Sunday 15 July 2012

BERAPA JUMLAH PELACUR BERLESEN DI LABUAN?




Saudara Pengarang.

TERLEBIH dahulu kami ingin mengucap banyak terima kasih kepada krew portal Sabahkini.net dan Editor yang telah membantu kami menyiarkan permasalahan yang dihadapi oleh warga Labuan selama ini.
Kami Kumpulan Pencari Kebenaran Labuan (KPKL) terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Dusun yang bekerja di jabatan kerajaan, peniaga dan syarikat swasta.

KPKL tidak bermaksud ingin mengkritik jabatan kerajaan atau menuding jari kepada sesiapa melalui skandal haram yang kami bongkarkan di Labuan melalui Sabahkini.net kerana semua maklumat yang disalurkan adalah benar, tepat dan beralibi.

Artikal 'GRO Asing Masih Terkawal Di Labuan' yang disiarkan kelmarin di Sabahkini.net berhubung kenyataan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal yang mengesahkan bahawa kehadiran GRO asing masih terkawal kerana diberi permit yang sah adalah umpama menyapu sampah ke bawah permaidani atau menutup bangkai gajah dengan sehelai lalang.

Mengikut maklumat yang kami terima, permit GRO atau 'Pelayan Seks' bukan Yussof Mahal yang minta dari Putrajaya. Permit tersebut telah dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu ketika Datuk Suhaili Abdul Rahman menjadi Ahli Parlimen Labuan dan dikemukakan untuk kelulusan ketika Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dengan alasan tiada orang tempatan yang sanggup bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan.

Apabila Permit diluluskan, Task Force terus melantik sebuah agensi di Labuan yang dimiliki oleh seorang ahli politik Sabah Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Peter Mark untuk mengurus permit masuk dan levi GRO bagi pihak pusat hiburan di Labuan.

Kami Warga Labuan tidak salahkan Datuk Yussof Mahal kerana mungkin beliau sibuk dan jarang masuk ke pusat hiburan di Labuan.

Menurut beliau kelmarin, Labuan cuma ada 43 pusat hiburan dan Imigresen hanya meluluskan 250 permit GRO sahaja tetapi di sebuah suratkhabar Borneo Post kelmarin menyatakan 43 pusat hiburan di Labuan dan Imigresen telah luluskan 650 permit GRO sahaja. Warga Labuan pun keliru dengan kenyataan Yussof Mahal kerana faktanya tidak sama.

Sebenarnya Kuota atau permit yang diluluskan oleh kerajaan adalah 'Pelayan' dan kenapa dikiatkan perkataan GRO? Kalau dalam borang permit dinyatakan 'Pelayan' bererti 'Waitress' dan GRO (Guest Relation Officers) itu bukan dikategorikan sebagai 'Pelayan'.

Adakah dalam borang permohonan ditulis GRO dan bukan Waitress? Kami minta Imigresen mengemukakan borang tersebut di Sabahkini.net supaya semua rakyat Malaysia tahu ada permit GRO untuk bekerja di Karaoke dan Pub kerana daerah lain pun boleh memohon kerana Malaysia halalkan 'Pelacuran Berlesen'.

Kita lihat pekerja minyak dan gas di dalam pusat hiburan di Labuan adalah majoriti orang Labuan dan hanya segelintir sahaja dari Sarawak dan Semenanjung.

Hanya dua tiga orang sahaja Warga Barat dan kita tidak pernah nampak mereka menempah GRO ke hotel; sebaliknya menurut Yussof Mahal, sebahagian besar pelanggan GRO adalah Warga Barat.

Kami ingin jelaskan di sini bahawa daripada pemerhatian kami selama lebih tiga bukan lalu, Warga Barat atau Mat Salleh hanya kaki minum di pub dan tidak sampai 10% kehadiran mereka di pusat hiburan setiap malam.

Kami minta Yussof Mahal turun padang secara rambang ke pusat hiburan tanpa pengetahuan sesiapa dan lihat sendiri rambut hitam yang banyak dalam karaoke atau rambut kuning yang banyak?

Jika hanya disebabkan minyak dan gas, kerajaan terpaksa meluluskan permit 'Pelacur Berlesen' untuk Warga Barat yang bekerja di Labuan, maka kerajaan harus juga meluluskan Permit GRO kepada Kimanis di Sabah dan Bintulu di Sarawak kerana kedua-dua daerah tersebut mempunyai syarikat minyak dan gas.

Tambahan pula Kimanis ramai pekerja asing yang bekerja di Syarikat Samsung yang dimiliki Korea, kenapa hanya lulus GRO untuk Labuan?

Walaupun jumlah permit yang diluluskan dikatakan antara 250-600 tetapi kita boleh lihat karaoke seperti Manila Cafe, Popini, V8 Karaoke, Havana Karaoke, LPS Karaoke, Tip Top Karaoke dan Blue Wave sudah melebihi 600 permit jadi bagaimana pula dengan Permit GRO di pusat hiburan lain?

Kami mendapat tahu bahawa GRO yang tiada permit akan berehat di rumah sewa yang dijaga ketat jika pihak berkuasa melakukan operasi olok-olok atau Ops Sayang.

Kami turut menerima maklumat bahawa GRO di Labuan akan ke Limbang dan bukan ke Brunei untuk menyambung Visa mereka. Oleh itu kami berharap agar SPRM Labuan mengadakan pemantauan di Terminal Feri dari Limbang dan mengambil stastistik keluar masuk GRO ke Limbang dan Brunei bagi mengatasi isu 'Pasport Terbang' yang semakin berleluasa di Labuan.

Untuk makluman Pegawai SPRM. kami juga menerima maklumat daripada orang awam bahawa pekerja asing Filipina yang bekerja di karaoke dan pusat urut juga menguna pasport terbang ke Limbang untuk memperbaharui visa dan bukannya ke entri yang sah iaitu Brunei.

Menurut GRO yang kami temui, mereka mengaku pergi ke sempadan Brunei untuk mengecop pasport dan masuk kembali melalui Limbang dan terus balik ke Labuan. Kata mereka, jika Brunei, mereka hanya diberi Visa Pelawat seminggu sahaja ketika tiba di Labuan.

Jika benar GRO ini bekerja sebagai pelayan di karaoke, mereka sewajarnya memakai uniform, tag nama dan kehadiran mereka mesti direkodkan di mesin perakam waktu.

Kami turut dimaklumkan bahawa seorang pekerja asing yang bekerja di pusat hiburan Labuan dikehendaki membayar Levi RM2,000 untuk tempoh 6 bulan. Kami juga ingin tahu berapa kutipan sebenar bayaran levi oleh semua pusat hiburan di Labuan?

Berapa banyak kutipan levi dalam tempoh 6 bulan yang dibayar oleh taukeh karaoke dan pusat urut sejak Datuk Suhaili hingga Datuk Yussof Mahal. Jabatan Audit Negara dan SPRM harus periksa dan anggaplah 600 permit sahaja.

Dalam tempoh sepuluh tahun karaoke bayar RM2,000 x 600 permit x 6 bulan x 10 tahun. Sila tunjuk kepada kami melalui Sabahkini.net setiap 6 bulan semua karaoke ada bayar begitu banyak levi? Jika tidak, bukankah kerajaan rugi besar dan bererti ada sesuatu yang tidak kena di Jabatan Imigresen. Kami hanya tanya GRO di karaoke dan pub; belum lagi termasuk pusat urut dan pool house.

Akhirnya, kami berharap agar Yussof Mahal akan bawa perkara tersebut ke parliman mengenai pelacuran berlesen dan mesin judi haram yang berleluasa di pulau kecil ini.

Jika tiada sebarang tindakan oleh kerajaan, maka kami penduduk Labuan akan tukar baju pada PRU 13 kepada Parti PAS (PR) kerana Mungkin PAS akan haramkan semua permit pelacuran berlesen dan mesin judi haram untuk penduduk Labuan.

Sekian, Salam Hormat,

KUMPULAN PENCARI KEBENARAN LABUAN


10 comments:

  1. kerja GRO boleh membawa kepada aktiviti pelacuran.. patut tak ada kerja GRO di negara kita.

    ReplyDelete
  2. Banyak aktiviti haram yang dilakukan di Labuan ni. pihak berkuasa patut buat siasatan dan rondaan lebih kerap.

    ReplyDelete
  3. Semua ini cuma dapat dijawab oleh pihak Kerajaan Labuan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Tambahan lagi Labuan yang terkenal dengan pusat hiburan mesti isu ini diberikan.

    ReplyDelete
  5. Tiada yang positif kalau pasal pelacur ni..

    ReplyDelete
  6. banyak kali sudah ba ni aduan dibuat.. tapi pernahkah aduan dibuat sebelum aduan itu disiarkan di media?? lain kali buat dulu laporan di balai polis dan follow up kes itu di balai polis.. kalau masih tidak ada tindakan, barulah bagi tekanan kepada pihak yang berkenaan melalui media..

    ReplyDelete
  7. satu lagi masalah utama Labuan ialah, terlalu tinggi permintaan khidmat pelacur ini.. kalau tidak ada permintaan, tidak akan ada penawaran..

    ReplyDelete
  8. jika tukar kepada parti PAS, adakah masalah pelacuran itu akan selesai?? sedangkan dikalangan ahli2 PAS sendiri juga ada yang terlibat dengan maksiat.. apa komen pemimpin2 PAS berkenaan dengan skandal seks Anwar? skandal seks Azmin?

    ReplyDelete