Sunday 10 June 2012

SINDIKET ‘IC PALSU’ DI SABAH TUMPAS



Oleh : AMIR ANUAR


TAWAU: Seramai 19 ditahan, termasuk  seorang pegawai JPN. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Keong Ho Eng, berkata kejayaan itu merupakan tangkapan terbesar yang direkodkan melibatkan kes-kes penipuan dokumen pengenalan diri oleh pihak JSJK di Tawau sepanjang tahun ini.

“JSJK telah menahan seramai 16 individu di sebuah hotel di sini pada 25 Mei lalu kira-kira jam 11 malam dalam serbuan yang diketuai oleh Inspektor Siva Prakash di sebuah bilik hotel berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau di sini kelmarin.

Beliau menjelaskan bahawa penangkapan 16 individu terbabit termasuk seorang wanita itu turut membawa kepada tiga lagi penahanan susulan.

Tambahnya, tiga individu terlibat termasuk pegawai JPN terbabit ditangkap dalam tempoh di antara 26 hingga 28 Mei lepas dan lima daripada mereka yang ditangkap telahpun didakwa di Mahkamah Tawau dan Lahad Datu.

“Pegawai berusia 52 tahun itu termasuk seorang lagi suspek didakwa di Mahkamah Lahad Datu, manakala tiga orang lagi yang terdiri daripada dua lelaki Semenanjung dan seorang lelaki tempatan didakwa di Tawau,” katanya.

Mengenai serbuan di hotel berkenaan, pihak polis mendapati sindiket terbabit sedang menguruskan hal-hal pendaftaran pemprosesan dokumen palsu mangsa-mangsa mereka yang dipercayai terdiri daripada warga asing.

Beliau menjelaskan hasil siasatan lanjut juga mengesahkan bahawa sembilan daripada individu terlibat merupakan lelaki warga Malaysia, lapan lelaki warga Pakistan, seorang lelaki berketurunan Jawa Indonesia dan seorang wanita warga Filipina.

Menurutnya, JSJK turut merampas sebuah beg, 107 borang pendaftaran membuat MyKad (belum berisi), lima borang yang dilengkapi cap jari dan gambar, sembilan sijil lahir, dua borang Bantuan Rakyat 1Malaysia, satu ‘stampad’, lima buku cek dan wang tunai RM1,000.

“Modus operandi sindiket ini kita percaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.

“Malah, sindiket ini juga dipercayai menggunakan jawatan lelaki terbabit sebagai pegawai JPN di Putrajaya dan menggunakan borang-borang pendaftaran yang asli untuk menyakinkan orang ramai supaya mempercayai kegiatan mereka adalah sah di sisi undang-undang.

“Kita percaya mereka bergiat aktif di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna, bagaimanapun setakat ini belum ada seorangpun mangsa penipuan sindiket ini yang tampil untuk membuat laporan di Semporna,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai khususnya mangsa-mangsa penipuan sindiket terbabit agar tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap anggota sindiket berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis juga telah mendapatkan kepastian daripada pihak JPN berhubung status pegawai JPN terbabit yang difahamkan sedang bercuti dan anggota sindiket itu menjalankan proses pendaftaran di luar pejabat JPN sebagai mencurigakan.

Utusan Borneo difahamkan, siasatan dan pendakwaan kes itu dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

28 comments:

  1. tahniah atas kejayaan ini, teruskan lagi usaha dalam banteras sindiket seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini cuma sebilangan kecil, usaha harus diteruskan untuk membasmi dan mencegah projek ic dan dokumen palsu.

      Delete
  2. apabila RCI ditubuhkan nnti, pasti lebih byj sindiket melibatkan ic palsu dan PATI dan ditumpaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mengharapkan sesuatu yang lebih positif.

      Delete
  3. Syabas JSJK IPD Tawau atas kejayaan membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan usaha, banyak lagi berleluasa di merata Sabah.

      Delete
  4. kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa harus disiasat dan diambil tindakan undang2 yang keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang-undang harus bertindak kepada mana-mana pihak yang salah dari sisi undang-undang.

      Delete
  5. “Kita percaya mereka bergiat aktif di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna, bagaimanapun setakat ini belum ada seorangpun mangsa penipuan sindiket ini yang tampil untuk membuat laporan di Semporna,”

    sememangnya daerah2 yang disebut di atas memang ramai PTI...

    ReplyDelete
  6. semoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita

    ReplyDelete
  7. semoga TOR yang akan disediakan oleh pihak Najib/JPN sudah hampir siap diumumkan

    ReplyDelete
  8. Keep up the good work. Hopefully more fake IC syndicates will be exposed.

    ReplyDelete
  9. Hopefully RCI will be set up soon so that more of this syndicates will be exposed.

    ReplyDelete
  10. Teruskan memberkas sindiket2 IC palsu. pasti banyak lagi yang bebas di luar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pihak berkuasa harus sentiasa memantau aktiviti golongan yang menggunakan dokumen palsu ini.

      Delete
  11. Kalau ada pegawai JPN terbabit dengan pemalsuan IC, tidak mustahil ada lagi antara penjawat dalam jabatan kerajaan lain yang terlibat sama. siasatan perlu dibuat dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  12. PM will any necessary action to resolve the illegal immigrants issues.

    ReplyDelete
  13. The panel play an important role to make details investigation.

    ReplyDelete
  14. Hope RCI can reveal the truth and surely the result will surprise the people.

    ReplyDelete
  15. I bet there many more fake ic syndicates in Sabah. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  16. Siapakah yang memberi ic palsu? itu juga kerja orang Malaysia juga. Satu sindiket yang mengecewakan.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan tidak harus berdiam diri dan membiarkan isu ini berterusan.

    ReplyDelete
  18. Tahniah kepada pihak polis dan berkuasa kerana dapat menumpaskan sedikit sendikit ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangkap mereka yang mendalangi IC projek

      Delete
  19. Teruskan operasi mengenai sindiket ini.

    ReplyDelete
  20. the big fish need to be arrested.

    ReplyDelete
  21. syabas kepada anggota polis Sabah.. teruskan usaha membanteras sindiket2 IC palsu di negeri ini.. jangan biarkan mereka terus mengaut keuntungan dengan 'menjual' nama kerajaan..

    ReplyDelete
  22. kalau tidak silap, sebelum ini pun polis pernah membuat tangkapan di Tawau bagi kes yang sama.. kenapa Tawau sering menjadi lokasi sindiket2 ini??

    ReplyDelete