Friday 22 June 2012

SINDROM PENAFIAN BUDAYA POLITIK PEMBANGKANG

 


Oleh : AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR


22 JUN : Akhir-akhir ini begitu banyak penafian dilakukan apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang didedahkan dengan pelbagai isu peribadi yang boleh menggoncangkan kedudukan sebagai orang penting dalam parti.

Terbaru, 'Skandal Dinar Emas' yang melibatkan kerugian berjuta ringgit tetapi dalam masa sama menjelaskan “tidak kenal orang yang disyaki terbabit”.

Sindrom penafian bukanlah satu perkara baru. Ia sudah berakar umbi sejak lama apabila ada pemimpin sanggup mencipta pelbagai teori songsang demi mendapat kuasa walaupun pada hakikatnya 'untung seguni' dalam jangka pendek tetapi 'rugi sekampung' dalam jangka panjang.

Sewaktu pembangkang memerintah Terengganu dahulu dengan angkuhnya menolak pembesaran lapangan terbang yang diusahakan oleh kerajaan terdahulu kerana tidak mahu melihat negeri itu menjadi hab penerbangan utama di Pantai Timur.

Bagaimanapun setelah Barisan Nasional (BN) kembali memerintah pada 2004, projek itu dilakukan sehingga Terengganu menjadi hab penerbangan jemaah haji bagi Pantai Timur dan mampu menampung keperluan pendaratan bagi pesawat sebesar Airbus.

Ketika Jambatan Pulau Pinang dalam peringkat kelulusan pembinaannya pada awal tahun 1980-an, pembangkang dengan lantangnya mengkritik projek itu membazir dan tidak perlu kerana lebih ramai rakyat memerlukan pelbagai kemudahan.

Tetapi apabila mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, mereka terus menggesa agar Kerajaan Pusat tidak memberhentikan cadangan untuk membina Jambatan Pulau Pinang kedua yang menghubungkan Batu Kawan di bahagian tanah besar dengan Batu Maung di pulau.

Apabila meneliti cerita yang lebih lama kita juga akan menemui bagaimana golongan ini pernah berjanji akan melelong Putrajaya jika mereka menang dalam pilihan raya, tetapi kini mereka begitu yakin akan menang dan merampas Putrajaya.

Tiada lagi kedengaran akan dilelong semua projek yang pernah dianggap membazir dan mega pada suatu ketika dahulu, sebaliknya sedang mencongakkan keuntungan, bila menang aset manakah yang bakal meraih keuntungan dan siapakah pula yang akan memilikinya.

Pemimpin pakatan pembangkang sentiasa menaburkan janji, jika menang akan diberikan pelbagai kemudahan, tetapi sampai sekarang belum pun ada projek yang mereka laksanakan memberikan faedah kepada rakyat setelah hampir sepenggal memerintah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor serta lebih 22 tahun di Kelantan.

Apabila rakyat mempersoalkan janji yang dibentuk ketika kempen pilihan raya, mereka memberikan alasan bahawa tetap akan dilaksanakan jika merampas Putrajaya.

Selain hanya tahu berjanji dan menafikan kesalahan sebagai helah menutup kelemahan, parti pembangkang jugalah merupakan pengguna atau penerima faedah daripada penolakan yang pernah dilakukan di peringkat permulaan.

Ketika kerajaan Pusat bercadang untuk memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500 setiap keluarga yang miskin, parti pembangkang membuat tafsiran ia adalah sogokan politik kerana terdesak untuk menang pilihan raya.

Disebabkan ramai rakyat mula merasakan faedahnya pemberian tersebut, parti pembangkang mula mengaitkan pemberian itu sebenarnya cadangan mereka sebagaimana dijanjikan dalam Buku Jingga. Dalam masa sama, apabila merasakan ada peluang untuk meraih sokongan golongan muda, pakatan pembangkang turut mengeluarkan hasrat akan menghapuskan dana pinjaman pelajar kerana kaedah itu tidak boleh dipertahankan dan membebankan pelajar.

Atas rasa ingin menguji sejauhmanakah mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma, sebuah institut pengajian tinggi swasta yang dikawal oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran parti tersebut ditangguhkan sementara waktu untuk pembiayaan pelajar baru.

Akibat penangguhan itu, kerajaan Selangor bercadang mencairkan aset, yakni menjual tanah dan hasil jualannya sebanyak RM30 juta akan dijadikan asas dana pendidikan percuma.

Sebahagian rakyat Malaysia mula memikirkan apakah jumlah tersebut mencukupi dan mampu menampung pembiayaan dalam tempoh lama?

Jika sudah kehabisan, berapa banyak lagikah tanah kerajaan akan dijual? Dalam masa sama, mereka pantang melihat adanya tanah kerajaan yang kosong, akan dicadangkan pelbagai projek komersial termasuk mengambil semula tanah yang diperuntukkan untuk kemudahan rekreasi dan digazetkan sebagai kawasan hijau.

Demikian juga dengan parti sinonim dengan berasaskan Islam turut tidak mementingkan kesejahteraan rakyat untuk memperoleh pendidikan agama dengan lebih baik. Ketika berkuasa di Terengganu, tiada sebuah sekolah agama pun dibina dalam tempoh empat tahun manakala setelah merasakan kedudukan politiknya terancam turut sama dengan sekutunya untuk menentang pula pembinaan sekolah agama rakyat di Perak atas alasan mengurangkan tanah yang diperuntukkan untuk rekreasi.

Mengenai projek pemprosesan bahan nadir di Gebeng, Kuantan mereka sanggup berbohong kepada rakyat kononnya projek itu akan membahayakan penduduk sekitar dengan kemungkinan kebocoran radioaktif.

Projek itu bukanlah projek yang boleh disamakan dengan radiasi yang berlaku di Fukushima, Jepun dan projek Lynas telah diakui mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Mereka tidak mempedulikan pandangan pakar, mereka mencari sudut tertentu yang boleh dieksploitasi sehingga membentuk teori songsang yang boleh mengelirukan masyarakat.

Allah SWT mengingatkan umat Islam untuk berwaspada dan berhati-hati menanggapi sesebuah isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.

Allah berfirman yang maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini -dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) — sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (al Hujurat: 6).

Ayat di atas dengan tegas memperingatkan umat Islam agar tidak mudah termakan oleh sesuatu isu atau berita yang tidak tentu kebenarannya. Umat Islam digesa untuk menyelidik dan memastikan isu-isu dan berita yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi isu dan berita itu disebarkan pembangkang yang mempunyai agenda politik tertentu bagi menjatuhkan maruah dan kewibawaan kerajaan.

Suatu ketika dahulu mereka menentang Kerajaan Pusat “menjual negara dan kelebihan alam semula jadi dengan flora dan fauna” kepada negara luar bagi menjana pendapatan menerusi pelancongan, kini merekalah sebenarnya menerima faedah besar daripada kempen itu.

Kelantan misalnya, pada masa kini amat mengharapkan kehadiran pelancong, kerana ia akan membolehkan sektor perniagaan, peruncitan, perhotelan dan pengangkutan berkembang sehingga menyebabkan Kota Baru begitu sendat dengan kenderaan pada musim cuti sekolah.

Bagaimanapun dalam menikmati faedah daripada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat, parti pembangkang tidak pernah membuat penilaian objektif, kesenangan dan kesejahteraan hidup pemimpin-pemimpin mereka adalah kerana dasar pragmatik, dan bukannya sekadar tahu berjanji. Baru-baru ini, terasa ada sedikit kejanggalan pendapat salah seorang pemimpin pembangkang dengan angkuhnya mendabik dada dengan menulis pembangkang yang menyumbang kepada perubahan dan pembaharuan.

Dari segi teorinya, sumbangan pembangkang perlu dalam sistem politik demokrasi sebagai check and balance. Pembangkang boleh menjadi penegur atau ombudsmen sebagaimana pernah dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri, dan dalam masa sama, siapakah pula yang akan menjadi “pengawas” bagi menegur pembangkang.

Walau apa pun istilahnya, peranan pembangkang di Malaysia tidak lebih daripada tukang tolak dan tukang pukul yang tidak pernah menunjukkan sikap kerjasama untuk kepentingan rakyat. Apabila terdesak, pakatan pembangkang memasang lukah dan kemudiannya, lukah itu juga yang mereka gunakan untuk menafikan musuh politiknya sebagai tidak ikhlas.

Masyarakat mungkin tidak boleh melupakan bagaimana apabila Umno sedia melaksanakan perintah Allah dengan siapsiaga bermuzakarah atas prinsip memperkukuhkan kedudukan Melayu-Islam, salah seorang pemimpin pembangkang menunjukkan sikap berdolak-dalik.

Akhirnya niat yang baik itu hanya tinggal sekadar niat yang tidak ikhlas, manakala bila ada orang lain memberikan pendapat atas keputusan tersebut, pemberi pendapat itu kemudiannya disalahkan sebagai 'orang tua gatal mulut'.

Semakin ghairah membina teori politik songsang, maka selagi itulah pakatan pembangkang akan terus bermain dengan kata-kata kesat sebagai kaedah penafian atau sindrom paku berkarat.

Paku berkarat kalau masih boleh digunakan untuk mengikat kayu, ikatan itu tidak akan kukuh, ia akan tercabut dan menimpa orang lain. Rakyat akan terus menjadi mangsa, jika terpijak parutnya sukar untuk disembuhkan manakala sakitnya mengambil masa lama untuk pulih.

Kita mungkin boleh belajar, bagaimana Arab Spring yang lahir dalam semangat menentang pemerintah akhirnya terjerat dengan kepentingan pengaruh asing, terutamanya dalam menjayakan hasrat Israel dan Amerika Syarikat untuk memperkuatkan dasar imperialismenya ke atas negara Islam yang mempunyai sumber minyak yang besar. Biarpun sudah berlalu lebih setahun, Mesir belum pulih; saban minggu dan bulan kedengaran ada rusuhan serta kematian.

Bukankah ini bermakna, meruntuhkan apa yang sudah kita bina berdekad lamanya adalah lebih mudah berbanding membina semula keamanan dan kestabilan politik yang telah runtuh itu?

(NOTA: Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).)

31 comments:

  1. No matter what scandal was raised, they should be investigated. I saw many people closed one eye when these scandals involved Pakatan Members.

    ReplyDelete
  2. The people should view the political scene with their own discretion.

    ReplyDelete
  3. pembangkang harus menjadi cerminan kepada kerajaan, menegur kerajaan, bukan hnya tau menghentam kerajaan walaupun kerajaan lakukan perkara baik. jika kerajaan buat perkara baik, sokong dan berilah kerjasama. bukan memanipulasikan fakta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peranan sebenar pembangkang kini memang sudah semakin jauh dari peranan asalnya. bukan lagi menjadi pelengkap kepada kerajaan tapi untuk memusnahkan kerajaan.

      Delete
  4. kita sebagai rakyat yang bijak, kena bijak menilai apa2 yang dimainkan pembangkang, jgn mudah terpedaya dgn janji2 dan propaganda pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Memang sindrom penafian semakin menular di kalangan pemimpin sekarang terutamanya bila timbul isu berhubung dengan diri mereka, tidak kiralah pemimpin dari pembangkang mahupun dalam BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dalam politik, yang jujur berapa percent saja. Selebihnya terpaksa hipokrit.

      Delete
  6. Pembangkang sibuk hentam kerajaan sebab dalam masa yang sama mahu alihkan perhatian rakyat daripada menghidu kepincangan pembangkang itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah dalaman dan kepincangan pembangkang memang banyak tapi ditutup dengan segala kata2 dan tindakan pembangkang dengan mencari kesalahan kerajaan.

      Delete
  7. Haha nampaknya pembangkang pun ikut macam BN sudah ini. Tapi macam lebih teruk lagi apa yang berlaku dengan pembangkang. Macam terlalu besar pula kes yang dilakukan.

    ReplyDelete
  8. Ada bukti kukuh masih boleh nafikan lagi.

    ReplyDelete
  9. Anwar tetap raja nafi di Melaysia.. dedahkan la apa2 bukti pasal kesalahan beliau.. samada dalam bentuk video, dokumen, dna dan sebagainya, dia tetap akan nafi..

    ReplyDelete
  10. pemimpin2 yang suka sangat nafi sedangkan sudah banyak bukti didedahkan, sangat bahaya untuk negara ini.. silap2 hak2 rakyat juga akan dinafikan sebaik mereka menguasai Puterajaya..

    ReplyDelete
  11. Prime Minister Najib Tun Razak said opposition political parties in the country seem to be teaching people bad things, even matters contrary to religion.

    ReplyDelete
  12. Evidently, three bad things were that debts do not have to be settled, good deeds can be forgotten and promises need not be fulfilled, he said.

    ReplyDelete
  13. Najib said the Barisan Nasional (BN) government, on the other hand, not only fulfilled its promises but also provided the people with aid which it had not promised in the first place.

    ReplyDelete
  14. He also said that Islam required all debts to be settled, and added that when people died, their outstanding debts had to be settled by their next-of-kin.

    ReplyDelete
  15. By debts, the prime minister was apparently referring to those associated with the opposition proposal to write off the loans provided by the National Higher Education Corporation Fund (PTPTN).

    ReplyDelete
  16. Najib said the opposition was also poisoning the minds of the people by suggesting that they did not have to appreciate what the government was doing for them.

    ReplyDelete
  17. "They tell people it is not necessary to remember good deeds, associated with aid for the people. I do not know of any country providing the people with mosquito nets, dentures and spectacles. When the government resurfaces a road, tarring is done up to the steps of houses," he said.

    ReplyDelete
  18. Najib said what the country has achieved so far would not have been garnered without having national leaders with integrity and vision.

    ReplyDelete
  19. "Without integrity and vision, implementing any plan would result in a nightmare for the people," he said.

    ReplyDelete
  20. The prime minister said the people should be grateful for the peace and unity they enjoyed.

    ReplyDelete
  21. "Let's not make a mistake. If we do, we will lose the blessings we now enjoy. We have seen what has happened to the people in countries where political stability has been compromised," he said.

    ReplyDelete
  22. The opposition will not succeed in penetrating Sabah, led by the Barisan Nasional (BN) under Chief Minister Musa Aman, in the next general election, said Sabah Information Executive Councillor Sapawi Ahmad.

    ReplyDelete
  23. "Based on the current political scenario and the confidence shown by the people, Sabah BN will definitely win in the next general election," he said at the closing of the state- and Labuan-level 'Program Jelajah Isu'.

    ReplyDelete
  24. Sapawi, who is also Sipitang MP, said that since the BN took over the state government in 1994, Sabah's financial position has strengthened, particularly with Musa's leadership.

    ReplyDelete
  25. "Sabah only had a financial reserve of around RM300 million (in 1994) but it has increased substantially to RM3.3 billion as noted in the Auditor-General's Report.

    ReplyDelete
  26. "This translates to good administration, especially economically, by the state government," he said.

    ReplyDelete
  27. "This translates to good administration, especially economically, by the state government," he said.

    ReplyDelete
  28. He also said that Prime Minister Najib Tun Razak was a man of his word, and called on the people not to be influenced by propaganda spread by opposition political parties.

    ReplyDelete