Friday 27 July 2012

BERSEDERHANA SAMBUT RAYA KEKANG INFLASI





SUMBANGAN…..Musa dan Juslie kelihatan sedang menyampaikan sumbangan Ramadan kepada salah seorang Penghuni Cacat Penglihatan Taman Cahaya.


Oleh : SHAIMON S JUMADI

PARA pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat tidak akan lupa dan tidak mengenepikan kepada golongan miskin, OKU Cacat Penglihatan, ibu-ibu tunggal, anak Yatim dan Warga Emas; malahan mereka terus mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Ini cukup jelas kerana sempena bulan Ramadan Almubaraq ini mereka telah diberikan bantuan berupa wang ehsan dan dan makanan untuk membolehkan mereka sama-sama mengerjakan ibadah puasa yang penuh berkat ini agar tidak tersisih.

Demikian dijelaskan sendiri Oleh Ahli Parlimen Libaran, Datuk Haji Juslie Ajirul ketika memberikan ucapan alu-aluannya di Majlis Penyerahan Sumbangan Ehsan kepada Golongan OKU, Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Warga Emas di Masjid Seri Aman Rancangan Sungei Mania Batu 12 Sandakan, kelmarin.

Juslie berkata sebagai pemimpin beliau tidak boleh mengabaikan tanggungjawab membantu semua golongan dan rakyat pelbagai suku kaum di negara ini khususnya di kawasan Libaran.

Dalam bulan yang mulia ini, tambah Jusli, kurangkan berpolitik demi menumpukan usaha kita beribadah kepada Allah supaya amalan puasa kita sempurna dan diberkati Allah SWT.

"Saya perlu mengingatkan kepada golongan yang kurang berada, sempena menyambut hari lebaran ini supaya berjimat cermat. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu untuk membeli barang-barang di luar daripada kemampuan kita. Belilah barang-barang yang perlu sahaja," ujarnya lagi.

 


SERAH…..Ketua Pemuda UMNO Libaran, Suhaimi Hj Nasir tidak ketinggalan turut menyumbangkan bantuan kepada golongan OKU.

Memandangkan harga barang keperluan di musim hari raya nampaknya melambung tinggi, maka bersederhana menyambut hari raya dapat mengekang inflasi dan pembaziran.

Dalam pada itu, Juslie meminta kerjasama kepada Kementerian Dalam Negeri Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sandakan agar menjalankan pemantauan terhadap harga barang keperluan hari raya di kedai runcit dan menguatkuasa undang-undang Akta Percatutan kepada yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan.

“Kita tidak bimbang harga barang keperluan yang di jual di pusat membeli belah kerana mereka patuh dengan harga yang telah ditetapkan dan dikategorikan oleh pihak kementerian,” ujarnya.

Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman; ADUN Gum-Gum Datuk Haji Zakaria Hj Mohd Idris dan juga Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran Suhaimi Hj Nazir.

No comments:

Post a Comment