Sunday 10 June 2012

NAGARAJU ENGGAN TUTUP KOLEJ TIRAM YANG HARAM?




Saudara Pengarang,

MANTAN Pengerusi MIC Silam, Sabah yang memiliki sebuah kolej haram di Lahad Datu, Kolej Tiram yang terletak di Jalan Pantai, 91100 Lahad Datu masih belum ditutup kolejnya sedangkan ramai yang sudah menyuarakan bantahan rasmi.

Kolej ini adalah salah satu kolej haram yang telah disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Nagaraju meneruskan kolej tersebut kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam politik.

Nagaraju merupakan orang kuat MIC Sabah. Beliau telah berjaya mempengaruhi semua 'orang besar' dalam tangannya untuk meneruskan kolej haram tersebut.

Pada tahun 2011, Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul yang sebelum ini menimbulkan isu berkenaan kesal kerana Kolej Tiram terus beroperasi tanpa sebarang halangan, termasuk menawarkan kursus berkembar dengan IPTS di Semenanjung Malaysia dan sekolah menengah swasta.

“Apa istimewanya Kolej Tiram sehingga dikecualikan daripada hukuman dan terus beroperasi tanpa sebarang sekatan sedangkan Tadika PASTI dan swasta tidak dibenarkan beroperasi tanpa lesen,” ujar Kunsul yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM menyiasat isu ini.

Pada ketika itu, Kunsul Nahul mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung bahawa sekurang-kurangnya lima Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sabah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 atas pelbagai kesalahan tahun lepas, namun tidak menyebut nama Kolej Tiram.

Dr Hou menyatakan antara kesalahan itu termasuk mengendalikan kursus tamat tempoh, pindah premis atau menawarkan kursus tanpa kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan memberi amaran kepada semua IPTS agar sentiasa mematuhi kriteria dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Memandangkan Kolej Tiram tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi namun masih menjalankan operasi, maka Kunsul menjelaskan ada sesuatu yang tidak kena; apatah lagi sekolah swasta ini dipercayai dimiliki oleh pemimpin MIC.

“Kenapa Majlis Daerah Lahad Datu juga tidak mengambil tindakan kerana ubah suai sekolah ini tidak mendapat kelulusan Majlis Daerah,” ujar Kunsul yang mengatakan pengurusan Kolej Tiram meremehkan teguran beliau sebelum ini.

Kunsul bagaimanapun bersetuju agar Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak berkuasa tempatan diberi kuasa penuh bagi memastikan Akta 555 dipatuhi demi kepentingan negara.

Oleh itu, Kunsul menggesa Kerajaan bertindak tegas ke atas Kolej Tiram sebagaimana tindakan yang diambil terhadap Institut Senireka Raffles yang telah disabit kesalahan dan didenda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas lima pertuduhan berkaitan dengan mengendalikan kursus tanpa mendapat kelulusan.

Untuk rekod, jumlah IPTS yang beroperasi di negara ini ialah 488 buah, termasuk 25 berstatus Universiti, 22 berstatus Kolej Universiti, lima cawangan universiti luar negara dan 436 berstatus kolej.

Sebenarnya bukan sahaja Kunsul Nahul yang menyuarakan rasa tidak puas hati seperti ini, malah terdapat ramai pemimpin yang menyuarakannya. Namun,Nagaraju tetap berlindung di bawah ketiak MIC.

Begitu juga, Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan begitu lantang sekali mendedahkan skandal MIC di Sabah. Mereka terdiri daripada ramai pengundi hantu dan pemilik projek IC. Beliau pada masa itu turut membidas Kementerian Pelajaran dan pihak berkuasa tempatan kerana gagal mengambil tindakan untuk menutup Kolej Tiram di Lahad Datu yang dimiliki Pengerusi MIC Silam, Nagaraju Appalasamy, walaupun Kementerian Pelajaran mengesahkan kolej berkenaan adalah Haram!

“Apakah kerana Nagaraju Pengerusi MIC Silam, maka beliau bebas melakukan apa sahaja termasuk melakukan penipuan dan jenayah?,” tanya Zainuddin yang jengkel dengan sikap Kerajaan BN Sabah.

Saya harap SPRM segera menahan Nagaraju dan mereka yang terlibat dan berselindung di sebalik parti parti politik.Saya mengharapkan kolej tersebut ditutup segera. Walaupun tidak ada lesen, namun sikap kerajaan yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap MIC dan Nagaraju memperlihatkan Nagaraju mengeluarkan 'rasuah' yang banyak demi menutup mulut penguatkuasa negara kita.

Nagaraju yang saya percaya pendatang ke Sabah begitu kurang ajar apabila menjalankan aktiviti kolej haram. Kasihan nasib anak-anak yang menuntut di situ.

Berbekalkan pengaruhnya dalam Malaysian Indian Congress (MIC), Nagaraju Appalasamy telah membuka Kolej Tiram sekitar 1980-an di Pekan Sampah Lahad Datu untuk menyediakan tempat belajar bagi murid-murid yang tercicir dalam pelajaran.

Kemudian dikembangkan lagi melalui penganjuran ‘Twinning Programme’ dengan Universiti Terbuka Malaysia (UOM) untuk memudahkan mereka yang telah bekerja dalam sektor perladangan meningkatkan taraf pendidikan mereka dengan mengikuti Program Diploma Perladangan di Kolej Tiram yang kini terletak di Bandar Wilayah Jasa, Lahad Datu.

Namun tidak siapa menduga bahawa Kolej Tiram adalah Kolej Swasta yang didirikan secara haram tanpa lesen daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sekalipun telah melahirkan ramai pelajar cemerlang selepas mereka tercicir daripada sekolah aliran perdana.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Sabahkini.net, Eksekutif Khidmat Pelanggan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Rosafiza Binti Darus menjelaskan bahawa berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mendapati Kolej Tiram adalah sebuah institusi pendidikan swasta yang tidak berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah mengeluarkan arahan kepada Kolej Tiram supaya mengemukakan permohonan pendaftaran kepada KPM namun sehingga kini tiada permohonan diterima oleh Bahagian Pendidikan Swasta.

Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut akan dijalankan dan tindakan perundangan akan diambil ke atas Kolej Tiram mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Persoalannya, kenapa sudah hampir 30 tahun berlalu, Jabatan Pelajaran Sabah masih tidur lena sedangkan mereka tahu bahawa Kolej Tiram tidak berdaftar dan atas dasar apa Jabatan Pelajaran membenarkan Kolej Tiram beroperasi secara haram?

Seorang bapa, Kassim, 53, tidak menyangka Kolej Tiram tidak berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Sabah dan telah memberhentikan anaknya daripada belajar di kolej tersebut kerana merasa tertipu.

Bagaimanapun beliau tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana anaknya baru sahaja dimasukkan ke kolej haram berkenaan.

Saya pasti tidak akan ada sebarang tindakan selagi MIC Haram wujud di Sabah. Kami bukan mahu apa, kami mahu mereka disiasat. Kenapa kerajaan yang ada sekarang begitu lembab menyiasat kes-kes serius seperti ini. Mana tahu Nagaraju ini menjual dan membekalkan sesuatu yang haram kepada anak-anak kita di sana

Nagaraju diminta jelaskan bagaimana kolej ini boleh beroperasi tanpa lesen lebih daripada 30 tahun? Saya mahu kementerian Pendidikan menperjelaskannya. Pihak berkuasa tangkap dan siasat Nagaraju jika kerajaan sekarang komited untuk membuat transformasi atau mahu laungkan reformasi pula.

Mungkin Nagaraju sudah kaya raya dan berkuasa sehingga pihak berkuasa takut kepadanya. Maklumlah badan dia besar seperti Badak Sumatera di Tabin. Semua penguatkuasa di Lahad Datu takut kepadanya, Minta maaf Nagaraju kerana saya terpaksa memperkatakannya demi ibu pertiwi kami.

Salam Hormat,

JUSTIN BEGO.

20 comments:

  1. jika ia haram, ia tak boleh beroperasi, ia harus ditutup.

    ReplyDelete
  2. kenalah buat sisatan yang lanjut.

    ReplyDelete
  3. Besarnya kuasa pengaruh politik ni. yang haram pun boleh dihalalkan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah tindakan harus diambil sebab kuasa telah disalahgunakan.

      Delete
    2. Betul juga, harus juga disiasat, jika ada pihak menyalahgunakan kuasa, harus juga diambil tindakan.

      Delete
  4. Rasanya sudah lama isu ni diutarakan. kalau siasatan yang dibuat menunjukkan kolej ni memang tiada kelulusan dan tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi atau Jabatan Pelajaran Sabah memang, wajarlah kolej ni ditutup.

    ReplyDelete
  5. Jika kolej ini tidak memenuhi syarat, harus ditutup.

    ReplyDelete
  6. Tindakan harus diambil terhadap kolej yang tidak sah.

    ReplyDelete
  7. Ada juga pihak menyalah gunakan kuasa.

    ReplyDelete
  8. Jika sahnya kolej ini dijalankan tanpa memenuhi syarat, harus juga mengambil tindakan selanjutnya.

    ReplyDelete
  9. Kenapa kolej ini gagal mendapat permit? Adakah tidak berkelayakan?

    ReplyDelete
  10. Apakah tindakan yang akan diambil?
    Ditutupkan? Atau dikaji sama ada diberi kelayakan untuk teruskan?

    ReplyDelete
  11. Harapkan kolej ini tidak menjalankan aktiviti haram.

    ReplyDelete
  12. Tindakan wajar harus diambil sebab ini berkait dengan masa depan anak murid.

    ReplyDelete
  13. Jika benar itu adalah kolej haram sepatutnya kolej tersebut perlu diambil tindakkan.

    ReplyDelete
  14. Masih timbul persoalan bagaimana kolej yang tidak sah ini terus beroperasi. Tidak ada tindakkan undang-undangkah kepada mereka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan duit pelajar dan menyusahkan pelajar & ibu bapa

      Delete
  15. Report polis saja. Kolej haram sama juga macam main judi haram.

    ReplyDelete
  16. pengadu sendiri mengakui bahawa Kolej Tiram telah melahirkan ramai pelajar cemerlang selepas mereka tercicir daripada sekolah aliran perdana, bukankah ini sesuatu yang baik?? nasib pelajar macam mana yang dimaksudkan penulis perlu dikasihankan sedangkan Kolej ini bertujuan untuk membantu pelajar2 menyampung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi??

    ReplyDelete
  17. banding dengan kunsul nahul dan pemimpin2 pembangkang yang mengkritik kewujudan kolej Tiram ini, adakah sumbangan mereka kepada masyarakat ini sama besarnya dengan sumbangan Nagaraju yang berjaya membantu pelajar tercicir melanjutkan pelajaran ke menara gading??

    ReplyDelete