Sunday 10 June 2012

SIAPA GALI KUBURAN LAMA TANJUNG PISAU?




BINCANG…Datuk Juslie dengan rombongannya sedang berbincang kepada media mengenai masalah pencerobohan tanah perkuburan tersebut.

OLEH SHAIMON S JUMADI

TANAH Perkuburan Islam yang terletak di Kampung Tanjung Pisau yang ditinggalkan lebih 40 tahun lalu oleh para pewarisnya ekoran penghijrahan ke tempat lain sehingga tidak terurus telah diceroboh oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan mungkin ada kepentingan masing-masing sehingga tergamak membongkar semua kuburan untuk mengambil sisa-sisa tulang simati.

Perbuatan sebegini rupa bukan saja menjadi kemarahan di kalangan pewaris tersebut tetapi akan dilaknati Allah kerana menganiaya orang yang sudah meninggal dunia.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirul berkata demikian kepada media sejurus  selepas lawatannya ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Pisau baru-baru ini.

Katanya, perbuatan menggali kuburan keluarga mereka tanpa pengetahuan dan tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada pewaris terdekat amat mengecewakan. Seandainya masyarakat Islam yang melakukan kerja yang tidak diredhai Allah ini nescaya mereka akan menerima pelbagai bala dan balasan yang setimpal bukan sahaja di akhirat; kemudian tetapi azabnya mereka akan terima semasa hidup mereka dunia ini.

Apapun kata Juslie pihaknya akan menghubungi pihak tertentu untuk mengadakan  penyiasatan dengan terperinci mengenai pencabulan dan pencerobohan tanah-tanah perkuburan tersebut. Biarlah undang-undang yang menghukum mereka yang didapati terlibat dalam aktiviti terkutuk itu.



PERIKSA…Juslie sedang memeriksa sebahagian kuburan yang sudah terhakis kerana dikorek untuk mengambil tulang-tulang tersebut

Bercakap mengenai situasi Kampung Tanjung Pisau yang berpontensi jika dimajukan sebagai pusat destinasi pelancongan dan taman rekreasi kerana dari segi alam sekitar flora dan Fiona masih suci belum dinodai oleh sesiapapun.

"Saya akan berbincang dengan kerajaan negeri khususnya Kementerian Pelancongan untuk mengemukakan cadangan agar Kampung tersebut agar dapat dimajukan sebagai pusat pelancongan untuk menjana pendapatan ekonomi dan memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” tegasnya.

9 comments:

  1. hal ini patut disiasat, buat pa jg mereka gali kuburan trsbut.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 ada juga orang yang menanam bersama barang berharga bila mengebumikan si mati. ada kemungkinan juga mereka gali kubur untuk cari barang berharga.

    ReplyDelete
  3. Kalau berpotensi tu pasti akan jadi tempat pelancongan suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the authorities will make investigation on these tomb raiders who dug up the graves and stolen the bones.

    ReplyDelete
  5. I cannot imagine what they want the bones for, maybe it is like what Ryanna said, they wanted the valuable items in the graves.

    ReplyDelete
  6. Mengenai perkara ini rasanya perlu disiasat juga ini. Siapakah yang melakukan perkara ini.

    ReplyDelete
  7. kenapa juga mahu gali kubur ni? buat la kerja yang berfaedah dan halal.. nanti kena pada diri sendiri baru tau..

    ReplyDelete