Monday 4 June 2012

TINGKATKAN PROFESIONALISME JANA PENDAPATAN



PUKAT…Juslie sedang menyampaikan bantuan pukat kepada seorang nelayan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI         Foto : SHAFFIE S JUMADI

GOLONGAN  petani, penternak dan nelayan disaran melibatkan diri sepenuh masa dalam bidang masing-masing untuk menjana ekonomi mereka agar dapat mengubah status sosial mereka menuju rakyat berpendapatan tinggi.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian di Majlis Penyampaian  Bantuan Peralatan Perikanan tajaan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Libaran yang di langsungkan di Pejabat Pertubuhan Peladang  di Bandar Labuk Jaya, Sandakan,  kelmarin.

"Inilah dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah berhenti membantu rakyatnya yang berkecimpung dalam dunia perniagaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka dan sekaligus menjana pendapatan yang berkekalan," kata Juslie lagi.

Sempena majlis tersebut, seramai 18 orang nelayan menerima bantuan pukat dan pelbagai peralatan lain termasuk untuk pengusaha akuakultur kolam air tawar dan air payau  di perairan Libaran.

Juslie menambah, Kerajaan BN melalui agensinya seperti KO-NELAYAN, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan sentiasa menggalakkan golongan petani, penternak dan nelayan supaya mengusahakan bersungguh-sungguh bidang yang diceburi dan meningkatkan profesionalisme mereka.

"Bagi mereka yang ingin membesarkan usaha atau ternakan mereka, boleh mendapatkan dana modal pusingan daripada TEKUN, MARA dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), tertakluk kepada syarat," kata Juslie yang memberi jaminan akan menyokong setiap permohonan yang diajukan kepada beliau.

9 comments:

  1. The government's distribution of fishing net will help the local fishermen to improve their livelihood. Hope that they will appreciate the government's aid.

    ReplyDelete
  2. Efforts from the Sabah governemnt through KO-Nelayan and other departments can help local fishermen improve their catch.

    ReplyDelete
  3. ya.. teruskan usaha dalam tingkatkan pendapatan dalam bidang masing2.

    ReplyDelete
  4. Handak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kerajaan sudah sediakan kemudahan, terpulang kepada inisiatif rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat pun perlu ada usaha sendiri untuk maju, jangan hanya menunggu bantuan kerajaan semata-mata.

      Delete
  5. Golongan petani, penternak dan nelayan kini tidak susah lagi sebab banyak bantuan yang diberikan oleh kerajan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sekarang banyak usaha dalam plantation pasti para pengusaha mendapat untung untuk meningkatkan taraf hidup.

      Delete
  6. Betul...Mereka ini amat penting untuk ekonomi Negara kita.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada kerajaan.. teruskan usaha membantu rakyat meningkatkan pendapatan mereka terutamanya bagi kumpulan yang menceburi bidang yang kurang popular sepeti nelayan ini..

    ReplyDelete