Saturday 21 July 2012

BN SENTIASA SELAMI MASALAH KAUM CINA




MEMORANDUM......Salah seorang wakil NGO Cina menyerahkan memorandum cadangan kepada Nasrun dalam majlis tersebut.

Oleh : RIDZAL ABDULLAH

LAHAD DATU :  Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata kerajaan tidak pernah berbelah bahagi dalam memelihara kebajikan komuniti Cina di sini.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu, pemimpin Barisan Nasional (BN) di sini sentiasa berusaha menyelami permasalahan kaum Cina sebelum dibentangkan kepada kerajaan negeri untuk diselesaikan.

Katanya, masyarakat termasuk semua kaum, bagaimanapun harus sedar dan bersabar kerana penyelesaian permasalahan itu memerlukan masa serta perancangan yang teliti.

 “Tumpuan yang perlu diberi perhatian sangat luas dan ia hendaklah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,kerajaan BN sentiasa berusaha keras bagi memastikan setiap keperluan dipenuhi dan kekurangan pula diperbaiki,” katanya semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di salah sebuah hotel dekat sini,malam kelmarin.

“Kita majukan pelbagai infrastruktur kemudahan, namun kadangkala masalah lain pula akan timbul, ini perkara normal dalam proses urbanisasi sesuatu kawasan justeru rakyat harus lebih menerimanya dengan hati terbuka dan tenang,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Silam turut menyeru agar komuniti cina di kawasan ini merenung sejenak dan melihat kemajuan yang telah dikecapi dan dinikmati bersama hasil daripada kerjasama pihak kerajaan dan walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul akibat kepesatan pembangunan yang begitu ketara.

“Soal kekurangan air sebenarnya harus diselami dengan teliti, bekalan air yang kurang kerana penduduk Lahad Datu sudah semakin padat dan ianya berlaku dengan pantas serta mendadak…., ini bermakna kawasan ini walaupun masih bertaraf pekan namun hakikatnya Lahad Datu sebenarnya sudah mencapai tahap urban ataupun bandar setaraf dengan bandar-bandar lain di negeri ini,” katanya

Jelasnya, pihak kerajaan telah menerima dan sedang meneliti cadangan untuk membina satu lagi loji air di Segama yang bernilai RM280 Juta.

“Semua ini memerlukan sedikit masa untuk direalisasikan…kesabaran semua pihak amat diharapkan, sama juga halnya dengan isu jalan raya yang kerap kali mengalami kesesakan lalu lintas.

“Jika Bandaraya Metropolitan seperti Kuala Lumpur mempunyai banyak ‘fly-over’ lebuh raya bertingkat dan lebar namun masih juga mengalami ‘jem’ kerana kepadatan dan kemajuan yang dikecapi, ini bermakna pekan Lahad Datu yang sudah mempunyai jalan raya berkembar dan lampu-lampu isyarat di sana sini juga sedang mengalami proses perkembangan dan kemajuan yang positif,” tegasnya.



 


JELAS....Nasrun menjelaskan sesuatu kepada soalan yang diberikan dalam sesi dialog.

Menurutnya, pertambahan jumlah kereta di kawasan ini menunjukkan kuasa beli rakyat semakin meningkat dan ianya sekaligus menunjukkan dengan jelas kemajuan kawasan ini.

“Bagi saya sekiranya tiada kesesakan lalu-lintas berlaku, ini bermakna kawasan tersebut belum lagi boleh diiktiraf sebagai kawasan yang maju…kerana masa kesesakan tersebut adalah di waktu tertentu sahaja iaitu masa puncak, seperti masa pergi kerja, rehat tengah hari dan pulang petang,ini menunjukkan majoriti rakyat kita kini mampu memiliki kenderaan peribadi hasil daripada kestabilan ekonomi yang dipimpin oleh kerajaan BN,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Presiden Chinese Chamber Lahad Datu, Mok Thien Sang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Aljen Johnny, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Amat Paduka Kawoh,Penyelia Masyarakat,Saidin Seperudin dan ramai lagi.

25 comments:

  1. kebajikan semua kaum mmg perlu dijaga.. jgn ada yang diabaikan.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan pasti akan menjaga semua kebajikan dan kepentingan kaum yang terdapat di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. BN adalah untuk semua kaum dan bukannya untuk satu kaum saja. Maka jangan terpedaya dengan pihak yang mengatakan BN untuk melayu semata-mata. Semua itu adalah salah.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan mempunya tanggungjawab kepada semua masyarakat di Malaysia ini dan bukannya hanya yang terpilih. Sebagai seorang warganegara maka mereka berhak mendapat apa yang patut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan perlu berusaha lebih dalam membangunkan Sabah.

      Delete
  5. Usaha kerajaan dalam membangunkan Sabah akan mudah2an akan diteruskan secara berperingkat.

    ReplyDelete
  6. The biggest challenge facing Barisan Nasional (BN) in the state in the coming general election is winning back the Chinese voters.


    ReplyDelete
  7. Datuk Ahmad Maslan, the Deputy Minister in the Prime Minister’s Department and BN information chief, told The Borneo Post at his office here on Monday that this situation was the same in all other states.

    ReplyDelete
  8. As such, the urban Chinese majority seats would be the ones most vulnerable to the opposition’s challenge.

    ReplyDelete
  9. He added that the federal government might not have engaged the Chinese enough in the past but it was now rectifying the situation by listening to them more.

    ReplyDelete
  10. Although he acknowledged that it would not be an easy task, Ahmad said BN was optimistic that it would win back some of the Chinese voters and hopefully wrest some of the seats from the opposition.

    ReplyDelete
  11. He noted that the Chinese are rational people and they want peace and progress as much as anyone. If BN can assure them that their needs too would be looked into, surely many of them would vote for BN.

    ReplyDelete
  12. However, he stressed that BN was not taking the rural seats in the state for granted and the BN government had been working hard in bringing development to these areas and going to the ground to listen to their problems.

    ReplyDelete
  13. The federal government had been trying its best to deliver the promises of projects made to the rural areas and Najib himself had gone to places like Lachau to find out about their problems.

    ReplyDelete
  14. To ensure that the projects promised were delivered, the federal government had set up the Implementation Coordination Unit (ICU) to monitor their progress, he added.

    ReplyDelete
  15. Despite all these efforts Ahmad said BN was aware that there were also some rural seats in the state where BN would face tough challenges in the election.

    ReplyDelete
  16. When pressed to name the seats, Ahmad mentioned the coastal seats of Batang Lupar and Sadong Jaya where PAS seemed to have made some inroads among the Malay voters and Limbang where one of the state seats Ba Kelalan is under PKR.

    ReplyDelete
  17. Ahmad brushed off speculations that the relationship between Sarawak state government and the federal government is strained at the moment because of the disputes besetting SUPP and SPDP.

    ReplyDelete
  18. On the contrary, Sarawak had always maintained a strong and cordial relationship with Kuala Lumpur, he added.

    ReplyDelete
  19. He admitted that there were rough edges to be ironed out but those were not major issues and were not unsolvable.

    ReplyDelete
  20. Ahmad also pointed out that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had always kept a close personal relationship with Chief Minister Pehin Sri Taib Mahmud and they had always consulted each other on major issues affecting the state.

    ReplyDelete
  21. On the perception that the federal government was backing Datuk Seri Peter Chin Fah Kui in the Sarawak United People’s Party (SUPP) leadership tussle with Dato Sri Wong Soon Koh, Ahmad said it was not true.

    ReplyDelete
  22. He added that it was only natural for Chin to have strong rapport and frequent communications with federal leaders as he is a federal minister stationed in Putra Jaya but that did not mean the federal government was throwing its weight behind the embattled SUPP president.

    ReplyDelete
  23. When asked who would have the final say in the selection of candidates for the parliamentary seats in Sarawak in the coming general election, Ahmad stressed that such decisions were always arrived at after consultations between the chief minister, prime minister and president of the party.

    ReplyDelete
  24. “This is the way BN works, we decide on the candidates based on consensus and consultations,” he said.

    ReplyDelete