Wednesday 20 June 2012

PELAJAR KAFA SABAH DAPAT BANTUAN




BANTUAN...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Hj.Mohamad Nordin Ibrahim (kiri) dan Hj Ahmad Zaki Hj Arsad (dua kanan) menyampaikan Sijil Bantuan Sekolah KAFA kepada wakil KAFA Bimbingan Insan Kg.Kabog Kunak sempena Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Peringkat Negeri Sabah 2012

Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyeru golongan ibubapa terus menghantar anak-anak mereka belajar dalam Kelas Fardhu Ain (KAFA) dan tidak lagi merasa bimbang mengenai perbelanjaan penyediaan buku dan peralatan sekolah apabila pengagehan peruntukan berjumlah RM3.75 juta kepada sekolah-sekolah KAFA seluruh negara yang akan diagihkan dalam masa terdekat.

Katanya, sekolah KAFA negeri ini akan menerima agihan berjumlah RM402,000 ribu dan akan di agihkan kepada 1,970 buah sekolah KAFA negeri ini melibatkan 42,000 orang pelajar seluruh negeri daripada peruntukan tersebut bagi pembelian peralatan dan buku-buku sekolah.

Katanya, kerajaan hari ini cukup prihatin kepada rakyatnya terutama kepada pelajar-pelajar dan rakyat yang memerlukan bantuan pembelajaran.

“Kita berharap ibubapa tidak lagi akan merasa bimbang kerana pihak kerajaan akan memberikan bantuan penyediakan peralatan sekolah dan buku-buku tulis anak-anak mereka yang bersekolah di sekolah Kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka,” kata Nasir.

Dengan bantuan itu, katanya menunjukkan betapa kerajaan hari ini merupakan kerajaan yang terbaik dan amat prihatin kepada golongan pelajar dan ikhlas meneruskan Tradisi Membela Rakyat tanpa mengira sukubangsa, anutan agama mahupun fahaman politik.

Sehubungan itu, beliau menyarankan guru-guru KAFA terus meningkatkan lagi tahap perkhidmatan mereka dan memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang menyeluruh.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan majlis sambutan Hari Guru KAFA Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012 di Ranggu Holiday Village di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Haji Mohamad Nordin Ibrahim; Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Haji Ahmad Zaki Arsad; Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Mogames Zaki Abd.Ghani dan ketua penceramah Haji Nasir Disa serta kakitangan JAKIM Sabah dan guru-guru KAFA seluruh negeri Sabah.

Nasir berkata, sambutan Hari Guru merupakan suatu usaha untuk mengiktiraf dan meraihkan jasa dan bakti yang dimaikan oleh guru-guru dalam mendidik anak bangsa dengan penuh sabar dan dedikasi.

Ujarnya, sesuai dengan objektif yang digariskan semoga usaha sambutan Hari Guru KAFA 2012 itu mampu menjana impak yang lebih besar ke arah meningkatkan lagi kualiti dan sumbangan guru-guru seterusnya memberikan nilai tambah yang positif kepada masyarakat serta mampu melahirkan anak didik yang mempunyai budi pekerti mulia.

Katanya, pengwujudan dan peranan yang dimainkan oleh guru-guru KAFA merupakan suatu  menifestasi bagi memainkan peranan sebagai muallim dan guru dalam merubah serta menghindarkan orang ramai daripada penyakit kejahilan dan buta huruf.

Jestru, kata Nasir lagi, pengiktirafan wajar diberikan kepada semua guru KAFA yang berusaha memberikan didikan ilmu agama kepada anak-anak dan masyarakat negeri ini.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, berharap pihak JAKIM terus mempelbagai program yang mampu menyumbang kepada usaha memantapkan lagi kredebiliti guru KAFA di negeri ini dengan memberikan latihan-latihan dan kursus berkaitan bagi membantu guru-guru mempertingkatkan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

“Sambutan Hari Guru dan penyampaian pelbagai anugerah bukan sahaja menefistasi penghargaan seta menghimpunkan guru-guru malah ianya berupaya mencetuskan semangat dan memurnikan pengorbanan kaum guru lebih berdedikasi melahirkan suatu bangsa berpendidikan serta bertamadun,” kata Nasir.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada 23 orang guru-guru KAFA Cemerlang;lima orang Pengerusi KAFA Cemerlang,Anugerah Jasamu Dikenang kepada enam orang guru; dua bantuan Kelas KAFA dan Anugerah Penyelia KAFA seluruh Negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment