Wednesday 20 June 2012

SABAH PERLUKAN SEKOLAH AUTISME




KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun berkata sekolah khusus untuk kanak-kanak autisme juga diperlukan di negeri ini bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan dan pelajaran sempurna.

Beliau berkata ini kerana ketika ini hanya terdapat sebuah sekolah di Sabah iaitu Sri Mengasih yang mengambil pelajar yang menghadapi masalah autisme.

"Kalau ditubuhkan sekolah khas ini tentu lebih baik dan akan memberi manfaat kepada golongan ini (kanak-kanak autisme)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sabah bagi tahun 2012 di Wisma Wanita, dekat sini pada Selasa.

Azizah yang menyambut baik cadangan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor agar kerajaan menubuhkan sekolah khusus untuk kanak-kanak autisme, berkata langkah itu akan memastikan tiada siapapun yang tertinggal dalam arus pembangunan perdana termasuk pendidikan.

Beliau berkata ini menunjukkan keprihatinan isteri Perdana Menteri terhadap nasib kanak-kanak yang mengalami masalah autisme.

"Kita alu-alukan jika kerajaan Persekutuan menubuhkan sekolah ini. Ini petanda baik yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap semua golongan sasar," katanya. (Bernama)

8 comments:

  1. sekolah autisme perlu bagi membantu anak2 autisme mendapat pendidikan yang sempurna.

    ReplyDelete
  2. Pusat bimbingan kanak2 autisme seperti C.H.I.L.D sudah wujud di Sabah cuma sekolah yang masih belum didirikan. Mungkin dalam bajet 2013 nanti peruntukan akan dapat disediakan.

    ReplyDelete
  3. The basic needs or facilities for Autism kids should be provided.

    ReplyDelete
  4. Ini bagi membantu anak-anak yang menghidapi autisme di negeri ini bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan dan pelajaran sempurna.

    ReplyDelete
  5. Semoga impian Sabah mempunyai sekolah bagi kanak-kanak Autisme ini tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah untuk kanak2 istimewa tu perlu ada untuk membantu mereka dalam mempelajari benda2 baru.

      Delete
  6. Sokongan kerajaan persekutuan amat diperlukan.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada Azizah kerana sentiasa membawa isu yang semakin dilupakan oleh kerajaan.. saya harap cadangan beliau dapat dipertimbangkan..

    ReplyDelete