Friday 1 June 2012

PENDUDUK SALAKKAN BELUM TENTU MAKAN PETANG?


Oleh : SHAIMON S JUMADI         Foto : NORASMAH TAKBIRUL

BAK kata pepatah Melayu, “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga,”  beginilah nasib malang yang menimpa seorang penduduk Kampung Pulau Salakkan di DUN Sulabayan, Semporna, Mohamed Bin Jim, 48, yang mempunyai 9 orang anak dan disahkan  mengidap penyakit Radang Paru-Paru sejak dua tahun lalu.

Mohamed  dan keluarganya langsung tidak dipedulikan oleh Wakil Rakyat Semporna; Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Harman Mohammad terhimpit dalam jurang kemiskinan  tegar kerana tidak mempunyai sebarang pekerjaan  tetap dan tidak mampu untuk berulang alik mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Akibatnya, Mohamed Jim terputus bekalan ubat-ubatan sejak enam bulan yang lalu sebagaimana yang dinyatakan kepada Angkatan Muda KeADILan Cabang Semporna, Saiman  Tajim yang dalam rangka  lawatan kerjanya bersama Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna,  Nazmahwati Walli di kampung berkenaan.

“Mujurlah saya dapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat  sebanyak RM400, itupun bulan Mac punya; sementara April dan Mei masih lagi tertunggak” ujarnya.
“Saya bagi pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada AJK PKR Cabang Semporna yang sanggup datang melawat ke kampung ini walaupun jauh menaiki bot lebih kurang 1 jam  perjalanan dari Semporna. Kami yang tinggal di kampung ini semua dalam keadaan daif. Malangnya kami tidak dipedulikan oleh para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN)," ujar Mohamed Jim lagi yang tidak menolak kemungkin akan menyokong PKR atau Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.


Mohamed Jim mengambil kesempatan mengingatkan penduduk kampung tersebut termasuk keluarganya agar insaf dan jangan kerana beras 5 kg, garam 2 bungkus, ajinomoto 2 bungkus, sardin 4 tin, kacang hijau 2 kg,  gula 1Malaysia 2 kg dan wang tunai RM150, maka mereka dengan mudah memberikan undi kepada pemimpin UMNO yang telah mengkhianati mereka selama ini.

“Ini kalilah kita mesti tukar baju sebab sudah terlalu lama BN/UMNO memerintah Semporna, terutama sekali rakyat yang tinggal seperti kami di pulau terpencil ini telah ketinggalan segala-galanya dan kehidupan kami terus terhimpit dalam kemiskinan kerana kais pagi belum tentu makan petang,” ujarnya.



15 comments:

  1. Hope that Mohamed Bin Jim can get medical care for his lung infection. The Semporna district leaders Harman Mohammad and Shafie Apdal should try to give help to those in need.

    ReplyDelete
  2. It's the leaders duty and responsibility to give attention to the people's needs and problems.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap ekonomi terus berkembang dan peluang pekerjaan semakin bertambah agar kehidupan masing-masing boleh diperbaiki.

      Delete
  3. dia ada dpt bantuan jg dari jabatan kebajikan, ia menunjukkan dia tidak diabaikan.

    ReplyDelete
  4. Are his children still kids? If not, then they should take care of their parents.

    ReplyDelete
  5. Kebajikan rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  6. WR harus sentiasa mengambil berat isu di merata tempat agar tindakan yang wajar boleh diambil.

    ReplyDelete
  7. Moga-moga WR Semporna boleh turun padang dan memberi bantuan yang wajar kepada mereka yang betul-betul memerlukannya.

    ReplyDelete
  8. Masalah kemiskinan memerlukan usaha sama-sama. Sikap teramat bergantung kepada kerajaan juga membebankan.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya Semporna sekarang menjadi tempat tumpuan PKR. Jika kita lihat pelbagai isu dibangkitkan di Semporna oleh parti tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR hanya memberi tumpuan pada musim2 tertentu saja tu.

      Delete
  10. Berappa lama macam tu??? baru PKR pergi tengok, musim sibuk pasal PRU13 baru sibuk2 mencari umpan2.

    ReplyDelete
  11. jika PKR memerintah negara ini, apa yang akan mereka berikan kepada penduduk miskin?? rumah? wang tunai? bantuan ubat2an? jelaskan la apa yang PKR boleh buat, bukan sekadar meminta rakyat supaya tukar baju.. kalau baju tu sama juga lusuh dan bau hapak, buat apa..

    ReplyDelete
  12. satu persoalan yang bermain difikiran saya.. adakah PKR berhasrat mahu membentuk kerajaan di negeri ini?? bagaimana dengan kenyataan Anwar kononnya mahu memberikan laluan kepada parti tempatan??

    ReplyDelete
  13. penduduk Sabah tidak perlulah terpengaruh dengan mainan politik pemimpin2 pembangkang.. jika mereka kata kerajaan mengabaikan penduduk sabah, bagaimana pula dengan ketua umum mereka? jarang sekali Anwar berkunjung ke negeri ini untuk melihat sendiri keperitan rakyat.. bila membentuk kerajaan nanti, lagi la teruk layanan diberikan..

    ReplyDelete