Thursday 21 June 2012

PERBEKK BANTU JANA TRANSFORMASI



BANTUAN..... Sapawi sambil disaksikan oleh Kamarlin menyampaikan replika cek kepada Pengerusi PERBEKK Mohd. Said sebagai bantuan bagi menjana program persatuan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

BEAUFORT :Persatuan Belia Kampung Kuridak (PERBEKK) akan terus memainkan peranannya melalui pelbagai program telah dan akan dilaksanakan bagi membantu usaha kerajaan melaksanakan program tranformasi bukan sahaja di kalangan belia, namun turut melibatkan masyarakat setempat.

Pengerusinya, Mohd.Said Awang Damit berkata PERBEKK akan terus menamakan azam dan tekad bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha usaha pembangunan dan transformasi masyarakat yang di laksanakan oleh kerajaan

"Sebagai salah sebuah persatuan Belia di negeri ini, (PERBEKK) turut memainkan peranannya sebagai juru bicara rakyat yang memperjuangkan kepentingan isu-isu belia dan masyarakat setempat dalam program yang dianjurkan oleh persatuan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan Karnival Belia PERBEKK 2012 di kampung Kurdiak dekat sini, baru-baru ini.

Majlis penutupan yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sipiting Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad juga turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Kamarlin Haji Ombi,Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sipitang Matbali Haji Musah dan Pegawai Belia dan Sukan Beaufort Nordin Ismail.

Karnival Belia PERBEKK yang berlangsung selama seminggu dengan pelbagai pengisian programnya antara aktiviti sukan bola sepak dewasa dan kanak-kanak, sukaneka, program kemasyarakatan gotong-royong, derma darah, program keagamaan, majlis tahlil dan kursus pengurusan jenazah, kursus membuat kek dan pameran.

Sehubungan dengan itu Mohd Said berkata, setiap program yang disusun atur sepanjang karnival tersebut tidak hanya menumpukan perhatian kepada golongan sasar itu kaum belia namun melibatkan penyertaan komuniti setempat agar hubungan jalinan kerjasama dalam melahirkan masyarakat bersatupadu dan harmoni dapat diterjemahkan bagi membantu menjana proses pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat.

Katanya, transformasi yang semakin hangat diperkatakan pada hari ini yang seharusnya tidak dipandang remeh oleh golongan generasi muda .PERBEKK yang semakin peka terhadap pembangunan belia juga turut mengatur strategi untuk melibatkan seluruh warga belia di daerah ini agar terus bersama-sama mengubah pemikiran kepada minda kelas pertama; dalam semua segi termasuklah sosial, ekonomi dan politik bagi menyokong hasrat kerajaan untuk melihat negara ini diwarisi oleh golongan muda yang kepimpinannya berkualiti.

"Bagai mencapai matlamat ini PERBEKK menggariskan agenda memperkasakan persatuan belia adalah merupakan perkara utama, segi pendidikan, kerohanian, kebudayaan, sukan dan teknologi maklumat," katanya.

Tambah Mohd Said PERBEKK meletakkan kedudukannya sebagai 'makmal' yang bersifat progresif dan dinamik demi memastikan kerajaan memahami dan menerima maklum balas yang menyeluruh daripada segenap lapisan rakyat. Dalam masa sama, rakyat pula diberi penjelasan tentang polisi serta tujuan sesuatu dasar itu dilaksanakan

Terdahulu ketika berucap menutup program tersebut Sapawi yang juga Ketua Umno bahagian Sipitang berharap agar persatuan belia di kawasan tersebut  khususnya PERBEKK memanafaatkan kemajuan yang dikecapi oleh negara dalam, keadaan politik yang begitu stabil bagi melaksanakan pelbagai program yang boleh menanam semangat patriotisme dalam kalangan warga belia.

Tambah beliau, semangat kenegaraan ini dapat mengukuhkan lagi jatidiri warga belia itu sendiri, di samping dapat memelihara suasana dan situasi kestabilan politik negara.

Sapawi berkata sebagai persatuan belia yang menjadi mata dan telinga bagi agensi kerajaan khususnya Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dan umumnya agensi lain, mereka berperanan membawa transformasi belia ini bukan sahaja kepada minda kelas pertama malah juga bertanggungjawab menjadikan negeri ini; khususnya di kawasan tersebut diwarisi oleh generasi muda yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, dalam usaha ke arah pembangunan modal insan yang mempunyai keteguhan jatidiri agar dapat meningkatkan lagi martabat masyarakat belia di kawasan tersebut

"Justeru, PERBEKK perlu melaksanakan lebih banyak program-program berbentuk pemupukan kepimpinan, latihan, intervensi dan kesukarelaan. Ia adalah usaha berterusan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan negara tidak ketandusan golongan pelapis kepimpinan muda bagi persediaan masa hadapan," katanya.

Di samping itu Sapawi yang juga Exco Penerangan Negeri berharap PERBEKK turut mensasarkan untuk membina lebih banyak jaringan kerjasama melibatkan agensi-agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam setiap program yang dilaksanakan demi memastikan usaha pembangunan dan perubahan masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan bersepadu.

23 comments:

  1. moga PERBEKK dpt laksanakan peranannya dgn baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksanakan seiring dengan objektif penubuhan.

      Delete
  2. Golongan belia memang wajar dilibatkan dalam apa2 saja program yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana suatu masa nanti mereka pula yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...dan adalah peranan pemimpin untuk menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam apa jua program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

      Delete
  3. penglibatan daripada NGO dan pertubuhan kemasyarakatan seperti PERBEKK ini dalam menjana transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perlu untuk memastikan objektif transformasi dicapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We urge that transformation will turn up a great and positive outcome.

      Delete
  4. lain2 pertubuhan belia di sabah juga seharusnya mencontohi PERBEKK..

    ReplyDelete
  5. All the best PERBEKK. Harap semuanya yang dirancang berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. Semoga usaha PERBEKK mendapat sokongan semua pihak demi hasil yang positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. persefahaman dan kerjasama semua golongan amat diperlukan untuk menjayakan program ini.

      Delete
  7. The positive impacts that PERBEKK do will reflect the positive image of our govt too.

    ReplyDelete
  8. Para Belia haruslah didekati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, golongan belia harus selalu didekati.

      Delete
  9. Belia harus diberikan pendekatan yang baik untuk mereka dapat menentukan masa depan generasi Negara kita ini.

    ReplyDelete
  10. belia addalah unsur pembangunan yang penting, jadi, tunjua ajar yang positif amat diperlukan.

    ReplyDelete
  11. Belia inilah sumber yang paling penting untuk pembangunan yang berterusan.

    ReplyDelete
  12. yang penting PERBEKK jelas dengan objektifnya dan berusaha menghala arah yang positif. good luck!

    ReplyDelete
  13. harap PERBEKK akan terus menyumbang sesuatu yang baik kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  14. program seperti ini harus dibuat lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  15. usaha yang baik untuk menjana tranformasi.

    ReplyDelete
  16. teruskan agar tranformasi dilakasanakn dengan berkesan.

    ReplyDelete
  17. saya harap PERBEKK akan aktif sampai bila2 bukan hanya di musim pilihanraya.. saya ucapkan syabas untuk initiatif seperti ini yang saya kira amat baik untuk golongan belia2 muda..

    ReplyDelete