Friday 8 June 2012

PENGUNDI DI SABAH KINI HAMPIR 1 JUTA




PENGUNDI berdaftar di Sabah kini berjumlah 926,638 orang, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar hari ini.
   
Bagaimanapun, seramai 258,943 rakyat Sabah berumur 21 tahun ke atas belum mendaftarkan diri sebagai pengundi.
   
"SPR menganggap jumlah ini besar, walaupun tidak sebesar di negeri-negeri lain. Tetapi kita mintalah rakyat yang layak mengundi supaya mendaftar," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan SPR dengan wakil parti-parti politik di Sabah mengenai Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di Kota Kinabalu.
   
Wan Ahmad juga berkata semakan daftar pemilih di Sabah kini boleh dilakukan selama sebulan sejak 1 Jun lepas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip nombor kad pengenalan dan menghantar ke 15888 atau dengan menghubungi talian SPR Negeri iaitu 088-488588.
   
Mengenai perjumpaan itu yang disertai komponen parti Barisan Nasional dan pembangkang, beliau berkata 31 pasukan ditubuhkan bagi mewakili setiap kawasan Parlimen di negeri ini termasuk Labuan.

Menurutnya setiap kawasan Parlimen diwakili satu pasukan, manakala Kota Kinabalu dan Sandakan masing-masing mempunyai dua pasukan setelah mengambil kira keluasan kawasan dan jumlah pengundi.

Katanya pasukan itu berperanan memantau aktiviti parti atau calon ketika tempoh rasmi berkempen.
   
"Pasukan ini boleh menurunkan atau menanggalkan poster atau alat-alat kempen yang mempamerkan unsur-unsur fitnah, yang boleh memalukan calon, perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti hal peribadi seseorang, agama dan kaum serta mencetuskan kemarahan masyarakat," katanya.
   
Wan Ahmad berkata setiap pasukan diwakili seorang pegawai SPR, anggota polis berpangkat Inspektor atau lebih tinggi, pihak berkuasa tempatan dan wakil parti atau calon bertanding. (Bernama)

9 comments:

  1. 258,943 Sabahans who are eligible to vote has not register themselves as a voter, hope that they will fulfill their duty as a citizen to vote during the next general elections.

    ReplyDelete
  2. The people have the duty to pick the government they want to rule the country, every vote can make a difference.

    ReplyDelete
  3. nampaknya makin ramai pengundi di Sabah, pasti ramai rakyat sabah sedar akan keperluan mengundi.

    ReplyDelete
  4. pada mana2 yang belum daftar tu, daftarlah sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  5. Ramai juga pengundi di Sabah ini. Tidak apa SPR akan menyiasat mengenai nama yang meragukan sebagai seorang pengundi.

    ReplyDelete
  6. Those who has not registered themselves, stop being ignorant!

    ReplyDelete
    Replies
    1. The EC considers this as a large number, though not as many as other states. Therefore, I urge those who have not yet registered to sign up immediately. Do not worry when the election will be held, what is important is to register in order to fulfill your obligation as a voter

      Delete
  7. Some 258,943 Sabahans aged 21 years and above, who are eligible to vote, have not registered as a voter. Deputy Chairman of the Election Commission (EC) Malaysia, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar said, in total 1,205,581 Sabahans are eligible to vote but only 946,638 have registered as voters.

    ReplyDelete
  8. kalau mahu belia2 yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi, laksanakan saja pendaftaran secara automatik.. pasti ramai yang akan mengundi selepas ini.. kadang2 belia2 ini malas mahu mendaftar tapi berminat pula mengikuti perkembangan politik..

    ReplyDelete