Monday 18 June 2012

RENUNG 'PEMBOHONGAN BESAR' KETUA PEMBANGKANG




KENINGAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau Ketua Pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.

Beliau berkata Ketua Pembangkang mendakwa bahawa 30 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekaligus mengambil alih kerajaan Persekutuan.

“Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat…jangan kita mudah lupa sejarah ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, kelmarin.

Najib berkata para pemimpin pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

“Kita (BN) tidak menjanjikan lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi nyata yang kita boleh tunaikan.

“Saya percaya orang Sabah bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja…jangan lupa menoleh ke belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang tetapi juga waktu dia berkuasa,” katanya.

Najib berkata ketua pembangkang kini melemparkan “bermacam-macam tuduhan” terhadap kerajaan BN “tetapi cuba kita melihat krisis kewangan 1997”.

“Siapa Menteri Kewanganan waktu itu? Siapa yang menyerah negara kita kepada IMF dan pada ketika itu siapa yang memotong peruntukan pembangunan…saya tahu siapa yang menyerahkan kedaulatan negara kita kepada IMF kerana saya duduk dalam Kabinet pada waktu itu.

“Nasib baik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kita pada masa itu memutuskan untuk tidak menyerahkan kedaulatan kita kepada IMF.

“Kita ada kemampuan, kita ada idea kita sendiri, kita ada kebolehan untuk mencari formula kita sendiri dan kita pulihkan ekonomi negara kita…jangan lupa sejarah ini dan ia seharusnya menjadi renungan kita,” katanya.

15 comments:

  1. Anwar mau mengulangi pembohongan besarnya..

    ReplyDelete
  2. Pembangkang jangan hanya janji terang bulan saja pada rakyat.

    ReplyDelete
  3. jgnlah mudah percaya pada pembohongan pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Opposition really good in condemning others without realizing their own flaws.

    ReplyDelete
  5. Tercapaikah Angan-angan Anwar menjadi PM malaysia akan datang. Ini terhalang apabila Anwar dibuang daripada Kerajaan BN kerana mempunyai masalah peribadi.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang hanya berjanji untuk pancing undi rakyat

    ReplyDelete
  7. Anwar layak diberikan gelaran Mr. Nafi.. setiap kali dia melakukan kesalahan atau pembohongan, dia akan nafi 24 jam..

    ReplyDelete
  8. masa PRU12, dia cakap 30 anggota parlimen BN akan menyertai Pakatan.. kini, dia ulang lagi strategi sama kononnya 6 pemimpin BN akan menyertai Pakatan..

    ReplyDelete
  9. Prime Minister Najib Tun Razak on Saturday called on the people to look back and evaluate the track record of Opposition Leader Anwar Ibrahim, who had made a big lie to the people on Sept 16, 2008.

    ReplyDelete
  10. He said that on that day, Anwar claimed that 30 Barisan Nasional (BN) parliamentary members would defect to the opposition parties, hence making possible for Pakatan Rakyat to take over the federal government.

    ReplyDelete
  11. Najib said the opposition leaders, including their chief, came to Sabah, especially with the approaching general election, to make promises to win the people's support.

    ReplyDelete
  12. "BN does not promise the sea and sky, but promises which can be fulfilled," he added.

    ReplyDelete
  13. He believed that the Sabah people were wise enough to differentiate between glass and crystal.

    ReplyDelete
  14. Najib recalled the 1997 financial crisis when Anwar was then the Finance Minister and supported the International Monetary Fund.

    ReplyDelete