Thursday 7 June 2012

SUKAN MAMPU PUPUK HARMONI KAUM


TERIMA KASIH.....Nasir (empat kanan) menerima cendera kenangan yang disampaikan Lai Fui Ming (empat kiri) sempena majlis itu di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran menyeru rakyat negeri ini terus mengekalkan keharmonian bagi menghindarkan terjerumus ke arah fahaman sempit dan berpandangan ekstrim.

Katanya, bagi membina sesebuah masyarakat bersatu padu dan harmoni, kita perlu sentiasa bertoleransi dan menerima pelbagai tradisi masyarakat yang wujud dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Sehubungan itu katanya, kita juga perlu meningkatkan usaha memupuk perpaduan negara dan membina masyarakat madani serta penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran serta aman dan selamat.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan penutupan Kejohanan Bola Keranjang Bawah 18 Tahun peringkat negeri Sabah di Dewan Masyarakat, Semporna.

Kejohanan itu disertai lebih sepuluh buah pasukan dari seluruh negeri Sabah dan di menangi Pasukan daripada Kinabatangan dan kedua pasukan Lahad Datu.

Hadirsama sempena majlis itu, Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani; Pengerusi Belia Semporna, Marasun; Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Semporna, Tai Thien Fah; Pengarah Pertandingan, Kapitan Lee Chung Ming; Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul, Datuk Chao Yan San; Kapitan Cina Kawasan Bandar, Ong Hang Seng; Kapitan Dun Bugaya, Joseph Low dan Datuk Chua Cin Wah dan Datin.

Nasir berkata, sesungguhnya usaha menganjurkan kejohanan seumpama itu amatlah penting bagi menggalakkan generasi muda menyertai bidang sukan bagi membina sebuah generasi muda yang berketerampilan, berkualiti serta mengelakkan mereka daripada gejala negatif.

 


Nasir yang juga Adun Senallang menjelaskan bahawa pada suatu ketika dahulu ramai berpendapat Sukan Bola Keranjang hanya dimonopoli oleh suku kaum Cina, namun hari ini tidak terhad kepada sesuatu suku kaum sahaja; malah ia turut digemari oleh kaum-kaum lain melambangkan keutuhan bangsa 1Malaysia terus dipertahankan.

Beliau menambah, dalam kontek kejohan melibatkan pelbagai bangsa dan sukukaum berpadu tenaga mencapai kejayaan sudah pasti melambangkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan di kalangan bangsa majmuk negara ini.

Ujarnya, inilah kekuatan Negara untuk terus maju membangun dengan didokong oleh warganya yang berbilang kaum; hidup dalam harmoni serta mampu menolak rusuhan kaum yang pernah melanda negara dengan peristiwa pahit 13 Mei 1969.

Sehubungan itu, kata Nasir, apa jua program yang dianjurkan termasuklah melalui sukan hendaklah berusaha mencapai kematangan serta menjaga dan mengekalkan keharmonian itu bagi menjamin kedulatan dan keselamatan Negara.

9 comments:

  1. Kalau di kampung2, tiap kali ada perayaan/keramaian memang tidak miss ada sukan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. betul mesti ada acara sukan. Sukan mengikut peringkat umur pun ada juga.

      Delete
  2. melalui sukan, ia dpt mengerat hubungan selain ia menyihatkan.

    ReplyDelete
  3. We should have more sports activities to improve the harmony between all races in Sabah.

    ReplyDelete
  4. Congratulations to Kinabatangan basketball team for winning first place in the tournament.

    ReplyDelete
  5. Betul..Sukan juga dapat menjaga kesihatan masyarakat kita. Maka bersukanlah untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  6. Besides for good health, sports bring unity among our people.

    ReplyDelete
  7. Bersukan adalah aktiviti yang sihat.

    ReplyDelete
  8. tiada siapa yang dapat menafikan peranan sukan dalam membentuk masyarakat sihat disamping memupuk keharmonian kaum..

    ReplyDelete