Monday 4 June 2012

PESERTA HIMPUNAN HIJAU MUNGKIN DIBAYAR



Oleh : LEVEN WOON       

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir. Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun.

Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.

Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang.

PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa eramai 100,000 orang.(MKINI)

10 comments:

  1. How can we find out whether PAS pay the participants during the Green Rally?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara terbaik untuk mendapat jawapan- soal selidik pada peserta perhimpunan tu:)

      Delete
  2. Does PAS still have the support of the people despite the poor leadership in states such as Selangor and Kelantan.

    ReplyDelete
  3. tidak mustahil jg jika dibayar. kan mereka ada membuat pengakuan ada membayar peserta bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS mengaku ada memberi sumbangan kepada mereka yang hadir.

      Delete
  4. Dibayar dan diberi tapau percuma.huhu..pasti ramai yang mau.

    ReplyDelete
  5. Mungkin juga. Tapi jika dibandingkan dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan lebih daripada apa yang disangka.

    ReplyDelete
  6. Tidak hairan la kalau ramai orang yang datang

    ReplyDelete
  7. tidak mustahil.. Nik Aziz juga pernah buat kenyataan bahawa beliau sanggup mengeluarkan dana awam untuk membayar peserta2 perhimpunan asalkan tujuannya adalah untuk menumbangkan kerajaan..

    ReplyDelete
  8. patut la kelantan mundur.. masalah air bersih pun gagal diselesaikan selepas lebih 20 tahun memerintah negeri itu.. rupanya semua dana mereka digunakan untuk menganjurkan demonstrasi..

    ReplyDelete