Thursday 7 June 2012

SETIAUSAHA DPPIMS DICABAR JALANI DNA



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SETIAUSAHA Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah, Ansar Bin Maidin dicabar menjalani ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) dan menyerahkan kembali MyKad 620617-12-5063 (H6033634) dan Sijil Lahir bernombor 8964/87 yang diperolehi secara tidak sah jika ujian DNA membuktikan beliau tidak mempunyai hubungan dengan ibu dan bapa yang dinamakan dalam Sijil Lahir berkenaan.

"Berdolak dalih atau menegakkan benang yang basah akan menyebabkan DPPIMS akan menjadi sasaran kemarahan rakyat Sabah terutama sikap Ansar yang berdegil mengakui bahawa beliau adalah Warganegara India yang mendapat MyKad melalui jalan songsang," ujar Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.

Menurut Patrick, beliau telah mendapat maklumat lengkap bahawa mengikut Sijil Lahir bernombor 8964/87 yang digunakan Ansar selama ini mencatatkan bahawa lelaki India ini dilahir di Kampung Likas merupakan anak kepada pasangan Maidin Bin Ahmad dan Fatimah Binti Jaino.

Sehubungan itu, Patrick mencabar Ansar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha DPPIMS berkuatkuasa SERTA MERTA jika gagal membuktikan hubungannya dengan kedua dua ibu bapa yang dinamakan di dalan Sijil Lahir berkenaan.

Patrick juga mendesak agar seluruh Ahli Politik Sabah mengutuk tindakan DPPIMS, terutama Presidennya Datuk Baisul Khan Salman Faris yang membuka pintu seluasnya menerima warga songsang ini tanpa memikirkan kesannya kepada kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah.

"Mulai sekarang, jika kita ada rasa cinta kepada Sabah dan menyokong RCI yang bakal ditubuhkan, maka kita hendaklah memboikot semua kepentingan masyarakat PATI yang mendapat dokumen palsu melalui apa juga saluran," kata Patrick lagi yang menaruh harapan yang tinggi agar Memorandum yang beliau dan rakannya hantar kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong sedikit masa lalu dijadikan rujukan Kerajaan Malaysia sebagai TOR untuk pelaksanaan RCI.

14 comments:

  1. Tiada yang perlu ditakutkan untuk jalani ujian DNA kalau memang benar tiada penipuan berlaku.

    ReplyDelete
  2. tunggu saja la RCI ditubuhkan.. cadangkan supaya individu ini antara orang terawal yang disiasat oleh suruhanjaya itu..

    ReplyDelete
  3. Those who entered Sabah through the backdoors and obtained their MyKad through dubious means should be investigated. Hope that the RCI will be set up soon.

    ReplyDelete
  4. Unless the person is convicted as criminal, obtaining their DNA against their will is a breach of human rights. Ansar have the right to refuse.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. buat saja ujian DNA, buktikan anda benar.

    ReplyDelete
  6. harap TOR sudah sedia untuk 'dibentangkan' kepada Sabahan...

    ReplyDelete
  7. semoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita

    ReplyDelete
  8. kalau benar tuduhan ini, pihak yang berkuasa harus melakukan siasatan terperinci

    ReplyDelete
  9. Kita semua perlu bersatu-padu dan kekal sebagai Sabahan dengan niat yang baik.

    ReplyDelete
  10. Buktikan kepada rakyat. Jangan takut jika DPPIMS ditempat yang benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berani mungkin boleh buat laporan polis.

      Delete
  11. Is the investigation on DPPIMS has started?

    ReplyDelete
  12. Mereka yang meragukan harus disiasat.

    ReplyDelete