Monday 11 June 2012

LAJIM HARUS SEGERA TINGGALKAN UMNO



Saudara Pengarang,

SEMAKIN lama Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin menunggu untuk melompat, maka semakin dalam jurang politik yang terpaksa beliau hadapi kerana besar kemungkinan tidak ada tempat yang selamat untuk Lajim, sekalipun di DUN Klias atau Parlimen Beaufort.

UMNO sudah pastinya tidak lagi memerlukan khidmat Lajim sebagaimana pada era 1994 ketika beliau melakukan lompatan katak bernilai RM5 juta mengikut Skim Tajaan Sukan Lompat Katak yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.

Populariti Lajim yang semakin menurun menyebabkan beliau telah dipinggirkan kerana tidak lagi berfungsi sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri; malah tidak lagi mempunyai potfolio sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort setelah tidak lagi menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Dalam keadaan lopak (parti) yang menjadi rumahnya selama ini semakin kering kontang dan tidak mempunyai sebarang harapan lagi untuk dipilih semula sebagai Calon UMNO bagi mana-mana kerusi yang bakal diwakili BN; terutama setelah mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk ura-ura melompat parti SPF dan PKR.

Jika Lajim menafikan isu ini, kenapa beliau mengadakan beberapa perjumpaan tertutup dengan Anwar termasuk mengadakan misi rahsia membawa kami makan angin ke Jakarta, sebaliknya beliau pula ke Cambodia?

Sebagai ahli UMNO Beaufort, saya berharap agar Lajim segera tinggalkan UMNO kerana beliau kini menjadi liabiliti kepada parti dan dalam masa yang menyebabkan wujud beberapa puak di dalam UMNO, termasuk menaja puak tertentu melakukan usaha untuk mengganggu kepimpinan Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Sikap menyimpan lebih 5,000 bendera SPF di sebuah rumah telah menimbulkan perasaan curiga dan ura-ura beliau menyertai PKR tidak boleh dipandang ringan.

Salam Hormat,

AJK BAHAGIAN KECEWA

29 comments:

  1. Lajim has denied the rumors that he planed to leave BN to join other parties previously. I wonder if his stand is still firm with BN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim masih kekal bersama BN. Inicuma khabar angin sahaja.

      Delete
  2. We should just wait and see what is Lajim's decision regarding this, its his choice and rights whether he chose to stay or leave.

    ReplyDelete
  3. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan UMNO dan menyertai pembangkang di Sabah. Lajim berkata, khabar angin itu tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  4. Kebelakangan ni memang banyak khabar angin. Bukan setakat Lajim saja yang dikatakan akan menyertai PR malah Wilfred Bumburing, Osu Sukam dan Kasitah Gaddam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi semuanya tidak benar, mereka dan nafikan akan keluar parti.

      Delete
  5. hanya kerana mereka adalah membidas kerajaan, tak bermakna mereka berpaling tadah, pembangkang sengaja reka cerita ini, lagipun pembangkang pun dah terdesak kerana hilang sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang memang semakin terdesak..mereka akan buat apa saja...kini adalah perang psikologi..

      Delete
  6. lajim sudah pun memberikan penjelasan dan pendirian beliau..

    ReplyDelete
  7. maximus juga mengatakan ianya hanya khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pembangkang untuk mencetuskan ketegangan dan kekeliruan di kalangan rakyat dan ahli BN khasnya UMNO.

    ReplyDelete
  8. Jika Lajim menafikan isu ini, kenapa beliau mengadakan beberapa perjumpaan tertutup dengan Anwar termasuk mengadakan misi rahsia membawa kami makan angin ke Jakarta, sebaliknya beliau pula ke Cambodia?

    Lajim harus memberi penjelasan hala tujuannya.

    ReplyDelete
  9. Lajim akan menentukan masa depan karier politik beliau.

    ReplyDelete
  10. Sikap menyimpan lebih 5,000 bendera SPF di sebuah rumah telah menimbulkan perasaan curiga dan ura-ura beliau menyertai PKR tidak boleh dipandang ringan.


    betul ke tuduhan ini? Apakah tujuan beliau berbuat demikian?

    ReplyDelete
  11. Datuk Lajim ada keputusannya sendiri. Jadi kita hormat akan apa pun keputusan yang akan dibuat oleh Datuk Lajim.

    ReplyDelete
  12. Kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita lihat/dengar dalam media

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kadang-kadang apa yang kita dengar tidak betul, perlu menilai dengan bijak.

      Delete
  13. tidak hairanlah jika PRU semakin dekat, macam-macam Khabar angin akan didengari

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah bila pru sudah dekat ada saja isu dimainkan.

      Delete
  14. janganlah menyebarkan khabar angin yang tidak benar

    ReplyDelete
  15. Adakah beliau perlu meninggalkan parti? biarlah dia sendiri yang menentukannya...

    ReplyDelete
  16. lagipun, itu haknya sendiri untuk membuat keputusannya

    ReplyDelete
  17. selagi tidak dengar daripada tuan punya badan, tidak perlulah percaya khabar angin.

    ReplyDelete
  18. Tidak ada paksaan untuk seseorang menyertai dan menyokong mana-mana parti yang mereka sukai. Maka terpulang pada diri sendiri untuk menilai parti mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  19. Rasanya Datuk Lajim akan terus setia dengan BN Sabah. Semua ini cuma permainan yang dibuat oleh pembangkang terhadap beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permainan politik memang sukar diramal.

      Delete
  20. Berita mengenai Datuk Lajim keluar Umno masih menjadi persoalan sekarang ini. Datuk sendiri perlu menjelaskan dengan lebih terperincin mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  21. Walau bagaimana pun Lajim perlu mengambil keputusan untuk bersama dalam BN atau tidak.

    ReplyDelete
  22. kalau sudah ada niat mahu tinggalkan umno, keluar la cepat2.. tidak payah tunggu selepas PRU13..

    ReplyDelete
  23. nasib baik la Lajim dalam umno, bukan dalam Pakatan.. kalaulah Lajim dalam Pakatan, sudah lama dia kena pecat..

    ReplyDelete