Wednesday 25 July 2012

BUMBURING ALU-ALUKAN SIASATAN SPRM




Oleh : MUTALIB M.D

AHLI Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menafikan menerima projek NKRA bernilai jutaan ringgit daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seperti dakwaan dalam artikel 'Shafie Mungkin Gugur Pru-13?' dan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan yang dihantar melalui sms, Bumburing menolak dakwaan bahawa beliau telah menerima projek berjuta ringgit nilainya oleh Shafie Apdal dan kini sedang di siasat oleh SPRM mengenainya.

"Sepanjang sejarah politik saya, terutama sejak Shafie Apdal menjadi Menteri Persekutuan, saya tidak pernah ditawarkan projek olehnya sebagaimana yang di dakwa itu," kata Bumburing yang menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai liar dan bertujuan menjatuhkan reputasinya sebaik sahaja beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Kata Bumburing lagi, beliau tidak menyedari sama ada beliau sedang disiasat oleh SPRM tentang projek yang dikatakan sebagai diberi oleh Shafie Apdal.

"Untuk makluman, secara peribadi saya dan Shafie Apdal adalah kawan baik dan rakan seperjuangan yang saling memahami peranan masing-masing," kata Bumburing yang menzahirkan keikhlasan memberi kerjasama sepenuhnya jika ada sebarang siasatan SPRM demi membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

Dalam pada itu, siasatan Sabahkini.net mendapati daripada 16 Projek NKRA yang dimaksudkan disiasat SPRM, tiga daripadanya terletak di daerah Tuaran iaitu Projek membina Jalan Bungallo-Longkou Lama-Timbok, Tuaran; Projek membina Jalan Gonipis-Tebobon, Kiulu, Tuaran dan Projek membina Jalan Poring-Tebobon, Tuaran, Sabah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak tertentu menggunakan nama, pengaruh dan persetujuan Bumburing untuk mendapatkan projek yang dijalankan secara tender tertutup berkenaan.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa di Sabah jika projek KKLW tidak diketahui atau dimaklumkan kepada Ahli Parlimen kerana sudah menjadi lumrah sejak Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW, bagaimanapun sebelumnya semua senarai projek wajib melalui atau diketahui Ahli Parlimen sebelum dilaksanakan.

Manakala Bumburing enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada kebijaksanaan SPRM menjalankan siasatan.

10 comments:

  1. Bumburing tak perlu risau jika tak bersalah.

    ReplyDelete
  2. biarlah SPRM siasat hal ini.

    ReplyDelete
  3. Banyak sangat tuduhan rasuah dan penyelewengan bila dekat PRU. lepas PRU mesti senyap semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KKLW memang wajib disiasat berikutan ramai yang mengadu mengenai projek yang dilaksanakan di bawah KKLW

      Delete
  4. Baguslah Bumburing memberi kerjasama. biar kes ni selesai cepat.

    ReplyDelete
  5. Nampak ada yang mahu menjatuhkan Bumburing

    ReplyDelete
  6. Begitulah yang kita mahu. Berani kerana benar. Jangan mudah terpengaruh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  7. Siasat jangan tidak siasat. Jika boleh jangan lepaskan mereka yang melakukan rasuah dan penyelewangan ini.

    ReplyDelete
  8. Isu di Selangor itu pun kalau perlu di siasat juga. Jangan biarkan perkara seperti ini berlaku. yang kita tahu isu pasir dan juga projek Kroni.

    ReplyDelete
  9. Gerakan dari dalam PKR Selangor sendiri telah membuat desakkan agar Faekah Husin dipecat dari jawatannya dan dihalau keluar dari Pejabat Menteri Besar Selangor berhubung penyalahgunaan kuasa yang sangat besar, selain sikap memandai-mandai dan lepas mulutnya, kini orang yang gemar mencari salah silap Khir Toyo itu berhadapan pula dengan sesuatu yang lebih besar.

    ReplyDelete