Monday 2 July 2012

ALUMNI PERKASA SK MEMPAGAR




ANUGERAH.....Azizah menyaksikan Musa menyampaikan Anugerah jasamu dikenang kepada bekas guru SK Mempagar, Kamarlin Ombi.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Penubuhan Persatuan Alumni merupakan platform terbaik mengiktiraf dan memperkasa peranan sekolah sebagai institusi pendidikan yang efektif dan kondusif ke arah melahirkan generasi berwibawa, berketrampilan dan berwawasan pada masa hadapan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun.

“Ianya memerlukan kesediaan dan komitmen semua ahli melalui percambahan minda bersama dengan pihak sekolah dalam memperbaiki istitusi pendidikan itu agar lebih releven dan signifikan dengan permintaan dan kepentingan pelajar sekolah masa kini,” katanya ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang dan Pelancaran Penubuhan Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaaan (SK) Mempagar Beaufort , di Dewan Baru Beaufort di sini kelmarin.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang juga penaung dan bekas pelajar sekolah itu menyempurnakan upacara perasmian majlis itu.

Pada majlis itu Musa menyampaikan sijil dan anugerah jasamu kepada bekas pelajar dan bekas guru SK Mempagar.

Hadir sama, Adun Lumadan, Kamarlin Ombi, Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Infrastruktur, Isnin Aliasnih, Pegawai daerah Beaufort, Wong Foo Tin, Presiden Alumni SK Mempagar, Ir Awang Rahim Ag Ali dan Penolong Pegawai Daerah Beaufort merangkap pengerusi penganjur Mohd Shaid Othman.

Azizah yang juga Penasihat persatuan itu berharap penubuhan Alumni tersebut juga mampu mengeratkan hubungan baik sedia terjalin dikalangan generasi pelajar terdahulu, kini dan seterusnya dan sekaligus menyokong usaha tranformasi di SK Mempagar, Beaufort seiring dengan agenda Program Tranformasi Pendidikan Negara.

SK Mempagar yang ditubuhkan pada tahun 1945 merupakan sekolah rendah pertama di daerah Beaufort. Pada asalnya di namakan government Primary School (GPS) Mempagar sebelum bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Mempagar selepas Sabah merdeka melalui Malaysia.

11 comments:

  1. Teachers played an important role in the shaping useful students for the country's future.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. They deserves these sort of recognition for their contribution to the country's education system.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Musa Aman tidak pernah lupakan jasa dan pengorbanan guru.. kita jg harus hargainya.

    ReplyDelete
  4. Persatuan alumni ini penting dan lebih bagus jika ianya aktif.

    ReplyDelete
  5. Setiap sekolah mungkin ada baiknya jika mempunyai persatuan Alumni seperti ini.

    ReplyDelete
  6. Jasa mu di Kenang.. Itu lah yang sesuai diberikan kepada guru-guru yang ada.

    ReplyDelete
  7. Kerana guru jugalah membuat kita berjaya seperti sekarang ini.

    ReplyDelete
  8. keprihatinan kerajaan menunjukan kerajaan mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  9. best jadi cikgu ni.. jasa dikenang sampai bila.. sentiasa jadi sebutan..

    ReplyDelete
  10. saya rasa mungkin lagi berbaloi jika kerajaan dapat menumpukan perhatian terhadap prasarana sekolah2 di kawasan pedalaman..

    ReplyDelete