Saturday 28 July 2012

BANTU JAYAKAN INISIATIF DIGITAL MALAYSIA




KOTA KINABALU : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meminta seluruh rakyat Sabah supaya membantu menjayakan inisiatif Digital Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas.

Katanya, ini boleh dilakukan dengan menyertai salah satu daripada lima dimensi Digital Malaysia, iaitu dimensi sosial yang melibatkan penerapan teknologi dalam peningkatan kualiti hidup.

Ongkili berkata ini selaras dengan wawasan negara yang mahu mewujudkan ekosistem digital yang dapat meningkatkan sumber pendapatan selain menambah produktiviti serta meningkatkan taraf hidup semua lapisan masyarakat.

"Bagi mencapai kejayaan dalam jangka masa yang ditetapkan, negara memerlukan kerjasama rakyat untuk menyokong inisiatif Digital Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis penutup bengkel vidografi kreatif dan penyampaian biasiswa program pembelajaran sepanjang hayat industri kreatif (CILLP) di sini Jumaat.

Beliau berkata 17 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (GNI) dijangka dijana oleh perniagaan digital pada 2020. (Bernama)

No comments:

Post a Comment