Tuesday 24 July 2012

500 RUMAH CURI BEKALAN ELEKTRIK



LAHAD DATU: Sebanyak 500 buah rumah di empat penempatan setinggan di daerah ini didapati membuat sambungan haram bekalan elektrik dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan pada 18 Julai baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir. Hj Abd Razak Sallim, antara kawasan- kawasan yang telah diperiksa adalah sekitar Jalan Segama Batu Satu, Kampung Teck Guan, Jalan Durian dan Kampung Tabanak.

Katanya,operasi bersepadu mencegah sambungan haram di penempatan-penempatan ini turut melibatkan kerjasama antara SESB) dan Suruhanjaya Tenaga serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

“Pihak SESB sebelum ini telah melaksanakan dua operasi yang sama di Kampung Tabanak pada tahun ini dan dianggarkan pihak SESB telah mengalami kerugian sebanyak RM25,000 sebulan akibat daripada aktiviti penyambungan haram ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan para pengguna agar tidak membuat sambungan haram kerana perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya seperti renjatan elektrik kepada pelaku ataupun orang awam.

Kegiatan sambungan haram ini juga katanya, merupakan salah satu punca kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terbabit.

“Di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990, mana-mana orang yang disabitkan melakukan kegiatan menggunakan elektrik secara haram atau mengganggu meter SESB boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100, 000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya lagi.

5 comments:

  1. kenakan tindakan tegas pada mereka yang mencuri elektrik.

    ReplyDelete
  2. Perumahan setinggan ni mesti ramai PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tu. Sebab buat penyambungan haram lagi tu.

      Delete
  3. Pihak SESB perlu membuat pantauan sekerap yang boleh untuk mengelak perkara ni bepanjangan.

    ReplyDelete
  4. Isu sebegini sememangnya perlu diselesaikan. Tambahan lagi ini akan menyebabkan kerugian kepada SESB jika perkara ini berterusan.

    ReplyDelete