Wednesday 18 July 2012

12 KILANG UBAHSUAI METER ELEKTRIK




KOTA KINABALU : Sebanyak 12 premis kilang di Sabah dikenal pasti sejak awal tahun ini kerana terlibat mengubahsuai meter elektrik.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ahmad Fuad Md Kasim, premis-premis berkenaan dikenal pasti menerusi dua operasi pemeriksaan mengejut di sekitar Kota Kinabalu, Kolombong, Kepayan dan Penampang bersama Suruhanjaya Tenaga.

"Kesemua premis yang didapati terlibat dengan kegiatan mencuri arus elektrik akan dihadapkan ke mahkamah," katanya kepada pemberita semasa membawa operasi ke sebuah kilang pembungkusan di Penampang dekat sini, Rabu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Fuad berkata sejak Septembar lepas, 12 operasi bersepadu dijalankan di seluruh Sabah dan Labuan yang mana 12 pengguna turut dikesan menjalankan kegiatan mencuri arus elektrik dengan membuat penyambungan haram dan mengubahsuai meter.

Beliau juga berkata SESB telah memenangi 15 kes tuntutan mencuri arus elektrik berjumlah RM250,000 yang dibawa ke mahkamah sejak 2006. (Bernama)

No comments:

Post a Comment