Tuesday 31 July 2012

AGROPOLITAN BAKAL UBAH HIDUP 20,000 PENDUDUK TONGOD




SERAH KUNCI….Pemilik Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd Mr Yapp Su Hen  menyerahkan kunci Bangunan Gereja tersebut kepada seorang AJK Gereja sambil disaksikan oleh Masiung.

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto: ISWADIMAN SHASMUDDIN (RTM)

AHLI Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah menggesa rakyat di luar bandar agar rumah ibadat dijadikan sebagai agen perpaduan untuk pelbagai kaum. Katanya, ini penting agar kekukuhan adalah menjurus kepada keutuhan perpaduan dan kemakmuran untuk semua kaum luar bandar khsusunya dalam DUN Kuamut terus terpelihara.

Masiung membuat gesaan tersebut ekoran terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berusaha dan sengaja untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dengan mengeluarkan pelbagai sentimen supaya rakyat benci terhadap kerajaan yang sedia ada.

Beliau yakin rakyat di DUN Kuamut bijak dan terus menjadikan rumah ibadat sebagai pusat sehenti dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selepas merasmikan Bangunan Baru  Gereja S-I-B Kampung Maliau dalam Mukim Tongod di sini, kelmarin.

Masiung menambah bagunan baru gereja tersebut di bina adalah bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang yang dibina dahulunya melalui tanggungjawab sosial Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd; yang merupakan salah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan sisa balak di Pusat Agropolitan, Lalampas, Tongod.

Perlu dijelaskan kata Masiung, walaupun pembinaan rumah ibadat itu mendapat sumbangan daripada sebuah syarikat swasta, namun ia tidak bermakna kerajaan tidak komited dalam hal-hal kebajikan dan hal ehwal agama dan pembangunan penduduk luar bandar.

Dalam pada itu, tambah Masiung kerajaan yang didukung oleh rakyat, khususnya Barisan Nasional (BN) sedang berusaha ke arah menyalurkan bekalan elektrik di samping menaik taraf jalan-jalan raya dari Tongod hingga ke Pinangah.

Apabila siap kelak, Jelas Masiung, ia akan memberi menfaat kepada lebih 20 ribu penduduk dalam DUN Kuamut khasnya.

“Dari itu rakyat di kawasan Kuamut dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh oleh dakyah-dakyah songsang dan propaganda serta hasutan oleh parti pembangkang untuk memesong buah fikiran rakyat supaya membenci kepada pucuk pimpinan kerajaan BN.

“Parti pembangkang hanya pandai bercakap memutar belitkan fakta. Apa sekalipun kerajaan buat, baik kepada rakyat, tanpa mengira siapa mereka; malah sering dinafikan dan menidakkan usaha-usaha murni kerajaan BN,"  tegasnya

Turut hadir pada Majlis itu ialah pemilik Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd Yapp Su Hen dan para Jawatankuasa SIB Kampung Entilibon, Tongod.

No comments:

Post a Comment