Thursday 28 June 2012

TAEKWONDO SABAH KEMBALI MENYERLAH




PENAUNG.........kelihatan Haji Ghulabdin sedang menyampaikan cenderamata pperlantikan sebagai Penaung Persatuan Taekwondo GTF Sabah kepada Jahid (ketiga dari kanan) yang disaksikan oleh Presiden TGTF Sabah,Johannes Masimin (kedua dari kanan)

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PEMBANTU Menteri Belia dan Sukan, Datuk Jahid Jahim memberikan penghargaan dan pujian kepada Pasukan Taekwondo GTF Negeri Sabah atas kejayaan yang cemerlang dengan memungut dua emas, dua perak dan dua gangsa di dalam Kejohanan Taekwondo Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Putrajaya, Kuala Lumpur pada hujung Mei lepas.

"Pujian dan penghargaan harus diberikan kepada Kepimpinan Persatuan Taekwondo GTF Negeri Sabah yang diterajui oleh Johannes Masimin serta peserta-peserta muda yang telah menyertai kejohanan tersebut kerana dapat mengharungi kejohanan besar itu dengan mencatat satu keputusan cemerlang yang dapat mengharumkan nama Negeri Sabah di Peringkat Kebangsaan," kata Jahid semasa menerima kunjungan hormat dari Ahli Jawatankuasa tertinggi persatuan itu di pejabatnya di Wisma Muis di sini, kelmarin. 

Jahid menggesa agar Persatuan Taekwondo GTF Negeri Sabah menjadi ahli gabungan Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk memberikan peluang kepada badan itu memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah badan yang akan berpeluang menyertai lebih banyak kejoahanan peringkat kebangsaan pada masa hadapan.

"Dengan pencapaian yang membanggakan ini, saya berharap peserta-peserta yang terlibat di kejohanan yang telah disertai oleh Pasukan Taekwondo GTF Sabah harus dikekalkan pada kejohanan masa akan datang. Mereka seharus menumpukan latihan yang lebih tersusun supaya kebanyakan peserta terpilih mempunyai daya juang terbaik ketika mendepani pertandingan," kata Jahid yang juga telah dialantik sebagai Penaung kepada persatuan tersebut.

Dalam kejohanan Taekwondo Peringkat Kebangsaan tahun ini, Pasukan Sabah telah menyertai dua kategori iaitu Peringkat Sekolah dan Peringkat terbuka kata Presiden Taekwondo GTF Sabah, Johannes ketika memberikan taklimatnya kepada Jahid semasa kunjungan hormat itu.

Dalam kategori Sekolah, Odehinomod O'Neill yang bersekolah di SMK St Peter Telipok telah berjaya mendapat pingat Gangsa dalam bahagian Pattren; manakala Odemotte Ovbill dari sekolah yang sama berjaya membawa pulang Pingat Emas menerusi Perlawanan perseorangan gaya bebas dan pingat Gangsa menerusi pertandingan Pattren; dan Odemont Owen juga dari SMK St Peter telah berjaya memenangi Pingat Perak melalui perlawanan perseorangan gaya bebas.

Sementara itu, dalam bahagian terbuka peserta Erniwaty Awang Yusof menerusi Perlawanan Perseorangan gaya bebas berjaya mendapatkan Pingat Emas dan Terence Atim yang bertanding dalam Perseorangan Gaya Bebas berjaya mendapatkan Pingat Perak untuk Pasukan Sabah. Peserta lain yang turut bertanding terdiri daripada Abdul Salam, Mohammad Suzaireen Maarof dan Saiful Nizam.

Johannes juga menyatakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Peratuan Taekwondo GTF Sabah sepanjang menyertai kejohanan tersebut telah mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnay daripada Majlis Gabungan Taekwondo Kebangsaan (MGTF)  Malaysia.

Kunjungan kehormat tersebut juga turut dihadiri oleh Penasihat Persatuan Taekwondo GTF Negeri Sabah, Haji Ghulabdin Enjih yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Ranting Sulaman Tuaran.

No comments:

Post a Comment