Tuesday 17 July 2012

BUMBURING NAFI TERLIBAT DENGAN PPS





TIMBALAN Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menolak sangkaan jahat pihak tertentu yang mengaitkannya dengan Parti Perikatan Perubahan Sabah (PPS) sebagaimana yang didakwa melalui artikel Free Malaysia Today bertajuk 'High Stakes ‘Gamble’ In Sabah Politics'.
Setiausaha Politiknya, Lesaya Lopog Sorudim yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi menafikan sekeras-kerasnya laporan media berkenaan dan menyifatkannya sebagai 'prasangka buruk yang tidak berasas dan berniat jahat'.

"Datuk Seri menolak sangkaan atau tuduhan bahawa beliau ada kaitan dengan penubuhan Parti Perikatan Perubahan Sabah (PPS). Beliau sama sekali menyangkal dakwaan bahawa beliau ada turut campurtangan dalam penubuhan parti tersebut, apa lagi untuk kononnya menjadi salah seorang pemimpin dalam parti yang disebutkan itu," ulang Lesaya lagi yang menyifatkan kenyataan tidak bertanggung jawab berkenaan disebarkan oleh musuh politik bossnya.

Lesaya menyatakan Bumburing akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi mematikan khabar angin yang semakin kencang bahawa beliau akan meninggalkan BN dan menubuhkan parti baru atau bergabung dengan parti pembangkang.

Usaha Sabahkini.net menghubungi Bumburing sejak minggu lalu gagal kerana nombor telefon kediaman rasminya telah ditukar. Manakala telefon bimbitnya tidak berfungsi.

36 comments:

  1. memang khabar angin saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. For now is it just rumour. but how long would this rumour last?

      Delete
  2. kita tunggu kenyataan rasmi dari bumburing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No matter how many times Bumburing denies, the rumour never ends.

      Delete
    2. The rumor will end up soon after Bumbering make clear his direction.

      Delete
    3. Kita perlu dengar sendiri kenyataan rasmi dari beliau

      Delete
  3. kita tunggu kenyataan rasmi dari bumburing,

    ReplyDelete
  4. beginilah dunia politikus, ada sahaja pihak tertentu yang ingin mengambil peluang menggelirukan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak pembangkang memang gemar mengelirukan rakyat

      Delete
  5. semua ini hanyalah spekulasi yang belum tentu betul

    ReplyDelete
  6. biar beliau sendiri yang mengumumkan kebenarannya...

    ReplyDelete
  7. janganlah terpengaruh dengan khabar angin yang belum tentu benar

    ReplyDelete
  8. Bumburing patut senyapkan khabar angin yang melanda beliau dengan membuat penjelasan rasmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. clearly the explanation is not enough to shut the rumours.

      Delete
    2. jika diberi penjelaslan pun, orang tetap akan sebarkan pelbagai khabar angin.

      Delete
    3. Agree to Rafizi, Bumbering & Lajim should make themself clear so that the people willntomake any assumption.

      Delete
  9. don't tell me there is going to be another new party formed in sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. if this is true, then there is sure to be a 3-4 corner fight.

      Delete
    2. Parti Katak Sabah maybe.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  10. With election coming, its no wonder that the oppositions are trying to confuse the people.

    ReplyDelete
  11. I hope this is not some politic gimmick. If Bumburing wants to leave, then he should be firm with his decision.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If Bumburing wanted to leave the party, he will do so by himself. It is not up to us to speculate.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  12. macam2 khabar angin disebarkan mengenai Bumburing, kita jgn mudah percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus semua tumpukan perhatian untuk berkhidmat kepada rakyat. itu lebih penting.

      Delete
  13. Makin banyak khabar angin tersebar bila PRU semakin dekat. masing2lah menilai kesahihan khabar angin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. There are usually many rumors when nearing the election period.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  14. Bila Bumburing menafikan beliau akan keluar parti dan menyertai PKR, pihak yang terdesak cuba pula mengaitkan Bumburing dengan PPS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumburing still denies that he will leave his party. I don't think he has any intention to leave the party.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  15. Datuk Lajim Ukin has decided to leave BN-UMNO party, but no news yet on which party he will eventually join.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Mungkin Bumbering dapat offer baik pembangkang?

    ReplyDelete
  17. Rakyat harus pandai menilai khabar angin yang tidak sah terutama PRU semakin mendekati.

    ReplyDelete
  18. Kalau tidak sehaluan, keluar je dari Bn dan sertai parti lain, tidak perlu memainkan isu sebegini.

    ReplyDelete
  19. Itu sudah semestinya. Apa yang dikatakan mengenai PPS itu rasanya Datuk Bumburing tidak pernah pun menyertainya. Cuma khabar angin.

    ReplyDelete
  20. Isu mengenai MP Tuaran ini semakin hangat diperkatakan sekarang. Apa pun penafian telah dibuat maka semua itu pasti tidak benar apa yang kita dengar sebelum ini.

    ReplyDelete
  21. kalau sudah dinafikan, maksudnya itu cuma khabar angin sajalah.

    ReplyDelete