Tuesday 17 July 2012

15,390 'ORANG MALAYA' BERTUGAS DI SABAH




SERAMAI 15,390 pegawai dan penjawat awam berasal dari Semenanjung Malaysia yang kini bertugas di 94 jabatan persekutuan dan 42 badan berkanun di Sabah.
   
Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh berkata jumlah yang paling ramai ialah mereka yang berkhidmat di bawah Jabatan Pelajaran Sabah iaitu seramai 8,152 orang pada tahun lepas.
   
Katanya, secara purata jumlah kakitangan awam persekutuan dari Semenanjung yang dihantar bertugas ke Sabah di pelbagai agensi Persekutuan ialah antara 7,500 hingga 8,500 orang setahun, sejak lima tahun lepas.
   
"Jumlah pegawai dan kakitangan di Sabah seramai 85,498 dan 82 peratus daripada jumlah itu adalah berasal dari Sabah," katanya ketika menjawab soalan Abd Muis Picho (BN-Sebatik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, kelmarin.
   
Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun ketika menjawab soalan Datuk Louis Rampas (BN-Kiulu) mengenai jumlah kanak-kanak jalanan yang terdapat di Sabah berkata, berdasarkan statistik 2007 hingga Mei 2012 seramai 1,392 orang kanak-kanak diselamatkan, manakala seramai 1,392 dibebaskan dalam tempoh itu.
   
Katanya, seramai 65 orang masih berada di Rumah Perlindungan Ehsan Kota Kinabalu yang dikendalikan pihak berkuasa Pasukan Petugas Khas Sabah/Labuan. (Bernama)

14 comments:

  1. Diharap peluang menjawat jawatan awam tidak berat sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that those who are capable and qualified will be hired.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  2. orang Sabah patut diberi keutamaan mengisi jawatan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree, locals should be allowed to serve in our state.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  3. Berapa ramai pula orang Sabah yang menjadi penjawat awam di SM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that someone would be able to answer the question. I would also like to know how many Sabahans are recruited in the public sector in the peninsula.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  4. Mungkin perlunya kuota penjawat awam yang berasal dari SM dihantar untuk berkhidmat di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. When it comes to Borneonisation, qualified Sabahans should be prioritized.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  5. Hopefully more Sabahans will be given the opportunity to take up positions in the government sector.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Tidak dinafikan lagi dengan jumlah kehadiran penjawat awam semenanjung di Sabah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utamakan rakyat Sabah di sektor awam Sabah.

      Delete
  7. Borneonisasi perlu diteruskan untuk mencapai objektif tersebut.

    ReplyDelete
  8. berapa ramai pula warga Sabah yang berkhidmat di mana2 jabatan persekutuan di semenanjung?? pasti jumlahnya juga ramai..

    ReplyDelete
  9. satu lagi masalah besar di beberapa jabatan kerajaan di Sabah yang perlu diperbetulkan ialah, berkenaan dengan sikap ketua2 jabatan yang lebih suka menggambil pekerja dikalangan ahli keluarga, saudara mara atau kawan2..

    ReplyDelete