Saturday 2 June 2012

MULAKAN RCI DI JIM DAN JPN SABAH



Saudara Pengarang,

SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Hj. Mohammad Bin Mentek dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ismail Ahmad berhubung kehadiran seorang Warga India yang dilantik sebagai 'Anak Angkat' Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah.

Saya Chung Su Li (530316-12-XXXX) ingin melaporkan tentang salah laku seorang warga India yang bernama Nasir Bin Yusuf atau yang lebih dikenali Latiff. Beliau merupakan seorang agen pekerjaan swasta (haram) yang mempunyai 'kuasa non-eksekutif' untuk keluar masuk semua jabatan kerajaan, terutama Imigresen Sabah sesuka hati beliau.

Nasir @ Latiff yang memegang kad pengenalan projek 620605-12-6421 dan tinggal di 3L-3I, Country Height seolah-olah berjaya menjadi salah satu warga Imigresen atau ‘Pegawai Khas’ yang tidak potfolio di Jabatan Imigresen.

Untuk makluman, Nasir @ Latiff telah berjaya menjadi agen pekerjaan swasta yang paling berkuasa tanpa kelulusan Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk menguruskan pasport, visa dan dokumen lain kepada orang ramai tanpa lesen dan berjaya mengaturkan sindiket kad pengenalan projek kepada warga asing seperti India, Indonesia dan Filipina.

Majoriti rakyat India kenal Nasir @ Latiff kerana beliau telah membeli 'hati dan khidmat' semua pegawai yang bertugas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara; sekalipun dengan sarapan mi kosong, top-up kredit telefon sehinggalah kepada nasi briyani istimewa.

Setiap urusan Nasir @ Latiff di dua jabatan penting ini dipermudahkan kerana beliau akan dilayan dahulu dan segala urusan beliau disegerakan; malah semua urusan yang menggunakan khidmat beliau 'LULUS' segera.

Nasir @ Latiff membuka sebuah kedai, JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu untuk menutup segala aktiviti haramnya. Jika diperiksa kedai ini, sudah pasti terdapat tidak kurang 50 passport dalam satu-satu masa di situ. Kedai ini dibuka untuk memperlihatkan wang yang ada padanya datangnya daripada hasil untung kedai tersebut.

Untuk makluman, Nasir @ Latiff mempunyai pengaruh yang amat kuat di Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara. Semua pegawai jabatan ini dirosakkan dengan mengajar mereka budaya menerima suapan @ rasuah. Pegawai dua jabatan penting ini terpaksa menerimanya kerana pegawai berpangkat tinggi turut terlibat dalam menerima rasuah.

Mengikut siasatan saya, pendapatan Nasir @ Latiff daripada menguruskan dokumen melalui jalan songsang ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan. Pendapatan seperti ini tidak perlu dibayar cukai sama sekali kerana tidak dapat dibuktikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Maka atas dasar inilah, beliau semakin hari semakin berani. Semuanya bermula pada tahun 2011, apabila Nasir @ Latiff telah mula menjadi salah satu agen membuat IC di Sabah yang mengenakan caj antara RM30,000 sehingga RM 70,000 setiap satu kad pengenalan.

Sindiket yang didalangi oleh rangkaian besar yang terdiri daripada pegawai JPN berjaya membuatkan IC kepada sekurang-kurang 30 orang setakat ini di Sabah. Saya mendapat tahu rangkaian ini diketuai oleh pegawai JPN Putrajaya dan Sabah iaitu Rahman (Gred 42-Ketua Unit Khas Sabah di Putrajaya); Farah; Susilan serta Ruslan Bin Alias (Pegawai Unit Khas) serta Suzie Binti Rafie (Pendaftaran K.K).

Pada mulanya, Jaafaer Henry yang membantu Nasir @ Latiff melalui Suzie untuk mendapatkan IC tersebut. Setelah berjaya mendapatkan IC untuknya, Nasir @ Latiff mula mencari untung dengan menawarkan IC kepada orang ramai dengan kaedah tersebut.

Mereka akan mengeluarkan kad Pengenalan orang yang telah mati atau Kad yang tidak dipungut oleh pemohon kepada pemohon yang bersedia membayar dengan jumlah yang diminta.

Mengikut Modus Operandi, mereka akan diberikan Sijil Lahir, Nombor IC Lama dan MyKad baru. Antara yang berjaya mendapat IC melalui cara ini ialah Musakkar bin Abdullah (620305-12-5961) yang sebelum ini menggunakan nama Kadersha Mydeen dalam pasport India bernombor A7754373 dan kini menjadi pemilik Restoran Farveen Curry House, berhampiran Shell, Kampung Air, Kota Kinabalu.

Sejajar dengan cadangan pengumuman penubuhan RCI oleh Perdana Menteri, maka sewajarnya bermula di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah dan jadikan Naser @ Latiff sebagai salah seorang 'Target' siasatan dan TOR yang mampu memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

Salam Hormat,

CHONG SU LI

23 comments:

  1. RCI on the JIM and JPN is necessary unless the authorities from both department are willing to cooperate and give explanation regarding this allegations.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPN dan Jabatan Imigresen harus disiasat terlebih dahulu, masalah PATI berkait rapat dengan kedua jabatan ini.

      Delete
  2. Hope that we can get explanation regarding this Nasir Bin Yusuf person.

    ReplyDelete
  3. dakwaan ini kena disiasat untuk memastikan ia benar atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti banyak andaian negatif diantaranya.

      Delete
  4. Sick of project ic in Sabah! Bring the culprits into justice! Your days are counted.

    ReplyDelete
  5. Dakwaan ini harus disiasat, jangan membiarkan mana-mana pihak menyalah gunakan kuasa.

    ReplyDelete
  6. Pihak yang mengeluarkan dokumen palsu harus dikenakan tindakan unddang-undang yang ketat.

    ReplyDelete
  7. Just go ahead with RCI untuk mencari punca masalah dan asalusur projek ic.

    ReplyDelete
  8. Biar SPRM sendiri meneliti dibahagian mana yang mereka ingin mulakan siasatan mengenai masalah projek IC ini.

    ReplyDelete
  9. Semoga dengan tertubuhnya SSD ini akan mampu menyiasat lebih terperinci dalang dalam pemberian IC projek kepada warga asing ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara tu tidak boleh dipandang remeh, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan.

      Delete
  10. Laporkan pada polis untuk tindakan undang2.

    ReplyDelete
  11. apa la si Chung Su Li.. dia buat laporan pun di media sabahkini.. kenapa bukan di balai polis? patut la banyak kes memihak kepada tertuduh.. sebab bukti telah dimansuhkan sebelum mereka disiasat..

    ReplyDelete
  12. HEAD of State Tun Juhar Mahiruddin said the perennial issue of illegal immigrants in Sabah must be handled in a collective manner and at the same time resolved wisely.

    ReplyDelete
  13. While the State and Federal Governments view the matter very seriously and have taken integrated action to settle it, he said everyone must render their cooperation to ensure the issue is resolved.

    ReplyDelete
  14. The problem must be settled together and wisely but, everyone must be prepared to render firm co-operation to ensure the illegal immigrant issue would be overcome for the sake of our wellbeing and prosperity.

    ReplyDelete
  15. The illegal immigrant issue has become a focal point among the State Barisan Nasional (BN) component parties and almost all have agreed to the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate it.

    ReplyDelete
  16. In view of the present situation, It is deemed necesary to set in place additional precautionary measures to prevent immigrants from taking advantage of the ongoing National Registration Department’s (NRD) mobile registration drives to acquire Malaysian citizenship.

    ReplyDelete
  17. Parti Bersatu Sabah (PBS) Vice President, Datuk Radin Malleh who voiced out this matter, said although certain mechanisms were already in place, the NRD still needs to be extra careful to ensure that illegal immigrants are not mistakenly registered as locals and given Malaysian birth certificates and identity cards (ICs).

    ReplyDelete
  18. He added that the relevant authorities to be extra careful in registering the birth certificates and identity documents, so that they do not fall into the wrong hands especially illegal immigrants, as this could jeapordise the country’s sovereignty and future.

    ReplyDelete
  19. Radin who is also Assistant Minister in the Chief Minister’s Department said the mobile registration was one of the government’s way to help the people, but to a certain extent, there might be a hint of truth to the association’s claims.

    ReplyDelete
  20. He added that there were rules in place under the Federal Constitution for foreigners to get their citizenship and NRD must ensure that everyone abides by this.

    ReplyDelete