Monday 11 June 2012

SUARAM TABAL ANWAR JADI PM?




AIDCNews : Pendedahan laman NED (National Endownment for Democracy), ned.org/where-we-work/asia/malaysia yang menunjukkan yayasan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyalurkan dana kepada empat NGO di Malaysia mula mendapat perhatian para blogger.

Empat NGO yang disalurkan dana NED untuk beroperasi di Malaysia itu adalah IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), Mkini Dotcom Sdn Bhd (portal Malaysiakini) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SUARAM).

IRI diketuai Lorne Craner, NDI; Madeline Albright, Malaysiakini; Steven Gan/Pramesh Chandra dan SUARAM; Cynthia Gabriel yang kesemuanya mempunyai kaitan rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalang di belakang SUARAM bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.

“Untuk isu kapal selam, SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional, ” ujar blogger mymassa, yang turut dipersetujui blog unitmediasiber, semuthitam80, tunfaisal, Taiping Mali dan sebagainya.

Menurut laman thechoice, SUARAM itu adalah NGO missionari terhadap PKR yang berketuakan Anwar sepertimana Ketua Umum PKR itu mengawal S Ambiga untuk menggerakkan BERSIH.

Laman itu menyenaraikan inner circe SUARAM yang berkaitan dengan PKR; Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya yang dilantik oleh kerajaan PKR Negeri Selangor. Tian Chua, Ahli PKR Parlimen Batu, Naib Presiden PKR. Irene Fernandez, Ahli Majlis Tertinggi PKR. Elizabeth Wong, Exco Kerajaan PKR Selangor. Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen PKR Subang. Dr Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR.

Menurut laman itu lagi, terdapat beberapa tokoh lagi yang mempunyai hubungan rapat dengan PKR. Dr Kua Kia Soong, bekas Ahli Parlimen DAP. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasim Hashim Presiden PSM dan Pramesh Chandran, malaysiakini.com.

Kesemua tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas adalah kroni-kroni Anwar Ibrahim.

AIDCNews 6 Jun mendedahkan satu fail sulit ditemui di pejabat PKR mendedahkan lebih lanjut latar belakang Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif SUARAM yang jarang diketahui umum.

“Cynthia Gabriel adalah seorang pemerhati antarabangsa yang mewakili NDI dalam pemilihan demokrasi pertama selepas kejatuhan Presiden Indonesia, Suharto,” lapor satu kertas kerja bertajuk “The Institute For Democracy And Reform (INDEFOR)” dari pejabat PKR.

NDI adalah salah satu cabang NED. Selain NDI, cabang-cabang NED yang lain adalah IRI, ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise).

NED menurut penggubal undang-undangnya, Allen Weinstein adalah topeng CIA beroperasi ‘menawan’ dunia yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek ‘demokrasi’.

NED yang diasas sejak tahun 1983 diketuai oleh salah seorang kenalan Zionis Anwar yang bernama Carl Gershman.

“Cynthia Gabriel pernah dipilih sebagai salah seorang ahli dalam International Federation for Human Rights (FIDH), sebuah NGO hak asasi yang berpangkalan di Paris dan dilantik menjadi Setiausaha Umum untuk NGO itu di kawasan Asia“.

Menurut Tony Cartalucci, wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report dalam laporannya bertajuk “BOMBSHELL: US Caught Meddling in Russian Elections!“, FIDH adalah salah satu daripada 9 instrumen yang sedang giat beroperasi menukar ‘regime change’ di seluruh dunia.

 


Selain FIDH, instrumen lain yang disenarai hitam oleh penyelidik Barat itu adalah NED, IRI, NDI, Freedom House, OSI (Open Society Institute), Reporters Without Borders (US Chapter), HRW (Human Right Watch), AI (Amnesty International).

Secara ringkasnya operasi menakluk dunia didalangi oleh dua badan, iaitu NED yang menaja IRI, NDI, Freedom House, FIDH dan Reporters Without Borders (US Chapter).

Manakala satu lagi badan adalah OSI milik penyangak matawang Yahudi, George Soros yang menaja HRW dan AI. Bacaan lanjut sila klik di sini, sini dan sini, dan sini.

“Cynthia Gabriel juga pengasas FORUM ASIA (Asia Forum for Human Rights and Developments) yang berpangkalan di Bangkok“.

Anwar Ibrahim juga sering dijemput ke Bangkok. Pangkalan malaysiakini juga di Bangkok. Malah wartawan malaysiakini yang bernama Susan Loone adalah staff Cynthia Gabriel di Forum-Asia.

Pernah video terbitan anwaribrahimdotcom bertajuk “Soalan untuk Anwar (3)”, ditanya oleh salah seorang pelawat dengan soalan “kenapa dalam minit ke 1.52, foto peminum arak diselitkan. Apakah kaitannya dengan Anwar ?”

Foto yang dimaksudkan pelawat itu adalah foto Cynthia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia), Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia). Dalam foto itu Siew Hwa dan Tad sedang pegang gelas arak.

Mereka berempat turut hadir sebagai penganjur dan peserta ketika Anwar Ibrahim dijemput berceramah The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand pada 6 Februari 2007.

Untuk mengetahui lanjut apa yang tersirat di sebalik insiden pegang gelas arak itu sila baca di sini dan sejauh manakah kejayaan operasi CIA/NED mengangkat semula Anwar menjadi PM selepas Pilihan Raya Ke-13.




HADIR....Peserta turut hadir dalam program ceramah Anwar di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand adalah beberapa aktivis NGO Malaysia iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia), Cynthia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia).

10 comments:

  1. Whether or not Anwar Ibrahim can become the next Prime Minister is up to the voters during the 13th General Elections.

    ReplyDelete
  2. All parties needs to gain the voters support and votes during the next general elections to retain or win over Putrajaya.

    ReplyDelete
  3. Menawan Putrajaya pun belum tentu berjaya, suara-suara untuk lantik PM baru pula makin kuat. apapun, keputusan ada di tangan rakyat sekarang.

    ReplyDelete
  4. Baru2 ni DAP (Lim Guan Eng) kata tidak akan merebut jawatan PM dan akan memberikan kepada Anwar peluang tu. boleh percaya ka?parti2 dalam komponen PR pun ada yang tidak sehaluan dan sukar untuk selesaikan masalah dengan cara baik.macam mana mau bersatu.

    ReplyDelete
  5. Anwar tak boleh jadi PM, masa dia jadi TPM dulu, ekonomi negara jadi teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa asing akan lebih cepat masuk negara kalau dia jadi PM.

      Delete
  6. Berhati-hati dengan pihak yang main kotor untuk menjatuhkan kerajaan kita.

    ReplyDelete
  7. ini pula misi Anwar.. membantu kuasa2 besar luar dalam menjatuhkan kerajaan Malaysia..

    ReplyDelete
  8. selepas isu ini terbongkar, akan keluar la sindrom nafi Anwar.. 24 jam dia nafi tapi tidak berani ambil tindakan undang2..

    ReplyDelete