Saturday 23 June 2012

MINUM TIN LEBIH BERBAHAYA DARIPADA TANDAS!




PADA hari minggu, satu keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).

Seorang telah meninggal dunia pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Mangsa disyaki meminum minuman tin tersebut tanpa menggunakan gelas atau straw. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terkena kencing tikus yang sudah mengering dan mengandungi leptospira.

Oleh itu, semua pengguna dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan terus dihantar ke kedai-kedai tanpa dibersihkan dengan sempurna.

Sebuah kajian agensi tertentu menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih tercemar jika dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, sebagai langkah keselamatan, bersihkan dengan air sebelum melekapkan mulut tin tersebut ke bibir anda atau menggunakan gelas atau straw bagi menghindari segala jenis kecelakaan fatal.

No comments:

Post a Comment