Saturday 7 July 2012

ANWAR TAK PERLU LENGAH HASRAT BERSARA




KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung ... dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times (FT) pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas Perdana Menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

Perdana Menteri 'Lima Hari'

“Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.

Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.

Justeru, katanya rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor. (Bernama)

9 comments:

  1. Even if Anwar Ibrahim retired if Pakatan Rakyat loss during the next general election, his daughter and wife would still be there to compete in his place.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR kan parti untuk keluarga Anwar. pasti keluarga dia akan gantikan tempat dia.

      Delete
  2. Very strong nepotism in Pakatan Rakyat.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nanti lepas bersara pun Anwar pasti jadi macam Mahathir yang akan sentiasa lantang bercakap tentang politik.huhu

    ReplyDelete
  4. Boleh percaya ka Anwar akan bersara?? macam susah mahu percaya

    ReplyDelete
  5. Bersaralah awal-awal tidak perlu tunggu lagi. Anwar ini lambat-lambat lagi.

    ReplyDelete
  6. mungkin lebih cerah masa depan Pakatan jika pemimpin2 vateren seperti Anwar dapat memberikan laluan kepada kepimpinan muda untuk mengetuai pakatan..

    ReplyDelete
  7. Tun M memang layak menegur Anwar supaya bersara awal sebagaimana yang dilakukan oleh Tun M sendiri..

    ReplyDelete