Monday 4 June 2012

PASUKAN SARAWAK WAKILI SABAH DIPERSOAL



SOKONGAN....Pasukan yang mengambil bahagian dalam Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2012 menandakan sokongan terhadap penganjuran karnival tahunan itu di Sabah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PASUKAN bawah 12 tahun dari Sabah mempersoalkan penganjur Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2012 yang melayakkan pasukan dari Sarawak untuk mewakili Sabah ke pertandingan grand final kategori itu di Kuala Lumpur nanti.

Walaupun pasukan War's 151-B16 menjuarai kategori itu dalam pertandingan di Gelanggang Futsal Suria yang berakhir kelmarin namun adalah lebih baik pasukan dari Sabah sendiri yang berpotensi diberi peluang mewakli Sabah.

Berdasarkan keputusan itu pasukan dari Sarawak itu bersama SK Sembulan akan mewakili negeri ini ke grand final yang dijadual diadakan di Semenanjung.

"Kita bukan persoalkan kemenangan mereka, tidak sama sekali tetapi membenarkan pasukan dari Sarawak untuk mewakili Sabah adalah satu pendekatan yang kurang sesuai," kata Ahmad, jurucakap pasukan yang bertanding dalam kategori itu.

Beliau mendakwa karnival yang serupa juga diadakan di Sarawak sebelum ini yang bermakna dua pasukan dari negeri itu sudah pun layak ke grand final.

Jika satu pasukan lagi diberi peluang untuk mewakili Sabah, ini bermakna tiga pasukan dari Bumi Kenyalang akan bertanding di grand final, satu keistimewaan berbanding negeri-negeri lain.

"Secara rasional sebaik-baiknya pasukan yang berpotensi dari Sabah seharusnya diberi peluang beraksi di grand final supaya pemilihan adalah adil bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam kategori itu," ujar Ahmad yang menyifatkan penganjuran Karnival Futsal Milo Hidup Bola sebagai langkah baik yang dilakukan Milo.

Penganjur boleh memilih pasukan yang benar-benar berpotensi sepanjang karnival sehari itu untuk mewakili Sabah, katanya.

Beliau percaya bahawa pasukan-pasukan dari Sabah telah memberi sokongan yang sangat memberangsangkan terhadap karnival itu dan sewajarnya ia dihargai oleh penganjur.

"Saya berharap pandangan kami tidak disalahtafsirkan dan menyarankan pihak penganjur menyemak kewajarannya supaya karnival futsal Milo Hidup Bola sentiasa menarik perhatian pasukan-pasukan dari Sabah," ujar beliau.

9 comments:

  1. It certainly is weird why Sabahans are represented by Team Sarawak during the grand finale?

    ReplyDelete
  2. Hope that the organizers for this football league will explain why Team Sabah cannot represent the state to play in the KL finals?

    ReplyDelete
  3. Sabah seharusnya dan pasukan sendiri, tak perlu nak diwakilkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Sabah menang pun tapi diwakili oleh orang bukan Sabah pasti orang2 Sabah tidak rasa bangga pun

      Delete
  4. Please be fair to Sabah.

    ReplyDelete
  5. Kesuntukan masa ka sampai bakat2 yang ada di seluruh pelusuk Sabah tidak diuji terlebih dahulu. sekarang, Sarawak pula yang jadi wakil.

    ReplyDelete
  6. Betul juga..Kalau Sabah yang menang maka biarkan semua wakil dari Sabah yang dipilih. Ini tidak kenapa pula perlu wakil dari Sarawak juga terpilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut dipersoalkan. Orang Sabah la yang patut wakil Sabah.

      Delete
  7. kan bagus jika gabungkan saja pasukan sarawak dan sabah.. mustahil la dalam pasukan sabah tidak ada pemain terbaik..

    ReplyDelete