Saturday 28 July 2012

ANUGERAH 'PIALA JUARA SAMPAH' UNTUK SEMPORNA






LONGGOKAN ….MDS Gagal memungut sampah yang terlonggok selama 3 hari di Jalan Pekan Baru Semporna.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SIAPA yang harus di persalahkan? Adakah Majlis Daerah Semporna (MDS) atau orang ramai yang tidak mengerti tentang sivik sehingga membuang sampah bertaburan di tengah-tengah Pekan Semporna? Malang sekali kerana MDS membiarkan timbunan sampah tidak dikutip sejak tiga hari lalu sehingga Semporna layak menerima Piala 'Juara Sampah'.

"Sejak permulaan puasa seminggu lalu, sampah sarap di Jalan Pekan Baru ini tidak dibersihkan oleh para pekerja MDS sehingga begitu menjijikan. Sakit telinga, hidung dan mata kami melihat senario sampah sarap di pintu 'Syurga Pelancong' ini,“ kata seorang penduduk, Azrul Dadang yang menghubungi Sabahkini.Net malam tadi melalui panggilan telefon.

Katanya, ini semua disebabkan kegagalan MDS sendiri yang tidak menguatkuasakan undang-undang kecil Anti Sampah sehingga masyarakat terus membuang sampah sarap dengan sewenang-wenangnya di merata tempat tanpa memikirkan alam sekitar dan imej Semporna.

“Saya kadang-kadang merasa malu bila melihat keadaan pekan Semporna yang dalam keadaan kotor sedangkan sentiasa dikunjungi pelancong asing. Tidak tahu kenapa MDS tidak pernah memikirkan tentang penjagaan tahap kebersihan di kawasan pekan?” tanya Azrul.


 


MENJIJIKAN….Sampah sarap yang dibuang ke bawah Pasar Ikan Semporna.

Anehnya kata Azrul, semua aduan rakyat diabaikan MDS yang lebih gemar menyalahkan orang ramai sedangkan mereka patut lebih proaktif menguatkuasa undang-undang demi memastikan Semporna sentiasa bersih dan bebas sampah.

Dalam hal ini, kara Azrul, sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan mengambil berat tentang masalah yang sedang melanda di Pekan Semporna; bukan saja dari segi penjagaan tahap kebersihan alam sekeliling, bahkah kerosakan jalan yang semakin serius.

"Jika perlu, pastikan syarikat konsesi pembersihan dan pembaikan jalan didenda atau perkhidmatan mereka ditamatkan jika tidak mematuhi kontrak yang dimaterai," kata Azrul yang kesal dengan kebaculan Pegawai Daerah Semporna dan Pengerusi MDS mengambil tindakan dan langkah perlu.

No comments:

Post a Comment