Sunday 3 June 2012

PARLIMEN BOLEH BUBAR AWAL




Oleh :  WAN ALI AMIT.

KUCHING: Timbalan Spea-ker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya Parlimen boleh dibubar bila-bila masa sebelum Belanjawan 2013 dibentang pada September akan datang.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, pembubaran Parlimen yang dilakukan sebelum ini tidak banyak perbezaannya.

“Perdana Menteri boleh mengumumkan pembubaran Parlimen pada bila-bila masa sahaja… sebelum, selepas atau pada pertengahan persidangan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ditemui pada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sarawak, Wan Junaidi berkata: “Tidak ada apa-apa dalam perlembagaan atau undang-undang yang boleh menghalang pembubaran Parlimen.”

Beliau menarik perhatian, jika Perdana Menteri telah memberi nasihat kepada Agong dan baginda bersetuju maka dibubarlah Parlimen.

Mengenai belanjawan yang akan menjadi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), Wan Junaidi menjelaskan: “Apa yang sebenarnya dalam fikiran Perdana Menteri itulah yang terbaik untuk rakyat.

“Belanjawan perlu baik… jika tidak cukup baik, rakyat tidak akan gembira. Belanjawan perlu untuk membuat semua orang gembira,” katanya.

Wan Junaidi menarik perhatian bahawa belanjawan mungkin menunjukkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan selepas itu atau sebelumnya.

Ditanya adakah pilihan raya tidak boleh diadakan semasa belanjawan, Wan Junaidi berkata: “Pada 1999 atau 2000 separuh belanjawan dilakukan selepas asul dibahaskan, dan belanjawan adalah salah satu rang undang-undang atau perlembagaan yang tidak membatalkan belanjawan itu sendiri.

Beliau menjelaskan bahawa rang undang-undang yang sedang dibahaskan akan terus menjadi sah sehingga pembubaran Parlimen.

“Parlimen boleh diteruskan, melainkan jika kerajaan baharu dan menteri kewangan baharu mempunyai idea sendiri mengenai apa yang hendak dibelanjakan,” katanya. (UB)

8 comments:

  1. We still have not known when the federal government planned to dissolve the parliament. Speculators expect the 13th general election to be set up between August and September this year.

    ReplyDelete
  2. I think we should wait for the official announcement from the Federal government regarding the actual date for the general elections.

    ReplyDelete
  3. parlimen boleh dibubarkan bila2 masa, tapi ia sebaiknya kenalah pada masa yang benar2 sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. harus pada masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen

      Delete
  4. Tunggu sajalah pembubaran rasminya.

    ReplyDelete
  5. Mengenai pembubaran itu rasanya PM sendiri telah menetapkan dan merancangnya.

    ReplyDelete
  6. lebih baik tunggu saja la pengumuman.

    ReplyDelete
  7. lepas ni tidak ada lagi alasan untuk kerajaan negeri Pakatan mahu mengadakan pilihanraya berasingan..

    ReplyDelete