Friday 6 July 2012

ADIK-ADIK SAYA MEMANG PENJENAYAH?




Saudara Pengarang,


SUSULAN laporan Chung Su Li yang bertajuk 'Kempen Anti Pati Dan Boikot Kedai India', saya Peer Mohammad Bin Kadeer dengan MyKad bernombor 600323-12-5465 ingin menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa ada beberapa fakta yang tidak diketahui oleh Chung sehingga siasatannya tidak benar dan membuat tuduhan melulu.

Sebelum sentuh isu ini, saya ingin memaklumkan bahawa Lathief Kadermaideen @ Allaudin dan Nasir @ Latiff merupakan adik beradik kandung saya. Tidak perlu Kumpulan Pencari Kebenaran Sabah (KPKS) bermati-matian membuktikan perkara tersebut.

Saya sendiri ingin memaklumkan bahawa mereka merupakan adik beradik kandung saya. Namun, umum perlu maklum biodata kami sebelum membuat sebarang andaian.

Bapa kami bernama Kadeer merupakan Warganegara India Muslim yang berasal daripada Semenanjung. Beliau kemudian berkahwin dengan seorang wanita daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India.

Pada masa itu, bapa kami telah berpindah ke Sabah dan melahirkan anak pertama di sini iaitu saya. Kemudian ibu saya telah balik ke India dan melahirkan Allaudin dan Latiff di sana. Oleh kerana ibu saya pemegang pasport asing India, maka lambat saya mendapat Mykad saya.
Dua orang lagi adik beradik saya pula tidak dapat diuruskan kad pengenalan mereka kerana lahir di India dan tidak mendaftar di kedutaan Malaysia di India. Atas sebab ini, mereka masuk ke Malaysia mengunakan pasport asing India.

Pada asalnya saya banyak membantu mereka di sini. Tetapi, atas pelbagai jenayah berat yang dilakukan bertentangan dengan undang-undang negara ini, maka saya tidak sudah sehaluan dengan mereka.

Pada awal tahun 2011, saya dikejutkan dengan berita bahawa adik saya bernama Latiff sudah mendapat Mykad projek bernama Nasir Bin Yusof (620605-12-6421). Semua maklumat IC projeknya adalah dipalsukan termasuk tarikh lahir dan nama bapa.

Pada masa itu, Latiff masih memegang passport India bernombor E3171231. Perkara ini mengejutkan saya kerana tergamak sungguh dia membuat sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan negara ini.

Saya pernah terdengar IC projek yang dibuatkan oleh kerajaan, namun ini pertama kali saya mendengar IC dibeli daripada senarai orang mati. Pada masa itu, akibat tidak tahan sikap Latiff ini, saya telah melancarkan perang ke atasnya.

Untuk pengetahuan pembaca, Latiff dan Allaudin ini baru masuk ke Sabah tetapi sudah memiliki banyak wang mengatasi abang mereka ini. Saya tidak pernah memiliki apa-apa jua harta setakat ini malah menjadi sukarelawan sahaja untuk menjadi rezeki halal selain membantu menjaga keamanan negara.

Pada dasarnya, saya telah memanggil kawan saya yang lantang menyuarakan IC songsang di kalangan india, iaitu Kassim Bin Kamal. Saya meminta beliau membuat laporan polis terhadap Latiff yang mendapat IC Haram berserta semua jenis jenayah yang dilakukannya. Kasim boleh membuktikannya pada bila-bila masa sahaja.

Pada masa itu, saya juga menghubungi Allaudin untuk memberi peringatan kepadanya agar jangan sesekali membuat IC mengunakan jalan salah. Takut dengan peringatan, beliau sehingga kini tidak berani membuat IC tetapi masih melakukan pelbagai jenayah sehingga saya malu menggelar mereka adik-adik saya.

Selain meminta Kassim Bin Kamal, saya juga meminta orang orang berpengaruh seperti kawan kawan dalam MIC pada masa itu untuk memastikan IC Latiff ditarik balik. Saya takut, sikap dia yang terlalu 'kesyaitanan' itu dalam mencari wang bertambah kejam jika dia sudah memegang IC.

Nyata tanggapan saya sah menjadi. Setelah memiliki mykad, beliau mula menjual maruah nama negara ini. Beliau kemudian menjadi agen haram menguruskan pelbagai jenis dokumen dan sebagainya. Beliau juga mempunyai kemahiran memalsukan pelbagai dokumen seperti pasport selain menjual IC melalui rangkaian yang didedahkan oleh Chung.

Untuk pengetahuan Chung Su Li, setelah pendedahan awak tersiar di sabahkini.net; Nasir @ Latiff telah mencari pelbagai jalan untuk mengesan awak. Dia telah mengeluarkan hampir RM20,000 untuk menutup semula isu ini.

Latiff menghubungi saya untuk membantunya kerana saya memiliki pengaruh selain merupakan abang kandungnya. Saya pun pergi berjumpanya. Beliau mengatakan beliau sanggup keluar berapa ribu sahaja, yang penting siapa Chung Su Li di ketahuinya.

Selain itu, Nasir @ Latiff mengupah beberapa orang untuk memastikan artikel dalam Sabahkini.net dipadamkan. Saya juga diberikan sedikit wang yang juga kebetulan pada masa itu saya perlukan sangat.

Saya pun berpura pura membantunya dengan pergi berbincang dengan rakan-rakan saya di Lahad Datu seperti kawan baik saya Nagaraju daripada MIC. Namun, semua usaha Nasir @ Latiff tidak akan berjaya dan berjaya sama sekali.

Pengaruh, wang dan kemewahan yang dimiliki oleh mereka menyebabkan saya terus membenci mereka. Saya yang lurus bendul tidak mahu undang-undang negara dan perlembagaan dibelakangkan terus terpinggir di tempat lahir sendiri.

Nasir @ Latiff ini dimaklumkan telah mengumpulkan semua bekas-bekas musuhnya termasuk orang India daripada Semenajung termasuk Kasim Bin Kamal yang merupakan musuh tradisinya untuk melawan Chung Su Li.

Wang bertimbun yang dimiliki oleh Nasir @ Latiff inilah punca semua musuh menjadi baik terhadapnya. Nyawa KPKS dan Chung Su Li dalam bahaya. Latiff sanggup buat apa sahaja demi memastikan kepentingannya tidak tergugat sama sekali.

Latiff juga mempunyai senarai orang yang mungkin membantu Chung SU Li termasuk orang India. Nyawa ke semua mereka dalam keadaan terancam kerana dia sanggup buat apa sahaja.

Lagipun, yang terlibat orang-orang kenamaan dan penjawat awam. Mereka semua turut membantu Latiff dalam mengesan KPKS dan ketuanya Chung. Tentu pegawai JPN mempunyai rekod IC Chung dan dapatlah biodatanya diketahui. Saya juga mengesahkan bahawa Nasir @ Latiff mempunyai hubungan dengan Puan Suzina seperti didakwa oleh Chung Su Li.

Adik bongsu saya bernama Allaudin dengan pasport India bernombor A1832854 yang masuk ke Malaysia sekitar hujung 1999 dengan visa bekerja di Restoran Shaliha, Penampang di alamat Lot 6, Tingkat Bawah, Bandar Baru Penampang, 89507, Kota Kinabalu, Sabah milik Ibrahim Bin Sidik (530310-12-5377/H0522498) seperti didakwa oleh Chung.

Saya masih memegang semua salinan pasport adik-adik saya yang saya boleh kemukakan kepada Chung Su Li pada bila-bila masa atau menghantarnya melalui e-mail kepadanya.

Untuk pengetahuan Chung, majikan yang menjamin dia pada masa itu (Ibrahim) merupakan rakan kongsi Kasim Bin Kamal. Chung boleh menghubungi Kasim kerana beliau mempunyai banyak maklumat termasuk yang diserahkan saya kepadanya.

Memang banyak jenayah yang dilakukan oleh adik bongsu saya ini termasuk menjual dadah di Maldives. Saya masih menyimpan salinan bukti-bukti tersebut. Sekarang, Alludin mempunyai kedai di Bukit Melinsung, Papar, Kinarut iaitu Ros Curry House. Bagaimana pemegang pasport asing boleh menjalankan kedai di Sabah?

Chung Su Li, banyak yang benar awak dedahkan. Sekarang saya ingin menerangkan sedikit secara jujur kepada awak agar awak faham. Saya memang ahli RELA. Saya hanya ada punca rezeki itu untuk terus hidup dengan bekerja sebagai RELA.

Saya tidak punya apa-apa harta seperti rumah dan kereta. Saya hidup berjasa kepada negara. Dengan elaun yang sedikit itu, saya teruskan hidup saya. Saya terdengar melalui artikel sebelum ini, awak ada sediakan laporan panjang tentang saya. Saya merayu kepada KPKS supaya tidak menganggu kerjaya saya.

Saya merayu sangat-sangat kepada Chung, saya mendoakan awak semua berjaya sentiasa. Saya juga boleh membantu dan menjadi ahli KPKS. Malah, saya boleh menjadi salah satu sponsor untuk membantu kumpulan kamu. Saya tidak ada dan tidak pernah membuat sebarang jenayah di tanah tercinta ini. Janganlah dalam hal saya, hanya kerana dosa saya menjadi abang kepada dua penjenayah, kamu turut memfitnah saya.

Saya mengaku saya dibelanja ramai kawan di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Namun itu bukan saya minta. Itu hanyalah pemberian ikhlas mereka kepada saya. Jenayah di Kota Kinabalu tidak pernah saya lindungi. Namun, semua pihak berkuasa, termasuk polis amat takut kepada warga asing Filipina dan Indonesia yang menjadi penghuni sekitar bandar raya.

Kastam, LHDN, Polis, DBKK, Imigresen, JPN, Anti Dadah, KDN, Rukun Tetanga, RELA, Pertahanan awam dan sebagainya tidak pernah mempunyai usaha untuk membenteras jenayah di bandar raya Kota Kinabalu. Kalau ada usaha pun, tidak pernah, sudah berbelas tahun ada penyelesaian muktamad.

Saya rasa tidak menjadi salah saya sebagai RELA, mengugut mereka dengan meminta membuat bayaran tertentu kerana wang mereka itu wang negara ini. Warga asing ini mana pernah membayar cukai dan sebagainya. Wang ini milik kita, kita tidak boleh membiarkan mereka kaya sebegitu senang.

Kami ahli RELA yang mendapat elaun berapa sahaja memang layak mengambil wang daripada mereka. Saya harap Chung faham situasi tersebut dan janganlah bertindak bodoh dengan membawa isu ini ke peringat atasan.

Sekali lagi, bukan berasa terancam dengan artikel Chung sebelum ini, tetapi Chung ada tegaskan apa yang beliau tulis itu hanyalah petikan daripada laporan lengkap; manakala yang lengkap bakal menyusul selepas diterima pihak berkuasa.

Ayat ini yang membuatkan saya insaf. Saya bertekad mulai hari ini, saya tidak akan menerima apa jua bentuk bayaran daripada orang ramai. Saya akan bekerja demi berjasa kepada rakyat dan negara.

Saya merayu Chung Su Li, sahabatku, saya telah insaf. Malah saya mengaku adik kandung saya membuat jenayah. Saya akan emailkan semua dokumen yang boleh memecahkan rahsia adik-adik saya ini, tetapi saya meminta semua dokumen yang kamu sediakan untuk dihantar kepada pihak berkuasa ditarik balik. Saya memohon jasa baik Kumpulan Pencari Kebenaran Sabah dan Chung Su Li agar semua laporan mengenai saya dihapuskan.

Saya sekali lagi mengaku bahawa memang silap saya meminta wang daripada orang ramai. Saya minta maaf secara terbuka kepada umum. Namun, beranikah Nasir@Latiff dan Allaudin tampil minta maaf secara terbuka dengan menyerahkan semua IC kepada kerajaan Malaysia dan terus mengunakan pasport India dan Visa bekerja di Malaysia jika ingin terus tinggal di tanah bapamu ini?

Saya tidak akan memaafkan kamu, jika saya mendapat masalah daripada jenayah yang kamu buat sehingga saya dibuang keahlian RELA.

Saya juga berjanji akan e-mailkan kepada Chung jika saya mendapat sebarang maklumat mengenai Nasir @ Latiff termasukk orang yang cuba membantunya. Mari kita memberi tekanan kepada Nasir @ Latiff ini untuk menyerahkan semula IC nya kepada kerajaan dan menyerah diri di Balai Polis.

Saya mencadangkan Chung membuka akaun facebook untuk mengumpulkan tandatangan secara online bagi mengesa Nasir @ Latiff ditangkap segera kerana ribuan pengomen di Sabahkini.net sedang marah dalam hal ini.

Sesiapa yang ingin menghubungi saya boleh telefon atau sms ke nombor 016-8360786 dan manakala sesiapa yang ingin menghubungi atau mengutuk Nasir @ Latiff boleh telefon 016-8329789.
Sekian, Salam Hormat,

PEER MOHAMMAD BIN KADEER

12 comments:

  1. Hope that Peer Mohammad Bin Kadeer's explanation on the allegation will help clear the air.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Maybe Peer and Chung Su Li will be able to work together to break this case.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. pandailah kita menilai penjelasan dari mereka.

    ReplyDelete
  4. Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pihak tertentu mengenai Kaum India di Sabah ini. Mungkin kita sukar percaya lagi kebenaran dan bukti belum lagi terbukti.

    ReplyDelete
  5. Macam semakin panjang pula cerita India Sabah ini didedahkan. RCI mana sudah? Memang RCI diperlukan untuk menyiasat perkara sebegini.

    ReplyDelete
  6. Peer dan adik beradiknya tidak sehaluan. mungkin juga pendedahan yang dibuat oleh Peer adalah untuk melindungi diri sendiri. jadi, jangan dulu percaya mana2 pihak. siasat dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga. Untuk melepaskan diri sendiri, tuduh orang lain dulu.

      Delete
  7. Ada nada2 minta kasihan ja ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang minta kasihan pun.. siap merayu2 lagi.. pelik kan?

      Delete
  8. yang peliknya, kenapa dia takut Chung buat laporan polis jika benar dia tidak bersalah??

    ReplyDelete
  9. dalam tulisan ini ada ditulis bahawa pihak2 yang dituduh itu sedang mencari Chung.. apa yang mereka mahu buat?? bagi saya, ini adalah situasi kritikal yang memerlukan pihak polis masuk campur dalam hal ini..

    ReplyDelete