Friday 8 June 2012

UMNO LAMA JADI PEGANGAN IKATAN




Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

UTAMAKAN......Abdul Kadir ketika pelancaran Ikatan berkata: “Kami utamakan bangsa Malaysia, bukan untuk mendapatkan kuasa.”

KUALA LUMPUR : Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini dilancarkan oleh Protem Presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dengan membawa matlamat menyambung kesinambungan semangat perjuangan Umno lama di zaman Bapa Kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman.

Abdul Kadir menegaskan, beliau berpegang kepada semangat perjuangan Umno zaman menuntut kemerdekaan dahulu kerana pemimpin di zaman itu begitu mementingkan perpaduan antara kaum dan agama, yang dilihatnya semakin pudar di bawah kepimpinan kerajaan.

“Ikatan hanya menyambung usaha pemimpin Umno terdahulu yang amat mementingkan perpaduan. Isu perpaduan dan agama sekarang ini dilihat menjadi isu yang dimainkan dengan meluas.

“Sekarang saya lihat perpaduan dah macam jadi benda kecil. Kami ingin membawa kembali rakyat ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir kepada pemberita ketika sidang media selepas pelancaran rasmi hari ini di sini.

Bekas Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu juga menegaskan, parti barunya itu berjuang berlandaskan isu, malah menolak dakwaan untuk dikaitkan dengan pembangkang.

“Kami parti yang berteraskan isu. Memang banyak antara isu yang kami bawa sama seperti PR, tapi ada juga beberapa perkara yang bercanggah.

“Kami akan perjuangkan isu,” katanya merujuk kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR). Beliau turut menambah,” kami bukan “kuasa ketiga.”

Malah, bekas menteri Kabinet ini juga menegaskan, Ikatan masih belum bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke -13 akan datang, namun dijangka akan menjadi parti terbesar dalam tempoh setahun akan datang dengan anggaran keahlian 500,000 hingga ke sejuta ahli.

“Kami tidak akan bertanding pilihan raya umum kali ini. Masa sudah sangat suntuk. Tapi saya yakin kami akan jadi parti terbesar kerana isu kami adalah rakyat Malaysia.

“Kami utamakan bangsa Malaysia, bukan untuk mendapatkan kuasa,” tegasnya lagi yang tidak menghalang jika ada ahlinya ingin bertanding pilihan raya umum ke-13 kali ini menggunakan tiket parti lain.

“Ahli kami ada banyak muka baru, berkelulusan tinggi dan bertanggungjawab. Banyak calon boleh menang, mereka boleh bertanding dengan parti lain jika nak bertanding.

“Tapi ada juga pemimpin parti lain yang ingin sertai kami, namun saya tidak boleh mendedahkan identiti mereka,” tambahnya.


 


Ditanya kenapa beliau tidak menggunakan Amanah untuk perjuangannya itu, Abdul Kadir menjelaskan Amanah hanyalah sebagai NGO, dan tidak mempunyai kuasa politik.

“Amanah turut dibentuk dengan tujuan sama. Tetapi pertubuhan itu adalah NGO, jadi kami buat keputusan untuk keluar Amanah dan bentuk parti politik.

“Saya tidak menghalang jika ada ahli Amanah ingin sertai kami. Ramai antara ahli yang mendaftar dengan Ikatan adalah ahli Amanah,” katanya dan menambah, “kami tidak akan memaksa mereka sertai Ikatan.”

Mengulas lanjut berkenaan keengganannya menyertai PR, Abdul Kadir menjelaskan, beliau tidak menyertai PR berikutan parti itu sudah pun mempunyai pemimpin mereka sendiri, dan jika beliau mendaftar, beliau hanya akan menjadi ahli biasa.

“Mereka dah banyak pemimpin. Jika saya daftar jadi ahli, hanya jadi ahli biasa sahaja. Dengan ada kuasa, kita boleh rekrut ahli,” katanya yang turut memuji kepimpinan PAS sekarang, yang menurutnya “mempunyai nilai serupa seperti Umno suatu ketika dahulu.”

Ikatan bagaimanapun masih lagi belum menjadi parti yang sah walaupun telah menghantar borang pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun lepas.

Antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ikatan adalah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut, dengan tiga Timbalan Presiden, Ragunath Kesavan, Ong Hock Siew, dan Datuk Seri Bujang Ulis.

Pelancaran itu turut dihadiri sekitar 100 jemputan termasuk wakil parti kerajaan dan pembangkang.

Pada 19 Mac, Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan dan mantan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, meletak jawatan sebagai ahli Umno selepas 56 tahun dalam parti tersebut.

Abdul Kadir hangat diberitakan pada bulan Januari apabila beliau menuduh Umno sebagai memberi sogokan antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi dalam pilihan raya yang lalu.

Abdul Kadir yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau turut menggunakan strategi “bom” bagi memenangi pilihan raya di Kulim-Bandar Baharu yang dipegang oleh beliau sejak tahun 1978.

9 comments:

  1. Kalau ada antara pemimpin dan ahli2nya melihat UMNO sudah lari dari perjuangan asalnya, itu tandanya UMNO perlu ada pembaikian.

    ReplyDelete
  2. What is the point of leaving UMNO but set up a political party to promote UMNO ideals?

    ReplyDelete
  3. Just wait and see how Ikatan will work to promote what they set up to do.

    ReplyDelete
  4. dulu tk pla mcm tu, sekarang tak ada jawatan baru nak bertrip..

    ReplyDelete
  5. S. Kadir, you have the chance to change the situation when you was a minister. Why only now you want to dispute about it?

    ReplyDelete
  6. Tidak tahu apa yang Abdul Kadir fikirkan. Adakah kerana dendam dan tidak berpuas hati berlaku dalam dirinya. Kita tidak tahu biarkan saja dia dengan dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the government has been and is implementing various development programs in the interest of the people. people not to be easily influenced by the opposition claims that the people were oppressed by the federal government.

      Delete
  7. The presence of new opposition parties has not convinced the people that they can bring about a change to the state. this is because the people are aware of the situation and they are smart enough to choose the party that can bring about development and safeguard their future. BN has a good track record and has been proven capable of implementing development and safeguarding the future of the people, especially those in need.

    ReplyDelete
  8. boleh percaya ka cakap si Abdul Kadir ni? dia sudah 50 tahun berjuang bersama2 BN.. kenapa sudah sampai umur pencen baru dia keluar BN? apa dia buat selama ini dalam umno? kumpul kekayaan??

    ReplyDelete