Thursday 7 June 2012

PROJEK NKRA TINGKAYU MEMALUKAN



ROSAK....Beginilah sebahagian besar jalan yang digali oleh kontraktor menanam paip air yang tidak diselenggara dengan sempurna sehingga menyukarkan ramai penduduk kampung menghadapi masalah prasarana asas.

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PROJEK Sistem Bekalan Air Kg. Tingkayu, Kunak, Sabah yang dilaksanakan melalui Tender Terhad KKLWT. 50/2011 oleh Protokol Juta Sdn Bhd dengan kos sejumlah RM16,005,736 bagi tempoh selama 18 bulan merupakan 'batu asah' untuk menyembelih leher Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal pada PRU-13.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi membuat tamsilan demikian sebagai mengulas rungutan penduduk kampung Tingkayu dan sekitarnya yang menghadapi masalah sejak projek berkenaan dilaksanakan tahun lalu.

"Kita bukan sahaja menghadapi masalah catuan bekalan air yang terlalu lama, malah terputus bekalan air seiap hari dan ada kawasan yang langsung tidak mendapat bekalan air sejak tahun lalu," kata Citra yang membayangkan pihaknya mungkin terpaksa melaksanakan amaran yang dibuat tahun lalu iaitu untuk mengirim air kencing kepada Perdana Menteri jika masalah bekalan air di Kunak tidak di atasi segera.

Kata Citra, pihaknya bukan sahaja menghadapi masalah meter air palsu dan kontraktor pemasangan paip yang tidak bertauliah, malah kontraktor dan sub-kontraktor yang langsung tidak berkelayakan dan menggunakan tenaga pendatang asing tanpa izin setelah kontrak berkenaan diserahkan kepada beberapa sub-kontraktor.

Akibatnya, mutu kerja langsung tidak memuaskan iaitu kegagalan kontraktor menutup semula lubang yang digali atau permukaan jalan yang telah ditanam paip sehingga banyak kenderaan terkandas.

"Kita sudah banyak kali mengadu tetapi Juruperunding Jabatan Air dan Sub-Kontraktor besar kepala. Jadi kita memberi amaran jika masalah kerosakan jalan raya akibat kerja penanaman paip kita akan mengadakan sekatan jalan dan demonstrasi," kata Citra yang memaklumkan penduduk Kunak sudah muak dengan janji Ahli Parlimen Silam dan Adun Kunak.

22 comments:

  1. Kerja kontraktor dan sub-kontraktor ni perlu dipantau sehinggalah selesai untuk pastikan kualiti kerja yang bagus dan tidak timbul banyak komplen dari penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika kualiti kerja mereka tidak baik, kenakan tindakan pada mereka.

      Delete
    2. Pihak berkuasa harus memantau perkembangan projek.

      Delete
    3. Aduan harus mengambil tindakan wajar untuk menyelesaikannya.

      Delete
    4. Betul..Bagi kontraktor yang tidak mempunyai kualiti kerja yang baik seharusnya dibuang dari senarai pemberian projek.

      Delete
  2. Hope that the damaged road due to the pipe laying project can be fixed.

    ReplyDelete
  3. This damaged road have been causing inconvenience to the local villagers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang sengsara sahaja yang tahu betapa penting jalan untuk mereka.

      Delete
  4. Sistem jalanraya harus wajar agar tidak membebankan rakyat dan membawa masalah.

    ReplyDelete
  5. Projek pembangunan harus dijalankan tanpa membawa apa-apa masalah jalanraya juga.

    ReplyDelete
  6. kontraktor harus bertanggung jawab untuk membaiki kerosakan yang berlaku semasa projek pembangunan.

    ReplyDelete
  7. Urusan projek harus dibuat dengan berhati-hati untuk memastikan mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  8. Pihak kontraktor harus menyelesaikan masalah yang ditimbul semasa projek dijalankan.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan harus mengetatkan undang-undang agar masalah yangberlaku semasa projek pembangunan, pihak kontraktor harus bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  10. Harapkan tindakan yang wajar diambil serta merta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu disiasat,betul atau tidak ada terjadinya macam tu.

      Delete
  11. Kontraktor yang diamanahkan ini memang perlu disenarai hitam kerana telah menjejaskan nama kerajaan.

    ReplyDelete
  12. No responsible officers to come and check the project's progress every month? The locals should learn how to do water-works instead of letting the foreigners to do the works.

    ReplyDelete
  13. sepatutnya penduduk kampung pun boleh gotong royong ba tu.. apa salahnya mereka timbus saja lumbang itu daripada membiarkan lubang itu terus membesar sehingga menyusahkan kenderaan2 mereka sendiri?

    ReplyDelete
  14. syukurla kampung ini sudahpun memiliki jalan bertar.. lubang tu cuma masalah kecil yang sepatutnya boleh diatasi sendiri oleh penduduk kampung..

    ReplyDelete
  15. kalau masih juga tidak puas hati.. minta saja mana2 kenderaan yang telah mengalami kerosakan kesan dari lubang yang tidak diundang itu untuk buat laporan polis dan tuntut gantirugi sekali dengan pembaikan semula lubang itu..

    ReplyDelete