Monday 18 June 2012

PILIHANRAYA UMUM KE-13 DI MUSIM HAJI?




BEKAS Timbalan Syeikh Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya di musim haji.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini sebagai berkata, hanya sejumlah kecil rakyat beragama Islam yang menunaikan ibadat tersebut.

Umat Islam juga tidak perlu menangguhkan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya kerana rukun Islam itu perlu diutamakan, katanya lagi seperti dilaporkan akhbar tersebut.

"Mengerjakan haji sudah menjadi wajib ke atas sesiapa yang mampu maka, dia perlu pergi haji.

"Perjalanan pilihan raya tidak akan terhalang hanya kerana sejumlah kecil yang pergi haji, jadi tidak perlu tangguh atas alasan untuk menyertai pilihan raya.

"Dalam hal ini orang Islam perlu membuat pertimbangan sewajarnya," katanya lagi dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu.

Malaysia pada 2011 memperolehi tambahan kuota jemaah sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi yang membolehkan 28,000 jemaah negara ini menunaikan haji.

Menteri hal ehwal agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akhir bulan lalu dilaporkan berkata, keputusan sama ada kuota itu akan dikekalkan hanya akan diketahui pada Julai.

Beliau mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang menimbangkan untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Beliau mendakwa, kerajaan Arab Saudi bertindak demikian ekoran tindakan sekumpulan individu yang mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Sehubungan itu juga, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany juga dilaporkan berkata, "Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi jalanan sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara, sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman."

Kenyataan Syeikh Mahmoud Abdel Ghany itu timbul ketika pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya dari PAS, menyatakan kebimbangan sekiranya pilihan raya akan diadakan ketika musim haji.
Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata isu yang dipertikaikan PAS bukan isu menangguhkan haji tetapi isu mengadakan pilihan raya ketika musim haji kerana akan menyukarkan rakyat.

8 comments:

  1. Gara-gara perhimpunan Bersih, kuota untuk pergi haji telah dikurangkan.

    ReplyDelete
  2. Bila2 masa Najib akan umumkan PRU. bagi yang suka buat ramalan tu, tidak perlulah penat2 mau meramal.

    ReplyDelete
  3. belum tau lagi bila PRU akan diadakan, baik tunggu ja pengumuman dari PM dan pada masa sama buat persediaan.

    ReplyDelete
  4. The election could be held at anytime.

    ReplyDelete
  5. Masih menjadi persoalan bilakah PRU13 akan diadakan. Datuk Najib yang menentukan bila PRU13 akan diadakan.

    ReplyDelete
  6. Jangan campur aduk politik dan agama.

    ReplyDelete
  7. sudah ada kenyataan rasmi dari PM ka bahawa pilihanraya umum akan dijalankan ketika musim haji?? kalau tidak ada, tidak perlulah sensasikan isu ini..

    ReplyDelete