas iaitu ekonomi,sosial dan politik.

Ketiga-tiga asas ini tidak mampu berdiri sendiri bagi memastikan kemakmuran negara,malah keharmonian hidup rakyat juga terancam tanpa adanya keseimbangan tersebut.

Ekonomi yang ditadbir urus dengan baik perlu memfokas kepada kebajikan rakyat,manakala rakyat perlu gigih berkerja dan berusaha memberikan yang terbaik.

menjelaskan dari segi sosial pula,nilai-nilai hubungan baik antara rakyat berbilang kaum dan agama perlu dihormati dan dipelihara sepanjang masa naum,kekuatan ekonomi dan permuafakatan sosial yang baik tidak mampu mendukung kecermelangan negara jika tidak wujud satu sistem politik yang telus dan prihatin.

Nasir berkata,kerajaan hari ini yang dipimpin Perdana Menteri,Dato Sri Mohd.Najib Tun Razak merupakan sebuah kerajaan yang amat prihatin kepada sosio-ekonomi rakyatnya.

Katanya, ini dapat dibuktikan dimana sejak merdeka pelbagai proses transformasi telah dilakukan dengan jayanya.

Semuanya itu adalah kerana kerajaan ingin melihat bahawa rakyat negara ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Ujarnya lagi,sebagai pentadbir kerajaan telah melaksanakan suatu sistem pengurusan yang cekap dan sistematik.

6 comments:

  1. moga MHE mencapai matlamat dalam membasmi kemiskinan.

    ReplyDelete
  2. Diharap isu berhubung dengan Felda juga tidak akan timbul lepas ini.

    ReplyDelete
  3. kalau ada kesungguhan dan kena dengan caranya, tidak mustahil Malaysia mampu mencapai negara maju menjelang 2020..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha yang berterusan dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah

      Delete
  4. Jika kerajaan meningkatkan ekonomi penduduk sendiri pasti secara tidak langsung akan meningkatkan pembangunan negara juga. Maka setiap apa yang dibuat biarlah seimbang.

    ReplyDelete
  5. Diharap MHE dapat membantu dalam menyelesaikan jurang kemiskinan di Sabah.

    ReplyDelete