Sunday 17 June 2012

NAJIB LULUSKAN PINJAMAN RM235 JUTA




Oleh : MUSTAPA LAKAWA

WAJAH.....NAJIB (tengah) bersama Rosmah sambil ditemani Musa (dua dari kanan) melihat ilustrasi wajah mereka di atas rekaan batik pada Majlis Perasmian Pusat Kraftangan Sabah di Keningau semalam.

KENINGAU : Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman berjumlah RM235 juta kepada kerajaan negeri Sabah bagi membina sebuah loji rawatan air bersih di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, berita gembira itu adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat terutama di kawasan pedalaman menikmati kemudahan asas yang terbaik.

Katanya, pembinaan loji itu apabila siap kelak bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna di daerah itu.

"Kehadiran saya di sini bukanlah semata-mata kehadiran kosong tetapi saya ingin mengumumkan berita gembira buat rakyat Keningau iaitu kelulusan pembinaan sebuah loji rawatan air bersih di sini," katanya ketika merasmikan Pusat Kraftangan Sabah di sini semalam.

8 comments:

  1. wang tersebut gunakanlah ia dgn baik untuk membina loji rawatan air.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya peruntukan ni tapi apapun, bersyukurlah sebab tidak lama lagi penduduk Keningau boleh menikmati air bersih.

    ReplyDelete
  3. Semoga peruntukkan akan banyak diberikan kepada kerajaan Negeri untuk pembangunan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Harap ada penjelasan tentang pinjaman ini. Mengapa bukan peruntukan?

    ReplyDelete
  5. Gunakan pinjaman tersebut untuk menyelesaikan masalah mengenai bekalan air ini dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjaman yang diluluskan oleh persekutuan adalah untuk pembangunan juga.

      Delete
  6. Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  7. makin banyak lawatan Najib ke negeri ini makin banyak peruntukkan diumumkan oleh beliau untuk negeri ini.. syabas..

    ReplyDelete