Wednesday 13 June 2012

POLITEKNIK KOTA KINABALU TIDAK SELAMAT?




Oleh : LAHIRUL LATIGU

POLITEKNIK Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 itu dikatakan mengalami keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak bermutu.

Pemuda PAS difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menawarkan pengajian peringkat Diploma selama 3 tahun ini boleh 'terlepas' dan beroperasi selama hampir 9 tahun. Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat.

Daripada tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya. Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius.

Berikutan permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012. Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Apa yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian.

Pemuda PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut.

Pemuda PAS turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

12 comments:

  1. Kalau tidak selamat, bangunan tu perlu diperbaiki semula hingga mencapai piawaian keselamatan yang ditetapkan. Berhubung dengan ketiadaan sijil CF, pihak berkenaan perlu bagi penjelasan.

    ReplyDelete
  2. bangunan yang tidak selamat harus diperbaikim jgn risikokan nyawa pelajar.

    ReplyDelete
  3. Any unsafe buildings should be give due attention as this involves thousands of Politeknik student's safety.

    ReplyDelete
  4. Hope that the authorities will inspect the building and see what can be done.

    ReplyDelete
  5. Semoga ada penyelesaian yang dapat dilakukan bagi memastikan keselamatan pelajar politeknik tersebut.

    ReplyDelete
  6. Mungkin kerana pembangunan dibuat dikawasan lembap menyebabkan perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  7. Get a formal report to know the real status of the building safety and whether it has been awarded with OC or not.

    ReplyDelete
  8. semua bangunan tidak selamat atau hanya sebahagian saja?

    ReplyDelete
  9. kerajaan patut senarai hitamkan kontraktor yang bertanggungjawab membina bangunan politeknik ini.. dan dalam masa yang sama meminta syarikat itu menanggung kos pembaikkan semula bagi mana2 bangunan yang mengalami kerosakkan..

    ReplyDelete
  10. kepada pihak2 yang berkenaan .. tolong pindah kan pelajar2 politeknik ini ke tempat yang lebih selamat . pindah kan pelajar2 ini ke politeknik yang lain . kos tidak perlu kita berkir., dalam situasi sebegini , nyawa adalah lebih penting daripada wang ringgit . tq ..

    ReplyDelete
  11. 9/10 bangunan di Politeknik ini mengalami kerosakan dan dikhabarkan ada di antaranya yang hanya menunggu masa. Memandangkan tiada lagi pengambilan sesi Jun 2012,pelajar yang masih tinggal akan tetap terus terpaksa menggunakan bangunan-bangunan di sana dan ada juga di cawangan Telipok. Semoga tiada apa yang berlaku selama ianya masih digunakan. (pelajar politeknik semester 5 Disember 2012)

    ReplyDelete
  12. Urus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik

    Dalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    ReplyDelete