Saturday 23 June 2012

SATU LAGI PENERBANGAN TAMBANG MURAH DI SABAH




KUCHING : Kerajaan harus mempertimbang untuk mengeluarkan satu lagi lesen penerbangan kos rendah untuk memenuhi keperluan pulau Borneo dan rantau Asean melalui sebuah syarikat penerbangan baharu yang bernama Borneo Airways, kata Ketua Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), Francis Paul Siah, Jumaat.

Beliau menyarankan agar lesen baharu itu diberikan kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah untuk bersama menubuhkan sebuah syarikat penerbangan bagi kepentingan warga Malaysia di Sabah dan Sarawak.

"Sebuah syarikat penerbangan milik Sabah dan Sarawak sepatutnya telah lama ditubuhkan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Di Parlimen semalam, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, mencadangkan supaya kerajaan memberikan satu lagi lesen syarikat penerbangan tambang murah untuk memberikan sedikit persaingan kepada AirAsia.

Ketua MoCS itu berkata tokoh sektor penerbangan memang sudah wujud iaitu anak Sarawak Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang boleh meneraju syarikat penerbangan baru ini. (Bernama)

1 comment:

  1. kalau ada persaingan, ianya akan memberikan manfaat kepada pengguna..

    ReplyDelete