Tuesday 3 July 2012

48 % PENGGUNA INTERNET WANITA




KOTA KINABALU : Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini turut dimanfaat kaum hawa yang merupakan 48 peratus pengguna Internet.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Mentei Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Datuk Dr Yee Moh Chai berkata statistik juga menunjukkan ramai wanita memanfaatkan ICT untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

"Kemudahan Internet yang ada memberi peluang kepada mereka sama-sama mempelopori bidang ICT. Mereka setanding dengan lelaki di dalam mengaplikasikan kemudahan yang wujud melalui perniagaan 'online' walaupun beroperasi di rumah," katanya.

Yee berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2012 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini malam tadi.

Katanya seminar keselamatan bertema 'Wanita dan ICT' yang diadakan khusus untuk kaum hawa itu adalah wajar dan tepat pada masanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment