Wednesday 13 June 2012

PENYALAHGUNAAN KUASA PEGAWAI MDT?




Saudara Pengarang,

SAYA tujukan surat terbuka ini kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor.

Tujuan saya menulis email (surat) ini kepada YAB adalah untuk meluahkan perasaan ketidak puasan hati saya terhadap Pegawai Ekselutif Majlis Daerah Tuaran, Sadan Haji Hussin.

Untuk makluman YAB, kelakuan beliau amatlah berbahaya terutamanya ketika menjelang pilihanraya ke 13 kerana dikhuatiri akan menjejaskan kepercayaan para pengundi di kawasan Tuaran, khasnya DUN Sulaman, terutamanya di kalangan kakitangan Majlis Daerah Tuaran dan keluarga serta penduduk.

Sadan Haji Hussin telah berkali-kali disiasat SPRM memandangkan kaedah beliau menguruskan projek tidak mengikut tatacara sebutharga dan tender yang betul sehingga beliau digelar 'Mr. 30 Percent' oleh Ahli-Ahli Majlis, orang politik dan masyarakat keranan beliau akan meminta sebanyak 30 peratus daripada harga kontrak terlebih dahulu sebelum projek diberikan.

Alasannya adalah untuk diberikan kepada Datuk Hajiji Mohd Noor, ADUN Sulaman  sebagai jaminan projek tersebut akan diberikan kepada mereka. Sadan telah dilepaskan oleh SPRM atas sebab hubungan kuat 'kabel' beliau dengan Hajiji.

Atas kelalaian Sadan mentadbir Majlis Daerah Tuaran, Jabatan Audit Negara telah berkali-kali memberikan amaran memandangkan MDT hanya mendapat 1 hingga 2 bintang sahaja.

Sadan juga tidak menghormati Ketua Pengarah Audit dan akan bercuti sekiranya dipanggil untuk menghadiri mesyuarat dengan Jabatan Audit sehingga Pengarah Audit mengeluarkan perkataan, "Adalah lebih mudah untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah daripada berjumpa dengan Sadan Haji Hussin."

Mengikut arahan kerajaan, seseorang Pegawai Kerja atau Eksekutif hanya boleh berkhidmat di sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan selama maksima 5 tahun. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Namun agak menghairankan kerana Sadan Hussin  telah berada di Majlis Daerah Tuaran selama 17 tahun dan merupakan Pegawai Eksekutif yang paling lama berkhidmat dalam sesebuah PBT. Ini membuatkannya berasa seolah-oleh kebal daripada segala-galanya.

Beliau hampir dipindahkan ke daerah lain namun atas sebab membodek Hajiji dengan meminta kontraktor-kontraktor terutamanya Datuk Peter Chong Chun Chan menanggung perbelanjaan Hajiji umrah ke Mekah pada tahun 2011; maka dibatalkan perpindahan tersebut.

Beliau seringkali berlagak dengan kenyataan berikut: "Saya tidak peduli kalau tiada yang suka dengan saya. Saya hanya tengok dan perlihara Datuk sahaja. Biarlah kalau orang tidak suka saya".

Sadan turut tidak menghormati Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing;  Datuk Jahid Jahim, Datuk Louis Rampas; malah tidak mengendahkan teguran Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman;  Pegawai Daerah, SUK KKTP. YAB Datuk Seri boleh bertanya dengan mereka untuk mendapatkan kepastian.

Kelakuan Sadan yang biadab dan celupar juga merupakan salah satu sebab beliau dibenci bukan sahaja oleh kakitangan MDT tetapi hampir kesemua Ahli Majlis serta kakitangan jabatan-jabatan lain di daerah Tuaran. Kakitangan MDT mengadu bahawa kakitangan MDT yang memberi salam hanya akan dibalas dengan "hmmm". Beliau suka mencarut dan mencaci kakitangan.

Beliau juga pernah memfitnah Hajiji dengan mengatakan bahawa Hajiji telah berkahwin dengan bekas Pegawai Eksekutif Penampang, Cik Corina.

Yang paling terbaru, beliau telah menahan pembayaran kerja lebih masa kakitangan rendah serta tidak mahu membuat pembayaran tunggakan perubahan gaji SSM. Kesian betul dengan kakitangan Majlis Daerah Tuaran. Gaji meraka berapa saja. Mentang-mentang duit dia banyak, duit projek 30% setiap satu; kakitangan yang bergaji rendah tidak dipedulikan.

Saya difahamkan bahawa kakitangan yang bergaji hari sehingga hari ini belum dibayar gaji bulan Mei. Bagaimanapun beliau telah membuat pembelian sebanyak 3,000 buah kerusi plastik tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan Majlis. Ini menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit. Beliau memaklumkan bahawa itu arahan Hajiji.

Sila juga siasat bengkel besar kepunyaan Sadan Hussin yang terletak di belakang rumahnya di Kampung Bolong, Tuaran yang dianggarkan bernilai RM500,000. Beliau juga memiliki berpuluh-puluh kereta.

Dengan ini, saya majukan perkara ini untuk perhatian Yang Berhormat Datuk untuk di teliti serta tindakan sewajarnya. Jangan lupa YAB, PRU 13 makin dekat sudah.

Salam Hormat,

MOHAMAD ARRIFIN

(NOTA : Sabahkini.net tidak bertanggung jawab di atas segala kenyataan dan pertuduhan yang dibuat ke atas Sadan kerana hanya menyiarkan surat terbuka yang telah disalinkan kepada lebih 25 agensi penguatkuasa. Jika ada sebarang tindakan undang-undang hendaklah dialamatkan kepada Mohamad Ariffin)

25 comments:

  1. Yang sebaiknya, YB yang berkenaan perlu buat penjelasan tentang dakwaan ni dan siasatan selanjutnya perlu dilaksanakan untuk kenalpasti individu yang bernama Sadan samada benar2 terlibat dalam salahguna kuasa dan rasuah atau sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We should wait for the explanation from the related YB in this case.

      Delete
    2. Betul tu, tunggu penjelasan dari YB tersebut, baru kita tahu cerita sebenar.

      Delete
    3. siasatan harus dibuat untuk mengelakkan andaian negatif.

      Delete
  2. dakwaan ini belum tentu lagi benar, baik kita tgk penjelasan dari Sadan.

    ReplyDelete
  3. Hope that explanations will be given regarding this misuse of power by the MDT officers.

    ReplyDelete
  4. Sebaiknya kita tunggu penjelasan dari En. Sadan dan YB Datuk Hajiji setelah siasatan dibuat.
    Tetapi pada saya tuduhan mengatakan pakej umrah Datuk Hajiji itu ditaja adalah agak keterlaluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah siasatan sahaja. Tiada siapa dapat dikecualikan jika membuat aktiviti haram.

      Delete
    2. Betul apa yang Jiffe Saj katakan. Sungguh keterlaluan sehingga mengatakan Pakej Umrah ditaja oleh orang lain itu mungkin kepentingan peribadi saja.

      Delete
  5. Sadan Haji Hussin telah berkali-kali disiasat SPRM memandangkan kaedah beliau menguruskan projek tidak mengikut tatacara sebutharga dan tender yang betul sehingga beliau digelar 'Mr. 30 Percent' oleh Ahli-Ahli Majlis,

    Pengurusan projek harus dibuat dengan lebih baik, banyak spekulasi yang negatif terjadi-jadi.

    ReplyDelete
  6. Pihak yang menyalahgunakan kuasa harus dikenakan hukuman.

    ReplyDelete
  7. Biarlah pihak bekuasa membuat siasatan. rakyat berhak mengetahui kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Saya difahamkan bahawa kakitangan yang bergaji hari sehingga hari ini belum dibayar gaji bulan Mei. Bagaimanapun beliau telah membuat pembelian sebanyak 3,000 buah kerusi plastik tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan Majlis. Ini menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit. Beliau memaklumkan bahawa itu arahan Hajiji.

    Tuduhan rasuah ini harus diambil tindakan. Semoga siasatan akan menentukan sama ada Hajiji benar atau tidak.

    ReplyDelete
  9. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan dan siasatan.

    ReplyDelete
  10. MDT officer harus disiasat agari mereka yang salah gunakan kuasa akan dikenakan hukuman undang-undang.

    ReplyDelete
  11. Tuduhan harus bersama dengan bukti yang sah.

    ReplyDelete
  12. Pegawai tersebut haruslah disiasat sebaiknya. Kerana ini akan menjejaskan nama baik MDT itu nanti.

    ReplyDelete
  13. tuduhan yang dibuat perlu juga ada bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  14. sebaiknya disiasat untuk mengetahui kebenaran.

    ReplyDelete
  15. apa pun, perlu juga dengar dari kedua belah pihak, tidak boleh dengar dari sebelah pihak saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih perkara ni diteliti baik2. mana tahu ada orang yang menambah perisa dalam cerita

      Delete
  16. Unless there is a prompt action taken to investigate this allegation, this issue will go no where.

    ReplyDelete
  17. Lebih baik siasat perkara ini

    ReplyDelete
  18. buat la laporan terus kepada SPRM atau polis.. besok2 kalau dibuktikan bersalah, pandai la KM Sabah ambil tindakan seterusnya..

    ReplyDelete