Monday 9 July 2012

70 RANTING PKR GAGAL GERTAK UMNO LIBARAN



CENDERAHATI…Terima kasih Musa menerima cenderahati kenangan daripada Ketua Wanita Bahagian UMNO Libaran Armani.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PERGERAKAN Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Libaran sudahpun menyusun jentera masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) nanti untuk berdepan dan menentang habis-habisan parti-parti pembangkang nanti yang bakal bertanding di kawasan Parlimen Libaran, DUN Sungei Sibuga dan DUN Gum-Gum.

Walaupun parti pembangkang khususnya Parti KeADILan Rakyat (PKR) sudahpun bertapak di kawasan Libaran dengan menubuhkan lebih 70 ranting yang menjalankan aktivitinya masuk kampung keluar kampung sambil menabur pelbagai fitnah; namun UMNO-BN sedikitpun tidak gentar dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan kerana rakyat sekarang di kawasan tersebut sudah matang dan membuka mata.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Libaran, Suhaimi Hj Nasir berkata demikian dalam ucapan alu-aluanya di Majlis Persidangan Tahunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Libaran yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sri Libaran kelmarin.

"Kita yakin bahawa kekuatan jentera gerakan pilihanraya yang kini telah disusun dan dikemaskinikan oleh ketiga sayap kanan dan saya kiri UMNO Libaran ini tidak gentar untuk berdepan dengan musuh-musuh politik kerana kita cukup senjata untuk menentang bala tentera dari PKR,” ujarnya.

Dari itu tambah Suhaimi, Pemuda, Wanita dan Puteri sebagai benteng dan sayap kanan dan kiri kepada UMNO Bahagian Libaran akan terus memainkan peranan masing-masing ke arah memantapkan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di persada politik tanah air bagi memastikan kerusi Parlimen Libaran, DUN Sungei Sibuga dan DUN Gum-Gum terus kekal menjadi milik UMNO dan BN

Suhaimi menambah, parti pembangkang seperti PKR sudah tiada modal untuk membuat propaganda bagi meyakinkan rakyat terhadap perjuangan parti mereka yang sia-sia itu.

Walaupun pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada pucuk pimpinan UMNO, namun kata Suhaimi, rakyat tetap setia kepada kerajaan BN untuk memerintah semula selepas PRU 13 nanti.

Apa lagi mereka mahu, tambah Suhaimi kerana sejak kebelakangan ini kerajaan UMNO-BN terus memainkan peranannya ke arah membantu dalam pelbagai aspek bantuan yang dihulurkan kepada rakyat jelata di seluruh ceruk pelusuk daerah seluruh negara tanpa mengira siapa mereka itu.

Bagi mereka yang gemar untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan mereka telah diberikan bantuan kemudahan perlatan seperti meja kerusi oven, mesin jahit, enjin sangkut dan banyak lagi menerusi program 1 Azam, Program Sentuhan Kasih, Program E-Kasih, Pemberian Subsidi tayar 4 biji dan insuran untuk Teksi, BR1M dan sebagainya,” ujarnya.

Persidangan yang diadakan sehari suntuk itu yang membabitkan 160 Cawangan telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Libaran, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman

Turut hadir pada majis tersebut  ialah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Libaran Datuk Hj Juslie Ajirul dan Naib Ketua UMNO Libaran Datuk Hj Zakaria Hj Edris, Ketua Wanita Bahagian UMNO Libaran Datuk Armani Hj Mahiruddin dan seramai 800 orang perwakilan.


No comments:

Post a Comment