Tuesday 12 June 2012

PERBICARAAN SCORPENE BUKAN SERIUS



           
Oleh : AHMAD FADLI KC
             
PERBICARAAN dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.

"Ini bukan perkara serius yang kita perlu ikuti dan ia hanya diuar-uarkan pihak tertentu," katanya ketika ditanya persediaan Malaysia menghadapi perbicaraan itu.

Namun, Malaysia akan melakukan persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi perbicaraan itu apabila keadaan memerlukan, katanya lagi.

"Setakat ini dari kedutaan (Perancis) pun kita belum terima apa-apa maklumat. Tetapi kalau perlu, kita sedia pertahankan," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama ketua wakil negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur sebentar tadi.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini memfailkan tindakan mahkamah di Perancis untuk menyiasat unsur rasuah dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat DCNS yang berpangkalan di sana.

Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili Suaram mendakwa, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja 'kejuruteraan komersial'.

Menurutnya, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes tersebut ingin tahu tujuan sebenar bayaran itu dilakukan kepada Terasasi yang dimiliki ayah kepada Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan urusniaga kapal selam itu.

Usul tersebut difailkan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu di bawah Perintah Tetap 18(11).

Usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis ditolak.

Speaker Dewan Rakyat menolak usul yang difailkan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu yang dibuat bawah Perintah Tetap 18(11).

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja 'kejuruteraan komersial'.

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya. (MKINI)

6 comments:

  1. kes ini masih dalam perbicaaraan, selagi belum ada keputusannya, tk perlu buat sebarang spekulasi.

    ReplyDelete
  2. kes ini sudah bertahun2 berlalu.. kenapa sukar sangat dibuktikan jika benar pemimpin2 kerajaan Malaysia terlibat dengan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene??

    ReplyDelete
  3. Kes scorpene ni sangat rumit dan mungkin memakan masa yang lama untuk selesai sepenuhnya. Apapun, tunggu saja hasil siasatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa agak panjang untuk menyiasatkan kes seperi ini. Semakin disiasat semakin rumit.

      Delete
  4. Ini dikira satu kes yang berat juga dan boleh diketagorikan sebagai satu yang serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap kes tu dapat penyelesaian. Pasti ramai rakyat yang mengikuti perkembangan kes tu

      Delete