Monday 4 June 2012

UTAMAKAN KERJAYA SEBAGAI PENDIDIK



TENOM: Guru digesa utamakan kerjaya sebagai pendidik dan elakkan daripada melibatkan diri dalam politik sehingga menjejaskan tugas hakiki sebagai pendidik.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, berkata guru-guru perlu beri keutamaan kepada tugas sebagai seorang guru kerana tugas guru bukan sahaja memerlukan iltizam dan komitmen yang tinggi tapi amanah yang besar dalam membina masyarakat yang berilmu.

Katanya, soal untuk mendidik anak-anak perlu diberi perhatian yang serius kerana penglibatan guru dalam politik secara tidak langsung akan menjejaskan tumpuan seseorang guru terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang guru.

“Sebagai seorang guru, kena beri tumpuan kepada tanggungjawab untuk mendidik anak-anak murid di sekolah agar matlamat melahirkan insan yang cemeralang dapat dicapai.

“Guru-guru kena mengutamakan agenda pendidikan iaitu ke arah kecemerlangan murid-murid kerana kita mahu murid-murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian dan Pembubaran Perlantikan AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sesi 2012/2013, di SK Jawa Sumbiling, baru-baru ini.    

Tambahnya, segala perlakuan anak-anak juga perlu dipantau oleh ibubapa kerana zaman dahulu dan sekarang telah jauh berbeza dengan kemajuan teknologi maklumat.

“Hal ini perlu dititikberatkan oleh ibubapa kerana kita tidak mahu anak-anak kita nanti terpengaruh dan terikut-ikut dengan sesuatu budaya yang negatif.

“Dunia hari ini semakin jauh berubah, justeru ibubapa kena seiring dengan perkembangan semasa bagi memantau segala kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak,” katanya.

Selain itu, beliau juga memberikan sumbangan kewangan dan akan memberi perhatian terhadap beberapa keperluan yang diperlukan oleh pihak sekolah seperti penghawa dingin selain menyampaikan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah kepada pihak yang berkenaan.

Beliau turut melawat keadaan jalan raya di Taman Dahlia, Kg.Jawa Sumbiling yang memerlukan pembaikan bagi memudahkan penduduk kampung menjalankan urusan harian.

8 comments:

  1. Teachers who are involved in politics should know how to manage their time between teaching and politic movements.

    ReplyDelete
  2. Make sure that there is a balance between both and the teaching duty will not be affect due to politicking.

    ReplyDelete
  3. sebagai guru lebih baik utamakan tanggungjwab sebagai pendidik daripada berpolitik.

    ReplyDelete
  4. Kalau di sekolah pun mau berpolitik, bagus tukar profesion terus jadi ahli politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sekolah harus la sebagai seorang pendidik bukan sebagai politikus.

      Delete
  5. Jika ingin berpolitik pastikan tidak lupa akan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

    ReplyDelete
  6. Lebih baik tumpukan pada 1 kerjaya saja

    ReplyDelete
  7. jika guru2 ini mempunyai banyak masa untuk terlibat aktif dalam politik, bukankah lagi bagus jika mereka gunakan masa itu untuk buat kelas tambahan atau berniaga atau sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri sendiri..

    ReplyDelete