Sunday 15 July 2012

BOBOLIAN MENDAPAT HIDAYAH ILLAHI




AKHIRNYA hijab yang menabiri hidup Bobolian terkenal, Dadus binti Pamaju, yang dilahirkan pada 12 Mei 1925 (87 tahun) telah terbuka dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menganut agama Islam sebagai persediaan sebelum menutup mata.

Dadus antara Bobolian yang sekian lama menjadi rujukan dalam hal perubatan masyarakat Dusun Kimaragang di Tandek, Kudat.

Kemampuan beliau membaca mantera dalam ritual pengubatan selama 3 hari 3 malam merupakan kebiasaan baginya. Bukan itu sahaja, beliau bahkan telah melahirkan anak murid yang turut sama membantu beliau dalam mana-mana upacara penganut Pagan.

Namun pada tanggal 23 Jun 2012 lalu, bersamaan bulan Syaaban, selepas solat Isyak beliau memeluk Islam.

Katanya, sejak sekian lama dia telahpun mengetahui bahawa Islamlah agama benar. Sebelum pengIslamannya, telah beberapa kali beliau menyatakan hasratnya memeluk Islam kepada cucunya.

Katanya, ”uruskan pengIslaman saya sebelum saya sakit kuat".

No comments:

Post a Comment